Tuesday, December 11, 2012

Berbengkel sambil bercuti-cuti Malaysia

Jumaat(7 Dis) -Sabtu (8 Dis)- Ahad (9 Dis 2012)

Dah lama tak bercuti-cuti Malaysia...sejak cuti sekolah bermula, tiada ke mana-mana  kerana semester masih berjalan seperti biasa.. Weekend baru lepas pun kena pergi kerja...berbengkel untuk projek LRGS di Port Dickson.  Maka ambil peluang tersebut untuk membawa anak-anak bersama. Hanya seorang saja yang beriya-iya sangat nak ikut....siapa lagi jika bukan anak bongsu ku Hana. Yang lain semua dah besar-besar, semua tak mahu ikut... sampaikan ummi terpaksa guna psikologi nak pujuk mereka ikut...
Wafa', yang baru sahaja balik pada hari Khamis dari asrama setelah selesai SPM... ummi ajak juga ikut.. ummi katakan jom lah releasekan tension/stress selepas selesai SPM ... ok...jadi juga dia ikut...
hurmm..baru ummi, Wafa' dan Hana... semuanya perempuan ...suspen juga nak drive sorang-sorang ke PD semua perempuan... (disebabkan encik Suami tak dapat ikut sekali kerana hari Sabtu encik Suami kerja, dan perlu attend wedding jiran sebelah rumah - kira suami wakil lah pergi kenduri tu...dah saya tak dapat pergi) jadi pujuklah anak lelaki...samada Mu'adz atau abang Anas... masing-masing kata tidak mahu. Alahai ...sedih ummi...:-(
Akhirnya semasa sedang masukkan barang-barang ke dalam kereta, Abang Anas pun turun dengan membawa beg baju ... tersenyum lebar ummi..kerana at least adalah anak lelaki temankan sepanjang perjalanan ke PD...
Cuaca mendung dan hujan sepanjang perjalanan

Petang Jumaat (7 Dis 2012), masih ada mesyuarat Jabatan di fakulti...so, kena attend meeting dulu... selesai meeting baru bertolak ke PD lebih kurang jam 5 ptg...bermula masuk lebuhraya ke Seremban..jalan sudah jam dan hujan mulai turun ...sehinggalah ke PD hujan turun dengan lebatnya ...kami check-in ke Bayu Beach Resort pada jam 7:30 ptg dalam keadaan hujan turun dengan lebatnya ...selepas solat, makan malam...bermulalah sesi memerah otak... tapi malam ni baru dengar progress report from ketua LRGS - Projek 1 
 Anak-anak tinggal dalam bilik ... ..
baru sampai ...nak check-in dulu

Sabtu (8 Dis 2012): Selesai solat subuh dan rehat sekejap, kami turun breakfast..nampaknya kami orang yang pertama sampai...mungkin orang lain masih tidur kot...hehehe...selesai sarapan pagi, kami berjalan-jalan ke tepi pantai dulu... cuaca redup saja sejak hujan semalam...
 Sesi bengkel bermula jam 8:30pg ... manakala anak-anak bermandi-manda di kolam renang resort...
Seharian..dari pagi sampai pukul 10:30 mlm kami berbengkel ..memerah otak dan memahami, merancang, merencana apa yang perlu dibuat dan diselaraskan antara Uni. Sebelah petang abi sampai, rupanya seorang sahaja, Mu'adz pun tak jadi ikut...

Ahad (9 Dis 2012) :
pagi ..sesi penutup... kumpulan masing-masing wrap up dan rumusan akan di berikan kpd setiap kumpulan ..
manakala Hana pergi mandi manda di Kolam renang lagi dengan Sofea (anak Liza) dan Marsya (anak Iffa).
 Pukul sebelas pagi selesai dan balik ke bilik berkemas untuk check-out dan makan tengahari ..
Pukul 12:30 tghr Hana balik dari mandi-manda..YaAllah ...! dah sun burn muka dia...hitam!!! bila abang dan kakak dia cakap hitam, terus Hana menangis...alalalaa...ciannn Hana...kena nyakat dek abang dan kakak nya..

ALhamdulillah ...akhirnya 2 perkara dapat dilakukan ...berkerja sambil anak-anak bercuti ....

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas