Wednesday, June 3, 2015

Mark Zuckerberg ajak baca buku Ibnu Khaldun

Salinan paparan perkongsian Mark Zuckerberg di Facebook

KETUA Pegawai Eksekutif laman sosial popular Facebook mengajak pelayar laman sosial membaca buku hasil tulisan ilmuan Islam, Ibnu Khaldun.

Dalam sebuah perkongsian kelmarin, Mark Zuckerberg memberitahu beliau dalam proses membaca buku bertajuk Muqaddimah.

"Ia mengenai sejarah dunia yang ditulis oleh seorang ilmuan yang hidup pada zaman 1300-an.

"Ia memfokuskan bagaimana masyarakat dan budaya berkembang, termasuk kewujudan bandar-bandar, politik, perdagangan dan sains," kata Zuckerberg.

Perkongsian tersebut disambut baik oleh peminat dan pelayar laman Facebook, di mana pelayar beragama Islam memuji tindakan Zuckerberg memilih buku berkenaan.

"Buku Arab sentiasa pilihan yang bagus. Terima kasih kerana menggalakkan (untuk membaca)," kata Ahmad Soleh.

"Saya tidak kisah buku apa atau dari siapa. Asalkan ia menarik, saya akan membacanya! Dan buku hasil Ibnu Khaldun adalah sangat hebat!" kata Maryam.



Kredit: Sinar Harian

Nik Abduh menang Ketua Pemuda Pas

SHAH ALAM -  Persoalan siapakah bakal dipilih menerajui Pemuda Pas dan barisan exconya akhirnya terjawab apabila Nik Abduh Nik Aziz dipilih sebagai ketua sayap pemuda Pas.

Beliau menggantikan penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat.

Nik Abduh mendahului Suhaizan selepas berjaya meraih 469 berbanding 262 yang menyokong Suhaizan. - SH

TAK SEDAR SAMPAI MEMALUKAN DIRI SENDIRI!!!


Huh! Nak bukti apa lagi yang perlu kita paparkan kepada rakyat dan juga kepada ahli - ahli PAS tu? Semuanya sudah ada didepan mata kepala mereka sendiri dan ianya tak perlu dipertikaikan.

Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Syabun tu kepada pihak media sebelum ini, nampak sangat yang dia masih lagi terperangkap dalam khayalan dan imaginasinya dirinya sendiri. 



Kenyataan Si Mat Syabun 
ni cukup meloyakan!!! 
Memetik kata - kata Si Mat Syabun tu sendiri yang menyatakan bahawa dia masih lagi yakin dengan sokongan dari kalangan perwakilan untuk kekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS itu sahaja sudah cukup meloyakan.

Realitinya, Si Mat Syabun tu hanya sekadar berkhayal sendirian apabila dia mendakwa yang diri dia masih lagi menjadi idaman dan dikehendaki dikalangan perwakilan PAS hari ini.

Melainkan perwakilan PAS tu semuanya buta dan tidak dapat melihat Kebenaran yang ada dihadapan mereka, maka kita pun tak boleh nak mempersoalkan lagi pendirian mereka pada ketika ini.

Cukup setakat kita lihat sejarah Si Mat Syabun tu bertanding dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini. Walaupun dia ada nama, tapi dia hanya menang DUA KALI je sewaktu PRU diadakan.

Dan kekalahan yang dia hadapi adalah pada ketika PAS bergabung dengan orang lain seperti mana yang didakwa sebelum ini. Persoalannya, kenapa Si Mat Syabun tu kalah sedangkan orang lain menang besar?

Kenapa Si Mat Syabun tu masih GAGAL untuk mendapatkan kepercayaan dikalangan rakyat untuk memilih dia sebagai seorang pemimpin yang layak untuk menjadi Wakil kepada mereka?

Perkara itu pun sudah cukup untuk membuktikan yang Si Mat Syabun tu sampai hari ini masih lagi tak sedar diri. Nak pulak bila dia memperlekehkan Si Hadi Awang tu secara terbuka sebelum ini.

Dan hari ini, semua ahli PAS sendiri pun dah dapat lihat wajah sebenar Si Mat Syabun tu yang selama hari ini hanya sekadar menjadi Barua DAPigs semata - mata. Dia bukannya seorang pejuang PAS.

