Friday, June 5, 2015

Pas ada jurus siku dan lutut depani DAP

Perwakilan Dewan PAS Ulama Nasrudin Hassan Thantawi menyampaikan ucapan penggulungan persidangan hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini. - Foto Bernama
KUALA SELANGOR - Setelah 'ditampar' berkali-kali di kiri dan kanan, akhirnya Pas kembali membalas tamparan tersebut.


Demikian hujah AJK Pas Pusat, Nasruddin Hassan ketika menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan di Muktamar Pas Pusat di sini, hari ini.

"DAP putuskan hubungan dengan PR di Sabah dan Sarawak tetapi DAP Semenanjung masih kekal dalam PR. DAP juga putuskan hubungan dengan Presiden Pas tapi masih teruskan kerjasama dengan Pas. Tak ke pelik itu?

"Dia (DAP) tampar kita berkali-kali kiri kanan, kita kata jangan. Dia tampar kita lagi, kita kata jangan. Akhirnya kita tampar dia sekali baru dia tahu rasa kena tampar," katanya yang disambut sorakan para perwakilan dan pemerhati.

Melalui hujah sama, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu meminta agar DAP tidak mencabar kesabaran Pas.

"Saya minta sungguh2 jangan cabar kesabaran kami.

"Walaupun kami rata-rata pakai serban tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna," katanya. - SH

‘Yang keruh, marilah kita jernihkan’

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepada saf kepimpinan Pas yang telah dipilih bagi penggal baharu 2015-2017.

Katanya bagi pihak PKR, mereka menerima baik ucapan dasar Presiden Pas yang menegaskan perlunya istiqamah dalam perjuangan menentang kezaliman di Malaysia dan prinsip tahaluf siyasi yang terus menjadi teras bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam PR.

“Perjalanan kita masih jauh, dan pelbagai cabaran, dugaan dan fitnah politik jahat rekayasa musuh perlu kita tempuhi bersama dalam semangat persaudaraan dan kekeluargaan.

“Walau kita telah berjaya memperoleh 52% undi popular dalam PRU13 yang lalu, tetapi waqie politik tanah air memerlukan kita bersatu tenaga dan usaha.

“Dengan berpegang kepada prinsip musyawarah serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat, insya-ALLAH kita akan dapat menyelesaikan masalah dan akhirnya mengalahkan musuh politik utama kita yakni Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, oleh itu, PR perlu melihat kepada  titik-titik pertemuan yang dapat membina harapan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kerana kita dibelenggu masalah dari GST, harga barang yang meningkat, hutang negara yang membengkak, rasuah dan kezaliman rejim yang kian menjadi-jadi, serta ketiadaan kepimpinan moral dalam pelbagai isu yang dihadapi negara.

“Oleh itu Yang jauh, marilah kita dekatkan. Yang keruh, marilah kita jernihkan. Yang batil, marilah kita terus lawan, demi Malaysia yang lebih baik,” katanya. - SH

Innalillah.. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan Orang Beriman


Puan Seri Cik Puan Noor Abdullah bersama Ku Li dalam satu majlis. Foto ihsan 


Isteri mantan Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Seri Cik Puan Noor Abdullah meninggal dunia pada jam 7.05 petang tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Jenazah Allahyarham di bawa pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Golf pada jam 10 malam nanti.
Cik Puan Noor dan Tengku Razaleigh yang merupakan rakan lama telah berkahwin pada tahun 1995.
Bekas Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu sebelum ini lebih dikenali sebagai Yvonne Law sebelum memeluk agama Islam.



Kucing diupah jadi pengawal keselamatan bank

    Muning yang dipakaikan tag pekerja.

MANILA - FILIPINA. Seekor kucing diupah untuk menjadi pengawal keselamatan di sebuah bank di sini.

Kucing yang diberi nama Muning diupah menjadi pengawal keselamatan untuk menangkap tikus yang merosakkan kabel dan dokumen penting di Bank Pembangunan Filipina sejak lima tahun lalu.

Memetik laporan Daily Star, kebolehan kucing itu menangkap tikus setiap hari menyebabkan dia diterima bekerja di bank itu dan turut diberi kad pekerja.

Gambarnya menjadi viral selepas dimuat naik ke Facebook, minggu lalu.



Sumber: Sinar Harian

Majikan Kayu!


Majikan kayu! Aku bukan merujuk kepada majikan yang menjalankan perniagaan berasaskan kayu, tetapi aku merujuk kepada majikan "no function". Tak berfungsi. Siapa cakap yang semua bos-bos ini menjalankan kerja mereka dengan baik? Ada bos-bos yang nama sahaja bos, tetapi langsung tak berfungsi.

Aku hingga kini, masih tertanya-tanya, apa yang ada di dalam minda mereka. Apa yang mata mereka nampak? Apakah telinga mereka hanya mendengar kata-kata bodekan semata. Sila buka mata anda majikan kayu!

Lihat siapa yang bekerja, siapa yang tidur. Jangan hanya mendengar kata-kata. Lihat dengan mata sendiri. Siapa yang benar-benar melakukan kerja. Mereka ini yang patut anda hargai. Bukannya berat sebelah. Ingat, esok, bila di hisab, yang maha esa akan tanya, adakah anda benar-benar menjalankan tugas dengan betul. Ingat.

Harapan aku tinggi mengunung bila majikan bertukar tangan. Dengan harapan, apa yang dah berlaku bakal berubah. Tapi harapan tinggal harapan. Majikan sekarang pun sama kayu jugak. Keras je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dah kenapa? Takkan sama je sampai bila-bila? Berubah la. Pokok pun berubah, takkan manusia nak sama je? Persoalan sekarang sampai bila ianya akan berterusan?

Outdoor Lighting Motion And Light Sensor

5pcs+EMS FREE Solar Outdoor Light Sensor/Motion LED Sensor Light ...
Light Sensor/Motion LED

Outdoor Motion Sensor Lights Home Security System | Sitazine.
motion outside lights detector

Motion Sensor Outdoor Lighting By LampsPlus.
New! Point Grove Energy Star

Aliexpress.com : Buy Hot!!! Ultra Birght Solar Motion Sensing ...
,Motion sensor lights

Motion Sensor Outdoor Lighting By LampsPlus.

(Video) Tun M Diarah Henti Berucap

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dihalang oleh pihak polis daripada meneruskan ucapannya pada majlis Dialog Bersama PM - Nothing To Hide, hari ini, yang dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan keselamatan. - Sinar TV

Gambar Belangkas