Monday, August 17, 2015

KIAMAT sudah dekat??!! Jika mengikut ISLAM dan Petanda-petanda Yang berlaku, Ia Sudahpun DEKAT!!!


KIAMAT!!!!



Mungkin kita anggap hari ini akan hujan, jadi abaikan saja. Masuk kantor, bekerja dan kita lihat pukul 12:00 siang, sudah waktunya makan siang, tapi keadaan masih tetap gelap. Keluar pintu kantor, suasana masih gelap, hitam pekat seperti malam.

Mungkin masih bisa dianggap hari ini akan hujan lagi. Jadi abaikan saja. Tapi kalau jam 14:00 pm pun hari masih gelap, pertanda apa itu?.

Keesokkan pun sama, nonton tv semua orang kalang kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tidak ada lagi siangnya, dan begitu juga dengan lusa, masih tidak ada lagi matahari.

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut, karena matahari telah terbit dari sebelah barat.

Para ahli mungkin akan mengatakan bahwa itu hanya fenomena alam, tapi sadarlah, itulah pertanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat. Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana:

- Golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan,
- Golongan yang tidak pernah baca Alquran, akan membacanya 24 jam,
- Golongan yang tak pernah solat berjama'ah akan berlari-lari ke masjid demi menunaikan sholat secara berjama'ah.
- Tapi sayangnya semuanya sudah tidak berguna lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.
-Kenapa kita tidur saat Allah memanggil?
Tapi kita sanggup menahan kantuk saat menonton film selama 3 jam?
-Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
-Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
-Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?
-Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ART IS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?

Pikirkan itu Apakah anda akan menforward pesan ini? Apakah anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan dengan kawan yang lain?

Allah Berfirman: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."
1. Biarkan didalam whatsapp, line, bbm dsb anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. .

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Renungkanlah...

KIAMAT menurut Agama Islam ditandai dengan:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak

Kita bisa kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman :
"jika engkau lebih mengejar duniawi dari pada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Subhanallah...

Ya ALLAH...
Ampunilah Dosa ku..
Dosa Orang Tuaku..
Dan Dosa Orang Orang Yang
meng"Aamiin"kan DOA ini..
Wafatkanlah Kami Kelak
Dengan keadaan HUSNUL KHOTIMAH
Dan Masukan Kami Kedalam Surgamu Tanpa Hisab..
Aamiin yaa Rabbal'aalamiin.

GEMPAR!!! Seorang PONDAN Telah Menemui Hidayah Dan Mengambil Keputusan Menjadi PENDAKWAH???


DULU PONDAN, SEKARANG PENDAKWAH TERKENAL.




`

Rupa Wajah Cikgu Erin  ketika digelar mak nyah Sanggup dan rela berhabisan ribuanringgit untuk kekal cantik dan menawan.

Pernah juga dihina sejak kecil hanya kerana mempunyai naluri wanita dan terus mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah yang penuh hina itu.

Lebih malang lagi, dia juga pernah diperdagangkan sebagai seorang pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun...

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini telah pun bergelar guru dan pendakwah, Khairiri mengisi masa lapangnya dengan aktiviti kemasyarakatan berdakwah dan membantu masyarakat. 
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukannya memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat dan semua pondan mampu melakukannya sebelum terlewat.

"Apa yang paling penting kita harus mempunyai niat untuk berubah demi kehidupan yang lebih sempurna dan di redhai tuhan dan kembali dengan fitrah manusia semula. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini. 

dia Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan....

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa pun. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini....

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.....

#Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu...


"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.....


"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya....




>Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah....


> "Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut....


> "Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10....




> Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri....


> "Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010....


> Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya....


> "Di sekolah ini tak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini....


> Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya....


> "Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya....

GEMPAR!!! Kes ROGOL Pelajar Sekolah Lagi?!!! MasyaAllah!!! Kali Ini Dipaksa Teguk ARAK Sebelum Di Rogol?!!


"Saya dah cuba melawan..."




#SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam....

#Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri...

#Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri...

#“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian....

#Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu....

#“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya....

#Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan....

#“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah...

#“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya....
Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam....

#Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol...

Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi.


Hapuskan lemak dalam tubuh cara semulajadi. Minuman detox. Sekarang ini, boleh dikatakan ramai yang mengamalkan minuman detox. Ia adalah cara semulajadi membuang lemak di dalam badan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding pelbagai produk pengurusan badan di pasaran. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu detox, ia adalah merupakan satu proses pembersihan tubuh dari kotoran dan racun yang terdapat di dalam makanan harian kita.

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan di dalam mengamalkan minuman detox. Ia bertujuan untuk mengurangkan lemak pada bahagian perut *kebiasaan berlaku selepas perkahwinan* . Juga lemak pada bahagian anggota yang lain. Minuman detox juga sangat mudah di sediakan.

Antara kebaikan mengamalkan minuman detox.

- Mencuci bahagian dalaman (perut & usus)
- Menurunkan berat badan.
- Mengempiskan perut.
- Membuang toksin dalam badan.

Baik. Apakah bahan untuk membuat minuman detox ini? Ia adalah terdiri daripada buah limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, pear dan lain-lain (Yang mampu membantu proses detox). *Aku lebih gemarkan lemon*

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghiris buahan tadi. Sebagai contoh, aku gemarkan buah lemon, jadi hiris lemon nipis-nipis.

Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang. Masukkan air ke dalam balang dan tutup. Simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh diminum.


Minuman detox ini lebih bagus di minum pada awal pagi. Tetapi harus di ingatkan anda berkemungkinan kerap ke tandas selepas mengamalkan minuman ini. Tujuannya pun adalah untuk membuang kotoran di dalam badan. Semoga ianya tidak menganggu tugasan harian anda. Selamat mencuba!

Sunday, August 16, 2015

Matawang ringgit jatuh lagi!

Matawang ringgit jatuh lagi!. Ahh, apa sudah jadi dengan matawang ringgit? Saban hari menunjukkan kejatuhan. Baru sahaja minggu lepas, USD1 bersamaan MYR 4.07. Tetapi baru sekejap tadi, ringgit menunjukkan kejatuhan lagi. MYR 4.10!


Adakah nilai matawang ringgit akan menunjukkan kejatuhan lagi selepas ini? Adakah rakyat tidak akan terkesan dengan kejatuhan ini? Jawapannya ya! Rakyat akan mengalami kesan yang sangat besar! Apakah yang terjadi sekiranya matawang ringgit jatuh lagi?

Kejatuhan matawang ringgit akan menyebabkan kuasa membeli rakyat malaysia semakin berkurang dan kos sara hidup akan meningkat. Rakyat akan berhadapan dengan situasi sukar dalam pelbagai perkara. Ini belum lagi di tambah dengan cukai-cukai sedia ada. Tidak salah juga jika aku katakan, rakyat bakal menghadapi kehidupan yang sangat kritikal.

Pinjaman kewangan seperti pinjaman perumahan juga berkemungkinan meningkat. Dengan pendapatan rakyat berada pada tahap sederhana, ia sememangnya memberikan tekanan yang hebat. Apakah nilai matawang ringgit akan menjadi seperti nilai matawang negara lain yang berhadapan dengan krisis ekonomi? Matawang yang tiada nilai? Apakah kerajaan akan membiarkan perkara seperti ini berlaku? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda ramai orang ketika ini. 

Kenapa perlu beriklan di blog.


Kenapa perlu beriklan di blog. Blog adalah salah satu daripada medium media sosial masa kini. Blog bukan sekadar tempat menceritakan perihal semasa dan peribadi, malahan blog boleh dijadikan sebagai lokasi pengiklanan terbaik. Kenapa? Disini aku cuba huraikan kenapa anda perlu mengiklankan produk anda di blog.

Sebuah blog yang terkenal, dilawati hampir puluhan, ratusan malahan ribuan orang hampir setiap hari.  Ianya mungkin adalah kerana info atau perkongsian gambar yang menarik di blog berkenaan. Dan jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan untuk pengunjung melihat iklan produk anda adalah sangat tinggi. Dan inilah di antara sebab kenapa perlu beriklan di blog.

Berbeza dengan pengiklanan di televisyen, yang mana harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, slot pengiklanan di blog boleh menjadi lebih murah dan diletakkan di ruang yang bersesuaian, yang pastinya menarik perhatian pembaca. Tidak seperti pengiklanan di kaca televisyen yang mana iklan anda dikeluarkan pada masa-masa tertentu sahaja.

Dengan kehebatan teknologi di hujung jari, pengguna mampu mengakses internet hampir di mana sahaja. Pelayar internet terdiri daripada kalangan professional, peniaga, pekerja, surirumah malahan pelajar sekolah. Melalui “keyword” carian mereka, pelayar internet akan di bawa ke blog-blog berkaitan. Jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan pelayar untuk mengetahui produk anda juga adalah sangat tinggi.

Ada 1 lagi rahsia besar yang berkemungkinan tidak di ketahui ramai. Peluang untuk produk anda di kenali bukan sahaja di dalam Negara malahan ke luar Negara! Ini adalah kerana, pelayar internet umumnya, pelayar blog khususnya ada yang datang daripada Negara luar. Jadi peluang untuk memperkenalkan produk anda di mata dunia adalah sangat tinggi! Inilah antara sebab terbesar Kenapa perlu beriklan di blog.

Jadi apa tunggu lagi, jika anda inginkan produk anda dikenali ramai malahan dikenali di mata dunia, mulalah beriklan di blog. Harga yang diberikan sudah pasti bersesuaian dan yang pasti, ianya lebih murah jika dibandingkan dengan medium yang lain. Apa ertinya wang yang anda keluarkan jika dibandingkan dengan permintaan produk yang tinggi bukan setakat di dalam malahan luar Negara.

Bacaan tambahan

Tahukah anda, mereka ini menjadi sangat popular dengan hanya menyanyi di youtube? Malah, nyayian mereka juga dikatakan lebih bagus daripada penyanyi asal? Tak percaya? Tonton video secara percuma di SINI.

GEMPAR!!! Para Isteri Penjawat KERAJAAN?!! Awas!! Kesempatan Suami Kursus Berbogel.




Kuala Lumpur: Empat lelaki yang juga kakitangan kerajaan memberi alasan hanya mendapatkan khidmat urut tradisional bagi menghilangkan kepenatan ketika mengambil kesempatan berkursus di ibu kota untuk mengunjungi pusat urut, di sini, semalam.

Namun, alasan yang diberi tidak masuk akal apabila semua mereka yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan dalam keadaan berbogel bersama wanita tukang urut.

Operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar Jalan Klang Lama di sini, bermula jam 12 tengah malam itu bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, siasatan dijalankan mendapati empat penjawat awam terbabit datang ke Kuala Lumpur untuk berkursus selama tiga hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 7:50 AM


PEKERJA warga asing melindungi wajahnya daripada dirakam ketika serbuan.

Gambar Belangkas