Melihatkan tahap serius kecederaan daripada kemalangan Ahad lalu, keadaan Kubica semakin pulih dan “harap-harap keadaannya akan bertambah baik pada masa akan datang,” menurut laporan perkembangan perubatan terbaru dari hospital Santa Corona.
Pelumba Poland berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan selama tujuh jam Ahad lalu selepas kemalangan ketika berlumba di utara Itali. Tangan kanannya cedera parah tetapi pakar bedah berjaya mengelakkan risiko tangannya terpaksa dipotong.
Hospital itu yang terletak di Pietra Ligure, bandar kecil di barat laut Itali, menyatakan Kubica akan kekal dalam unit rawatan intensif untuk dua hari lagi bagi membolehkan doktor menilai keadaan fungsi lengan dan tangannya.
Team Lotus Renault berkata pembedahan yang dijadualkan hari ini akan menstabilkan keretakan di bahu kanan dan kaki kanan Kubica. Dia perlu menjalani satu lagi pembedahan pada sikunya tiga atau empat hari selepas itu.
Danuta Dygnos, jururawat yang bertugas di hospital Santa Corona, memberitahu stesen televisyen Poland, TVN24 bahawa keadaannya semakin baik.
“Dia kini boleh bernafas tanpa bantuan, menggerakkan tangannya, segala-galanya,” kata Dygnos. “Dia boleh memakan sarapannya tanpa masalah. Dia senyum dan melakukan segala-gala yang mampu dilakukan. Dia berada dalam keadaan baik.” - AP
Sumber: Berita Harian
Nota Dahi: Difahamkan Robert Kubica perlu mengambil sekurang-kurangnya lebih setahun untuk memulihkan keadaan beliau seperti sedia kala dan kembali ke arena Formula 1. Jom tengok koleksi gambar kemalangan membabitkan Robert Kubica pada perlumbaan Rally di Itali, 6/2/2011 yang lalu.
No comments:
Post a Comment