Anak ke-7 ku Zubair
Cuti panjang sempena Tahun Baru China ini memberi peluang kepada anak-anak yang duduk di asrama pulang ke rumah. Buat masa ini yang masih bersekolah di asrama ialah anak ke-6 dan anak ke-7. Tapi Mu'adz anak ke-6 tidak pulang kerana menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah. Oleh itu yang balik hanyalah Zubair.
Zubair pernah mengalami kemalangan semasa darjah 6 dahulu.. Ada saya ceritakan di entri ini, dan ini ...
Alhamdulillah, sehingga saat ini sudah banyak perubahan kepada diri Zubair... Ingatannya sudah pulih 100% ... jadi minggu ini apabila Zubair balik, saya sangat gembira. tapi mula-mula dia balik, saya tegur, "Zubair batuk? sakit tekak ke? " sebab suaranya kelihatan besar dan garau ...ingatkan dia sakit tekak dan batuk ...tapi dia jawab, "tak lah ummi ...adik tak batuk.." (oh ..dia masih bahasakan diri sebagai "adik" sebab jarak antara Zubair dan Hana anak bungsu ku agak jauh, ...ingatkan Zubair yang bungsu... tu yang dia dah bahasakan diri dia "adik" ) ... tiba-tiba ummi senyum.... terus ummi cakap, " Ohhhh...anak ummi dah besar ya .... Alhamdulillah ...." (dah akil baligh lah tu .... ) nampaknya kesemua anak lelaki ku sudah menjadi anak bujang!!! huhu...kena mempersiapkan diri dan mental ... tak lama lagi nak terima menantu ... menantu perempuan yang pertama !!!
No comments:
Post a Comment