Sejak dari dulu lagi, Si Mat Syabun tu dah jadi Barua kepada DAPigs yang sentiasa membelakangkan dasar perjuangan PAS. Maka, tak mustahil jika sekarang pun dia akan ambik tindakan yang sama. Kalau dah namanya Penjilat tu Penjilat la jugak!!!

Tuesday, June 2, 2015

'Chai' Dewan Ulama kejutkan banyak pihak

Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.


Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.

Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.

Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).

Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.

Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.

Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama. - Malaysiakini

'Kerjasama tiada kebaikan faham-faham sajalah...'

Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diputuskan sebagai wasilah untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah.


Menurutnya lagi, kerjasama itu perlu mendorong kepada maslahah (kebaikan) dan bukan mafsadah (keburukan) seperti permusuhan, kritikan yang memecah belah parti dan campur tangan pihak tertentu.

"Tahaluf siyasi bukan janji. Tahaluf sekarang ini adalah tahaluf siyasi ta'awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mencapai kebaikan). Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah.

"Kalau ada maslahah, kita pakai. Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran.

"Oleh itu, saya menggesa ahli, ahli syura, dan ulama PAS yang menyayangi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Gombak pagi ini.

Kuasa penuh Majlis Syura

Sebelum itu dalam ucapannya, Haron menyenaraikan enam garis tahaluf siyasi yang perlu difahami dan dipegang selepas diputuskan.

Antaranya, kerjasama tersebut harus dijadikan wasilah menegakkan Islam, dan membuka ruang pelaksanaan hukum Islam.

Dengan kerjasama itu juga, ia dapat memastikan Islam dipertahankan, kata Haron lagi.

"Ketaatan hendaklah diberikan kepada kepimpinan PAS bukan kepada parti lain dalam bertahaluf.

"Ia juga menjadi ruang medan dakwah.

“Dan yang terakhir Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa penuh membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi sama ada terdapat maslahah atau mafsadah dari semasa ke semasa," katanya. - Malaysiakini

Erra Fazira kini bertudung sepenuhnya


TEKA-TEKI mengenai khabar angin pelakon, pengacara dan penyanyi terkenal Erra Fazira mengenai penghijrahannya terjawab selepas pelakon itu kini mengenakan hijab sepenuhnya.

Memetik laporan portal berita, Erra berkata, penghijrahannya ini sudah lama terdetik dalam hati  dan kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai.

"Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung," katanya.

Pelakon itu bertudung sepenuhnya sejak semalam sempena mengambil keberkatan malam nisfu syaaban.

Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagram milik pelakon itu turut gembira dengan keputusan Erra untuk bertudung.



Sumber: Sinar Harian

Tuntut taat pada ketua Pemuda undang 'boo'

Perwakilan Pemuda PAS Johor membangkitkan isu walak (taat setia) yang didakwanya diamalkan secara terpilih dalam parti Islam itu.

Syafiq Aziz mempersoalkan mengapa terdapat segelintir ahli yang hanya walak kepada individu tertentu tetapi tidak kepada pemimpin sayap kanan parti itu Suhaizan Kaiat.


"Mutakhir ini timbul masalah tarbiah contohnya yang berlaku ialah walak yang terpilih. Kita tak walak pada keputusan parti tetapi kita boleh walak pada individu tertentu.

"Sebagai contoh, kita semua dalam dewan muktamar ini bersetuju untuk walak kepada presiden, tetapi kenapa dalam konteks Pemuda, kita tidak walak kepada ketua pemuda dan saf pimpinannya hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam hari ini.

Kenyataan yang dibuat Syafiq itu mendapat "boo" dari pemerhati serta perwakilan sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Tetap Dr Ridhuan Mohd Noor meminta supaya semua orang bertenang.

"Bertenang," kata Ridhuan.

Suhaizan dicabar anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepenggal mengemudi dewan itu, beliau dilihat berdepan cabaran besar mempertahankannya kali ini susulan kebangkitan arus besar kumpulan proulama dalam PAS. - Malaysiakini

Gambar Belangkas