Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Pertama sekali saya dan pihak PAG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat dan penyokong-penyokong tegar PAG dari mula kami ditubuhkan hingga kini.Walaupun PAG tidak sehebat Ghost Adventure mahupun Pengkaji-pengkaji paranormal yang biasa kita lihat dan tonton melalui kaca tv,namun kami PAG berasa bersyukur kerana niat dan hobi kami ini dapat diteruskan dengan sokongan padu dari pihak anda.Bukan mudah dan bukan semua yang mampu melakukannya.Minat sahaja tidak mencukupi.Ia memerlukan komitmen 100%, dan di dalam bidang paranormal ini kita perlu kelengkapan gadget yang bernilai ratusan ringgit malah mencecah ribuan ringgit.Jika sekadar minat untuk meninjau-ninjau sahaja tidak mencukupi untuk kita menimba ilmu tentang kajian alam ghaib.Bukan itu saja, malah dari segi ilmu agama pun kita perlu titik beratkan demi menjaga keselamatan diri dan kru semasa kajian dilakukan.Ya..memang benar dalam bidang kajian paranoramal ini kita perlu menggabungkan SAINS DAN AGAMA.Itulah kelebihan kita sebagai orang Islam yang sentiasa berpandukan Al Quran.Jika kita tidak mengambil pendekatan tentang itu mungkin kajian dan pandangan kita hanya sia-sia dan mudah di kelirukan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak ingini.
Untuk pemahaman dan pengetahuan semua pihak,bukan semua pengkaji paranormal melakukan cara yang sama.Ada juga pihak pengkaji yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan semata-mata meng ada-adakan cerita dan penampakan `entiti`. Dan kami dari PAG sendiri tidak ingin meniru atau meng ada-adakan `hantu` yang biasa kita lihat di dalam dvd.So setiap kajian yang kami lakukan adalah mengikut naluri keadaan semasa.Kami sedar ada juga pihak yang cuba membezakan cara kami membuat kajian.Ada yang mengatakan `kenapa PAG tidak memanggil hantu-hantu itu keluar` seperti dalam DVD paranoramal negara jiran?? Kenapa setiap kajian PAG cuma ada bunyi jer?? Kenapa video-video PAG ni nampak macam bosan?? Betul ker PAG ni??
So ini jawapannya - PAG bukan pasukan pemburu hantu.PAG adalah kumpulan yang melakukan kajian tentang kewujudan entiti paranormal disesuatu tempat.Segala kajian dan rakaman yang kami lakukan bukan untuk memesongkan akidah.Terpulang kepada pihak individu untuk menilainya sendiri.Kami juga tidak mewujudkan hantu-hantu dan dalam setiap kajian yang kami lakukan itu jika ada berlaku satu fenomena yang tak dijangka maka ianya cuma satu kebetulan.(JIKA ANDA INGIN MELIHAT HANTU,ANDA BOLEH MELIHATNYA DI KACA TV ATAUPUN DVD CERITA HANTU). Sekian Terima Kasih.
Dan ada juga video-video yang dimuat turun di dalam yang memperlihatkan sekumpulan pengkaji paranormal dari seberang dapat merakam wajah/kelibat hantu.Adakah ianya BENAR??Pernahkah anda bertanya didalam lubuk hati anda sendiri siapakah KITA yang cuma hamba ALLAH swt yang didalam dada belum cukup ilmunya beria ia untuk melihat `hantu`??Tepuk dada tanyalah selera.Walaupun ada pihak yang tegar menyatakan ia adalah BENAR dengan hanya menggunakan cara-cara tertentu untuk memanggil `entiti` menjelma di depan lensa kamera,itu adalah hak mereka.Namun bagi pendapat kami `PAG` memang ada caranya.Tetapi cara tersebut hanya memudaratkan diri sendiri.Dan itulah yang dinamakan SYIRIK & KHURAFAT.Pernahkah anda melihat Pengkaji-pengkaji paranormal Eropah yang hebat dan mempunyai alat-alat yang tercanggih dapat merakam wajah hantu??Sama sekali tidak dan mereka tidak cuba untuk mengia iakan dan menipu masyarakat dengan cerita yang tak benar walaupun mereka berlainan pegangan.Itulah namanya kajian.Dan kami tertarik dengan satu KOMEN di dalam youtube tentang satu video yang memperlihatkan seorang bomoh memanggil hantu.ini komen tersebut -
Sebagai orang yang beriman, tak perlulah kita usik "mereka" biarlah mereka hidup di "dunia" mereka sendiri, dan kita hidup di dunia kita sendiri, untuk membuktikan besarnya keimanan kita terhadap kekuasaan ALLAH SWT, tak perlu seperti itu, jadikan diri kita sebagai cermin, "mereka" pasti marah kalo kehidupan di "dunia" nya di usik, pasti lah kita juga akan marah kalo "mereka" mengusik kehidupan kita di dunia kita.
Reply·4 Good!
Akhir kata dari kami kru PAG..semoga kita dapat saling memahami dan sentiasa berfikiran matang sebelum melontarkan sesuatu pandangan mahupun komen.Moga penjelasan ini dalam memberi sedikit sebanyak pemahaman apa itu Kajian Paranormal yang cuba kami berikan kepada masyarakat secara percuma. ;)
No comments:
Post a Comment