KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang tadi.
Sidang media di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan. - SH
Sunday, June 7, 2015
Saturday, June 6, 2015
Berhati-hati Dengan Penunggang Motosikal BKW 9442
Dipetik dari FB Fathiyah Syaakirah Seliman
Bismillahirrahmanirrahim. Minta tolong kawan-kawan semua viralkan. Kejadian baru berlaku dalam 20 minit yg lepas di highway Elite dr Klia menuju ke highway SKVE,
Seorang Penunggang motor yg tak berhati perut, tak bertanggungjawab, telah menendang sebuah kon yg diletak berada di tepi jalan, lalu terkena kereta abg saya, telah menyebabkan cermin hadapan kereta pecah teruk.
Anak buah yg duduk di hadapan penuh kaca, seluruh badan, atas kepala.
Abg saya kejar penunggang motor tersebut, tp dia terus pecut laju, tak nak berhenti.
Tak putus asa, terus kejar, dan dia berhenti, minta no phone tak nak bagi, dia kata nak tengok cermin yg pecah dan terus pecut motor lari.
No plat motor BKW 9442.
Tolong tolong semua viralkan.
Dah bersalah tak nak bertamggung jawab. Skrg abg saya otw pergi buat report polis & kemudian bawa anak buah pergi hospital.
Moha Allah permudahkan.
InsyaAllah.
sumber : https://goo.gl/qec1u4
Bismillahirrahmanirrahim. Minta tolong kawan-kawan semua viralkan. Kejadian baru berlaku dalam 20 minit yg lepas di highway Elite dr Klia menuju ke highway SKVE,
Seorang Penunggang motor yg tak berhati perut, tak bertanggungjawab, telah menendang sebuah kon yg diletak berada di tepi jalan, lalu terkena kereta abg saya, telah menyebabkan cermin hadapan kereta pecah teruk.
Anak buah yg duduk di hadapan penuh kaca, seluruh badan, atas kepala.
Abg saya kejar penunggang motor tersebut, tp dia terus pecut laju, tak nak berhenti.
Tak putus asa, terus kejar, dan dia berhenti, minta no phone tak nak bagi, dia kata nak tengok cermin yg pecah dan terus pecut motor lari.
No plat motor BKW 9442.
Tolong tolong semua viralkan.
Dah bersalah tak nak bertamggung jawab. Skrg abg saya otw pergi buat report polis & kemudian bawa anak buah pergi hospital.
Moha Allah permudahkan.
InsyaAllah.
sumber : https://goo.gl/qec1u4
Hari itu, 79 Masihi, Vesuvius bangun dari tidurnya...
Hari itu, tahun 79 Masihi, gunung Vesuvius bangun dari tidurnya. Bumi tiba-tiba bergoncang kuat, udara dipenuhi hawa panas. Gunung itu terus bergolak. Seorang budak lelaki berlari selaju mungkin, matanya kelihatan ketakutan, jeritan tangisnya ditenggelamkan gemuruh alam yang mengerikan. Budak itu menghampiri si ibu, mencari perlindungan di pangkuan perempuan yang melahirkannya itu.
Hampir 2,000 tahun kemudian, jasad kanak-kanak berusia 4 tahun itu ditemui di antara runtuhan Bandar Pompeii. Tubuhnya terawet secara semula jadi menjadi patung.
Apabila letusan terjadi pada November, seluruh bandar dan juga semua manusia terkubur dalam awan panas dan debu yang membuatkan jasad mereka menjadi batu.
Hampir 2,000 tahun kemudian, jasad kanak-kanak berusia 4 tahun itu ditemui di antara runtuhan Bandar Pompeii. Tubuhnya terawet secara semula jadi menjadi patung.
Apabila letusan terjadi pada November, seluruh bandar dan juga semua manusia terkubur dalam awan panas dan debu yang membuatkan jasad mereka menjadi batu.
Kanak-kanak dan ibunya
Dianggarkan kira-kira 10,000 hingga 25,000 orang mati serta-merta. Ramai dari mereka dijumpai berkerumun di gudang atau dermaga di pelabuhan bagi mencari kapal yang diharapkan dapat meloloskan mereka dari maut. sebahagian yang lain berkumpul di tempat awam dan di rumah bagi menghadapi maut.
Mumia si kanak-kanak tersebut adalah yang terbaru yang ditemui. Dia berada di pangkuan ibunya. Sementara, jasad ayah dan seorang saudaranya dijumpai tak jauh. Jasad-jasad itu ditemui di lokasi 'House of the Golden Bracelet' - salah satu rumah paling mewah di kawasan Insula Occendentalis, Pompeii. Pakar berpendapat, keluarga tersebut adalah pemilik rumah tersebut.
Mumia si kanak-kanak tersebut adalah yang terbaru yang ditemui. Dia berada di pangkuan ibunya. Sementara, jasad ayah dan seorang saudaranya dijumpai tak jauh. Jasad-jasad itu ditemui di lokasi 'House of the Golden Bracelet' - salah satu rumah paling mewah di kawasan Insula Occendentalis, Pompeii. Pakar berpendapat, keluarga tersebut adalah pemilik rumah tersebut.
Foto: AFP
Insula Occendentalis adalah kawasan yang berprestij. Pusat perniagaan dan kedai-kedai di sepanjang jalan. Hanya orang kaya dan kaum elite yang mampu menjadikannya kediaman.
Sebelum diterajang letusan Pompeii, rumah berdinding batu itu sangat mewah dengan lukisan dinding, dihiasi patung gangsa dan batu, serta mempunyai taman yang luas. Ditambah pemandangan laut yang menakjubkan.
Sebelum diterajang letusan Pompeii, rumah berdinding batu itu sangat mewah dengan lukisan dinding, dihiasi patung gangsa dan batu, serta mempunyai taman yang luas. Ditambah pemandangan laut yang menakjubkan.
Foto: AFP
Berhampiran jasad keluarga itu, didapati banyak perhiasan dan lebih dari 200 syiling emas dan perak. Namun, yang paling berharga melekat di tubuh ibu kanak-kanak tersebut ialah gelang emas dengan ukiran 2 kepala ular, dengan berat mencapai 0.6 kilogram - yang membuat rumahnya kemudian digelar 'House of the Golden Bracelet' oleh para ahli arkeologi.
Kematian datang dengan cepat menghampiri keluarga itu. Awan panas dan debu yang panasnya mencapai 300 darjah Celsius menerjang mereka.
Kematian datang dengan cepat menghampiri keluarga itu. Awan panas dan debu yang panasnya mencapai 300 darjah Celsius menerjang mereka.
Kredit: Liputan6.com
13 korban gempa, 6 hilang
RANAU – Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang menggegarkan negeri ini kelmarin mencatatkan angka kematian meningkat kepada 13 orang semalam manakala enam lagi masih hilang.
Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, semua mayat mangsa yang ditemui terdiri daripada mayat-mayat pendaki dan malim gunung. Kesemua 13 mayat yang belum diketahui identiti tersebut ditemui di beberapa lokasi di sekitar puncak Gunung Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, 11 mayat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan semalam manakala dua lagi mayat ditemui lewat malam kelmarin. Kosmo
Inilah Kisah Kartunis Ujang, Daripada Gaji RM50,000 Menjadi Kosong Dan Bangkit Kembali
Daripada Majalah Gila-gila ke Ujang, kisah yang ditulis oleh kartunis ini banyak menyentuh hati rakyat Malaysia. Begitu banyak kegembiraan telah disebarkan melalui karya-karya beliau yang tulus. Akan tetapi, siapa sangka dalam gelak ketawa kita, tersimpan kesedihan buat kartunis ulung Malaysia ini. Semoga satu hari nanti bidang komik dapat diangkat tinggi menjadi warisan negara seperti mana Amerika Syarikat, Jepun dan Korea menghargai industri komik mereka.
Tempah Batu Nisan Untuk Kematian
IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis Ujang, pernah mengalami pengalaman perit apabila karya atau lukisannya
dipatenkan oleh pemilik sebuah syarikat awal 1990an sebagai harta inteleknya.
Kisah seperti Aku Budak Minang, Usop Sontorian dan pelbagai watak pernah menghiasi majalah humor sehingga mengangkat popularitinya tetapi syarikat berkenaan menerusi peguamnya terlebih dulu menghantar notis bahawa mereka adalah pemilik Majalah Ujang.
Walaupun sudah turun naik mahkamah dan kesnya bertukar tangan daripada seorang peguam kepada peguam yang lain bagi menghalang syarikat berkenaan, segalanya sudah terlambat.
Menurut undang-undang, dia tidak dibenarkan mengambil manamana bahagian dalam majalah itu dicetak semula dalam sebarang bentuk sama ada cetakan, penukaran, penyamaran, edaran, penyerahan atau mempamerkan dalam media cetak, digital dan pelbagai lagi tanpa kelulusan.
“Bayangkan, saya langsung tidak boleh melukis kartun yang pernah saya hasilkan menerusi watak ciptaan saya dalam sebuah majalah, sampaikan kalau lukis gambar pokok pun, saya dikenakan tindakan undang-undang.”
“Cubaan mempertahankan hak saya dengan turun naik mahkamah membuatkan segala penerbitan saya terpaksa gulung tikar. Saya dihujani surat dan arahan mahkamah agar segala majalah keluaran saya ditarik balik di pasaran. Hutang dengan syarikat percetakan dan gaji kakitangan semuanya bernilai RM1.8 juta. Akhirnya mahkamah mengisytiharkan saya muflis.”
“Bayangkan, saya terduduk dan rasa seakan-akan kehidupan ini direnggut sekali gus rumah tangga saya juga hampir musnah dan memaksa saya lari ke kampung untuk mencari ketenangan. Saya hampir gila dan pernah menempah batu nisan sendiri semata-mata persiapan untuk ‘kematian’ sendiri,” katanya.
Demi menghilangkan tekanan perasaan, dia pulang ke kampungnya di Kuala Pilah tanpa melakukan sebarang kerja kerana buntu memikirkan apa yang berlaku serta fikirannya menjadi kosong.
“Saya berkelana dan wang ringgit memang langsung tiada, sebaliknya hanya berharap ihsan orang ramai. Apabila pulang ke rumah semula, suatu hari emak menegur dan memarahi saya kerana mengerjakan solat dan berulang-ulang hinggakan 14 rakaat. Sebenarnya, ketika itu saya sudah tidak tahu apa yang berlaku seolah-olah dalam dunia yang amat asing,” katanya.
Hampir lapan bulan menyepi diri dan langsung tidak menghiraukan isterinya, Zaiha Abdul Rahman dan empat cahaya mata, ibunya paling banyak memberi kekuatan semangat kepadanya agar bekerja keras demi masa depan dia sekeluarga.
Ujang mengakui yang dia pernah mengusung guni mengandungi gelang untuk dijual dengan harga RM2 semata-mata mencari sesuap nasi. Bahkan, dia pernah melukis potret di kaki lima di sebuah pekan dan menjualnya kepada orang ramai untuk mencari sesuap nasi.
“Bayangkan ketika zaman kegemilangan, saya pernah memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan tetapi di zaman kejatuhan, dengan hasil jualan lukisan potret berharga RM10, saya mampu menampung hidup saya untuk dua, tiga hari. Bayangkan ketika melukis potret atau inspirasi daripada kartun saya dan mengabadikan dalam kad ucapan Hari Raya, tiba-tiba saya didatangi surat saman.
“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, saya sekali lagi tertekan apabila ibu meninggal dunia tiga tahun lalu. Namun segala nasihat dan doanya menjadi ubat paling mujarab buat saya meneruskan kelangsungan hidup ini,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik ini bercerita mengenai arwah ibu tercinta, Ramlah Omar.
Sebagai insan cekal, dia kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu bekas majikannya, pemilik syarikat Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib untuk kembali bertugas di syarikat berkenaan.
Namun katanya, selepas itu tidak putus-putus rezeki datang menggolek dan mendapat tawaran menghasilkan kartun untuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Kini, dia bersama syarikat Century Vantage Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor menerbitkan majalah komik animasi yang menjurus kepada bacaan untuk semua golongan dan dikenali ‘Animaxi’.
“Apa yang penting dalam hidup, kita harus berfikiran positif. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun saya tidak pernah berputus asa bahkan kekuatan saya adalah sifat dalaman yang dimiliki diri ini. Saya sudah menempuh pelbagai halangan besar dan reda dengan ketentuan
takdir,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...