Monday, August 17, 2015

GEMPAR!!! Seorang PONDAN Telah Menemui Hidayah Dan Mengambil Keputusan Menjadi PENDAKWAH???


DULU PONDAN, SEKARANG PENDAKWAH TERKENAL.




`

Rupa Wajah Cikgu Erin  ketika digelar mak nyah Sanggup dan rela berhabisan ribuanringgit untuk kekal cantik dan menawan.

Pernah juga dihina sejak kecil hanya kerana mempunyai naluri wanita dan terus mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah yang penuh hina itu.

Lebih malang lagi, dia juga pernah diperdagangkan sebagai seorang pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun...

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini telah pun bergelar guru dan pendakwah, Khairiri mengisi masa lapangnya dengan aktiviti kemasyarakatan berdakwah dan membantu masyarakat. 
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukannya memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat dan semua pondan mampu melakukannya sebelum terlewat.

"Apa yang paling penting kita harus mempunyai niat untuk berubah demi kehidupan yang lebih sempurna dan di redhai tuhan dan kembali dengan fitrah manusia semula. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini. 

dia Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan....

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa pun. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini....

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.....

#Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu...


"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.....


"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya....




>Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah....


> "Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut....


> "Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10....




> Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri....


> "Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010....


> Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya....


> "Di sekolah ini tak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini....


> Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya....


> "Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya....

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas