Pejam celik pejam celik..sudah habis bulan Ramadhan...dan Syawal juga sudah menjejak ke 6 Syawal... buka blog...lamaaaanya tak update blog.. di bulan Ramadhan memang tidak berkesempatan langsung hendak update blog...nak jenguk pun susah..setiap masa setiap detik sentiasa terisi dengan pelbagai perkara yang hendak dibereskan/dilakukan...
Mengimbas kembali madrasah Ramadhan yg telah berlalu... hati terasa sayu dan sedih..kerana terpaksa menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadhan seterusnya..itupun kita tidak pasti, samada umur kita masih panjang untuk bertemu sekali lagi Ramadhan..bukan sahaja Ramadhan, malahan bulan depan ..esok hari...malah jam..minit..apatah lagi saat berikut pun kita tidak tahu ...samada umur kita masih panjang lagi..semuanya adalah dalam pengetahuan Allah jua...
Banyak pengajaran di dapati, sebelum Ramadhan menjelma pada tahun ini , beberapa orang saudara dan rakan yang dikenali pergi meninggalkan kita. Samada sehari atau beberapa hari sebelum Ramadhan tiba, mereka pergi buat selama-lamanya... oleh kerana itulah saya amat merasa sayu kali ini apabila Ramadhan semakin menghampiri ke hujung nya... apatah lagi pada tahun ini saya dan keluarga diizinkan Allah berpeluang menunaikan solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam dengan imam-imam yang didatangkan khas dari merata dunia dan tidak lupa juga imam dari Malaysia dari program Imam muda dsbg...dimana kemuncaknya adalah pada malam 27 Rmadhan...dari berbuka, solat maghrib berjemaah, solat Isya' solat Terawikh, qiyamulail solat Subuh dan kuliah selepas Subuh sehinggalah ke paginya , suasana sungguh syahdu keadaan redup dan sejuk selepas hujan renyai di dinihari... keadaan ini belum pernah berlaku sebelum ini di mana Mesjid Negeri dipenuhi umat Islam dari dinding ke dinding...penuh sayup mata memandang...seperti berada di Mesjidil Haram di Mekah...Ya Allah ..suasana ini menyebabkan kerinduanku untuk berkunjung ke Mesjidil Haram ke RumahMu Ya Allah meluap-luap...Ya Allah..murahkan lah rezeki kami agar kami dapat mengunjungi rumah Mu dalam masa terdekat ini ...Amin.
Tahun ini dalam sejarah...ini kali pertama daku menyambut Hari Raya AidilFitri tanpa ada persiapan langsung...tiada baju baru, tiada kasut baru, tiada tudung baru, tiada langsir baru, tiada yang baru segala-galanya...semuanya seperti biasa...hati ku memang tiada langsung perasaan hendak menyambut Aidilfitri...!! pakai sahaja apa yang ada di dalam wardrobe ... sememangnya sabda Nabi saw .. kita hendaklah menyambut AidilFitri dengan pakaian yang paling BERSIH, (bukannya paling BARU...!) untk anak2 bujang pula, saya serahkan sedikit wang dan menyuruh mereka pergi membeli baju sendiri... mereka pun sudah besar, mempunyai taste mereka tersendiri...biarlah mereka membeli baju mereka sendiri...daku cuma membelikan pakaian 2-3 helai untuk anak bongsuku Hana dan abangnya Zubair..
Hari ini 6 Syawal... InsyaAllah jika Allah izinkan daku sudahpun memulakan misi puasa enam dan membayar segala puasa yang dihutang (sbg orang perempuan, wajib membayar semula puasa yang ditinggalkan semasa Ramadhan)..oleh itu aku tidak mahu menangguhkan sehingga Ramadhan akan muncul kembali pada tahun hadapan... seperti yang dikatakan tadi, kitapun tidak tahu bila kita akan pergi..dengan itu lebih baik kita ganti segalanya awal-awal...InsyaAllah..semoga Allah izinkan segala yang dirancang...Amin.
No comments:
Post a Comment