Monday, September 19, 2011

Pengembaraan di Taman Rimba Ampang

Team PAGparanormal sekali lagi bersama Mazidul Akmal Sidik Ketua Penyingkap Fakta turun ke daerah Ampang di salah satu lokasi tempat beriadah iaitu Taman Rimba Ampang Bukit Belacan yang sejak dulu lagi dipenuhi cerita bualan mulut masyarakat setempat dengan pelbagai kisah mistik dan seram.Kami PAG & PF cuba mendapatkan atau merungkai setiap sudut kisah seram yg telah diperkatakan dari sejak dulu.Sedikit gambar Kru Penyingkap Fakta berkumpul untuk menjalankan kajian.

Atoi dan Farid sempat merakamkan aksi spontan.


Tengku AJ dan juga Mazidul Akmal memeriksa sebahagian alat-alat untuk digunakan pada malam itu.

Kru PAG Tengku Asyraf dan Razali Penyingkap Fakta bergambar bersama.


Adam dan TenGku AJ bersedia dengan kelengkapan masing-masing pada malam itu.

 Sedikit penerangan diberi oleh Mazidul Akmal Sidik sebelum kru Penyingkap Fakta mulakan kajian pada malam itu. Kesemua kru tidak sabar untuk memulakan tugas masing-masing di Taman Rimba Ampang.

Kru mula bergerak berjalan kaki didalam suasana gelap gelita dan dikelilingi hutan belantara.


Ketika kesemua crew sedang asyik leka berjalan dan mendengar bunyi-bunyian unggas di setiap perjalanan Tengku Asyraf dikejutkan dengan EMF meter yang secara tiba-tiba naik secara mendadak. Bacaan Meter  EMF di antara 1.5 dan 3 miligauss, isyarat kehadiran entiti paranormal di sekitar. Pada 5 miligauss, meter alat terbabit berkedip dan berbunyi tanpa henti.




Inilah dia bacaan EMF di antara 1.5 dan 3 miligauss, isyarat kehadiran entiti paranormal di sekitar. Pada 5 miligauss, meter alat terbabit bergetar tanpa henti.

Bacaan EMF meter yang naik secara menadadak pada malam tersebut terus menjadi tanda tanya kesemua kru. 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas