KOTA BHARU - Pelajar kolej vokasional di Bachok yang meninggal dunia akibat dipukul pelajar senior kolej berkenaan sempat menelefon ibunya untuk bertanya khabar tentang keluarga sebelum kejadian.
Ayah mangsa Zime Yaakob, 49, berkata anaknya Mohamad Nur Akram, 16, baru memasuki kolej berkenaan tiga bulan lepas selepas bertukar daripada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang.
"Dia mahu bersekolah di Kelantan jadi kami tiada pilihan lain, kami bawa dia untuk belajar di kolej berkenaan.
"Arwah juga tidak pernah mengadu apa-apa masalah sepanjang belajar di situ, dia juga sempat menelefon ibunya, kira-kira jam 10 malam tadi untuk bertanya khabar," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.
Zime berkata, dia tidak menyangka panggilan telefon sebanyak empat kali pada jam 1 pagi itu membawa berita mengenai kematian anak keempatnya itu.
"Saya ada menerima panggilan telefon dari warden sekolah yang meminta kami segera ke klinik Bachok, mereka kata anak saya ketika itu berada dalam keadaan tenat.
"Tanpa mengetahui punca kejadian, kami bergegas ke sana sehinggalah dimaklumkan kejadian sebenar ketika tiba di klinik itu," katanya.
Beliau berkata keluarganya reda dengan pemergian anaknya yang disifatkan sebagai anak yang baik serta pendiam.
"Kali terakhir kami berjumpa dengannya adalah ketika cuti sekolah baru-baru ini sebelum dia kembali ke asrama," katanya.
Difahamkan hari ini merupakan hari lahir mangsa.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim hari ini berkata, mangsa Mohamad Nur Akram maut selepas disyaki dipukul oleh pelajar senior di bilik asrama kolej berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam tadi, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang berusia 17 tahun yang bertindak memukul mangsa dipercayai akibat salah faham.
Mohamad Nur Akram dikatakan tidak sedarkan diri selepas disepak sebanyak dua kali oleh pelajar senior terbabit sebelum disahkan meninggal pada 1.30 pagi hari ini di sebuah klinik kesihatan di Bachok.
Mayat mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Berangan, Pasir Puteh hari ini. – Bernama
Tuesday, May 12, 2015
Gambar wanita tercirit dalam kelab jadi viral
Terkini, viral di media sosial dan blog beberapa keping gambar kekecohan yang berlaku di sebuah kelab berikutan seorang wanita telah 'tercirit' ketika dalam kelab berkenaan.
Tidak tahulah apa punca sehingga menyebabkan wanita berkenaan tercirit tetapi orang ramai kelihatan keluar dari premis berkenaan.
Tidak tahulah apa punca sehingga menyebabkan wanita berkenaan tercirit tetapi orang ramai kelihatan keluar dari premis berkenaan.
Bagaimanapun menurut cerita yang tersebar, kejadian itu berpunca daripada angkara bekas kekasih wanita itu yang mana telah memasukkan sejenis ubat ke dalam minuman. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa dan terus meminum air minuman tersebut sehingga dia tercirit.
Tindakan itu dilakukan oleh bekas teman wanita itu kerana berang akan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga.
Tindakan itu dilakukan oleh bekas teman wanita itu kerana berang akan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga.
Kereta terbang terhempas ketika ujian
Kereta terbang AeroMobil terhempas, Jumaat lepas.
SLOVAKIA - Kereta terbang pertama di dunia keluaran sebuah syarikat teknologi terhempas dalam satu ujian penerbangan di Slovakia, Jumaat lepas.
Menurut Fox News, kereta terbang tersebut yang juga prototaip ketiga keluaran syarikat AeroMobil dikemudi penciptanya, Stefan Klein ketika kejadian.
Saksi memberitahu, kereta terbang tersebut berpusing dan memaksa Klein membuka payung terjun pada ketinggian 900 kaki untuk pendaratan yang selamat.
Kereta terbang tersebut remuk teruk manakala Klein selamat tanpa sebarang kecederaan.
Menurut kenyataan dari AeroMobil, data penerbangan dari ujian tersebut akan digunakan dalam ujian akan datang selepas kereta terbang tersebut dibaiki.
"Dalam proses mencipta kenderaan baru, terutamanya prototaip, kemungkinan sesuatu yang buruk terjadi adalah tinggi, dan ianya normal.
"Ini adalah tempoh 'belajar' dan penting untuk kami untuk mengenal pasti (masalah) dan memperbaikinya dalam rekaan kami yang seterusnya," dipetik dari kenyataan tersebut.
AeroMobil bertanggungjawab menghasilkan kereta terbang tersebut sejak tahun 1990 dan enjin Rotax 912 yang digunakan mampu diisi di stesen minyak konvensional.
Sumber: Sinar Harian

Monday, May 11, 2015
Kekal Atau Memilih kerja baru.
Kekal Atau Memilih kerja baru|ceritaejoy.
Satu persoalan yang kerap bermain di dalam fikiran aku, Kekal atau memilih kerja baru. Aku sekarang bekerja di dalam sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Semua orang tahu syarikat ini. Dan tahun ini, adalah tahun ke 9 aku bersama syarikat ini.
Syarikat tempat aku bekerja sekarang, pada aku terlalu banyak benefitnya. Itu aku tak boleh nafikan, Ini juga yang membuatkan, ramai kawan-kawan aku memilih untuk terus bekerja di sini. Jika semuanya baik, kenapa perlu bertukar kerja kan? Ini jawapan aku.
Untuk mendapatkan title "technician" jika status pekerja itu adalah operator, mereka perlu bekerja selama 9 tahun ke atas! Dan ada di kalangan mereka, yang mendapat title itu hanya disebabkan oleh gaji mereka sudahpun mencecah gaji maksima.
Gaji bagi "fresh technician" adalah sekitar RM1500. Ini bermakna, gaji mereka yang bekerja selama 9 tahun dan ke atas itu adalah di bawah RM1500. Bayangkan, 9 tahun bekerja, gaji baru mencecah RM1500!
Jawatan adalah suatu isu yang cukup besar di dalam syarikat aku bekerja sekarang. Masalah ini mungkin berkaitan dengan syarikat ataupun majikan, tetapi pada aku, 80% adalah melibatkan majikan.
Jadi inilah punca kenapa wujud isu kekal atau memilih kerja baru. Task kerja didalam syarikat tempat aku bekerja sekarang, tidak memandang kepada jawatan. Langsung tidak memandang kepada jawatan.
Ada di kalangan operator memegang task yang sangat besar hinggakan ada di antara mereka pernah di hantar ke luar negara bagi pembangunan produk baharu! Ada juga dalam kalangan operator, yang sudah biasa report dengan group director. Mereka hanya berpangkat operator, dan bukannya engineer atau manager!
Inilah punca dan kenapa wujudnya perasaan kekal atau memilih kerja baru. Kenyataan ini, di kuatkan lagi bila ada rakan-rakan aku yang berjaya mendapat jawatan dan gaji yang lebih tinggi bila berhijrah ke tempat lain. Ianya berpunca daripada keupayaan mereka di dalam kerja yang melibatkan data dan juga perkhidmatan.
Aku masih lagi berteka-teka, samada mahu berhijrah atau kekal di dalam syarikat yang sama. Sebenarnya, perasaan ini pernah wujud di dalam diri aku sebelum ni, tetapi selepas wife aku bertanyakan hal yang sama, perasaan tu datang balik. Hish.
Persoalan sekarang, mahu kekal atau memilih kerja baru?
Haffizul iskandar.
Kerana sidai tuala, pelajar tingkatan 4 maut dibelasah rakan asrama
Muhafandi Muhamad
KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok maut dipercayai dibelasah rakannya di asrama sekolah berkenaan.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, didakwa disepak akibat perselisihan faham berhubung kain tuala yang didakwa disidai oleh mangsa di kepala katil rakannya itu.
Menurut bapa mangsa, Zime Yakoob, berdasarkan laporan saksi dan kenyataan rakan anaknya, arwah dikatakan disepak di bahagian badan dan leher.
"Warden telefon dalam pukul 1 lebih. Isteri saya jawab dan diberitahu agar segera ke hospital kerana anak tenat. Kemudian, ada dua anggota polis datang ke rumah memaklumkan bahawa anak saya dah tiada," kata Zime.
Mangsa sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdulllah, Raub, Pahang sebelum bertukar ke kolej berkenaan tiga bulan lalu supaya lebih dekat dengan keluarga.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan anak keempat daripada tujuh beradik itu ialah minggu lalu.
Sementara itu, abang mangsa Mohd Nor Aminuddin berkata adiknya seorang yang tidak mempunyai masalah dan mudah bergaul di rumah.
"Dia depan orang ramai pendiam, jenis suka tolong orang. Kali terakhir jumpa dia pada cuti hari pekerja," kata Mohd Nor Aminuddin.
Mayat mangsa ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat dan jenazah dijangka dibawa pulang hari ini.
Mayat mangsa akan dikebumikan di Kampung Gelam, Pasir Puteh hari ini.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan akan dijalankan.
Difahamkan suspek yang juga rakan mangsa sudah ditahan polis.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Hussain Awang ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Kata Hussain, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan kerana kes ini sudah menjadi kes polis.

Anak Kerap Tersedak Susu.
Anak Kerap Tersedak Susu|bayi tersedak susu|ceritaejoy.
Aku pernah alaminya dulu, dan kini aku dan isteri alaminya semula. Bayi tersedak susu ni macam 1 perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa. Tetapi, untuk anak kami yang kedua ni, kerap pulak tersedak susu. Dan sudah tentu, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada anak kedua kami ni.
Anak kedua aku, baru berusia 22 hari. Dan boleh dikatakan kerap juga tersedak susu. Kita yang memang kerap memerhati ni, boleh jadi tak tentu arah dibuatnya. Kadang-kadang, termarah juga wife aku sebab tak memberi perhatian yang sepenuhnya pada anak kami ni. Tapi, marah tu sekejap jelah.
Bukan tak sendawakan bayi lepas dia menyusu. Kadang lebih dari sekali bayi kami sendawa. Tapi tetap juga kadang-kadang tu, dia muntahkan susu. Ada juga yang sampai masuk dalam lubang hidung, bila berlaku hal semacam ni, dah tentulah kita sebagai ibubapa akan menjadi sangat risau, kan?
Bila terlalu kerap bayi tersedak susu ni, wife aku dah jadi sedikit takut. Nak buat kerja lain pun dah susah. Diberinya sepenuh perhatian kepada bayi kami. Bila berlaku hal semacam ini, anak pertama akan mendapat kurang perhatian. Hmm. Bukan mudah menjadi seorang isteri dan ibu kan?
Aku ada buat bacaan di blog rakan-rakan blogger malaysia. Antara yang betul-betul menangkap di dalam fikiran aku adalah, bayi terlalu kenyang dengan susu. Ish, bila aku terbaca macam tu, dah jadi macam nak suruh wife aku kurangkan beri susu pada bayi kami. Tapi, dah dia lapar, takkan nak biar dia menangis je kan?
Atau bayi kami nak puting susu? Argh! Tidak! Aku terkesan dengan cerita, jika beri anak hisap puting, nanti giginya akan kedepan sedikit. Hmm. Yeker? Tak boleh, tak boleh.
Kena ada cara yang betul untuk elakkan anak kerap tersedak susu ni. Kalau sebelum ni, bayi kami baring dengan kepala sedikit rendah, tetapi selepas dari kes kerap sangat tersedak ni, kami tinggikan sedikit kepala bayi kami.
Kemudian, tidurnya dalam keadaan mengiring, sebabnya, kalau bayi tersedak susu, susu tu akan terus jatuh kebawah dan tidak masuk kembali ke dalam mulut atau ke dalam rongga hidung, yang sudah pasti akan memberi kesan yang lebih teruk. *Semoga Allah menjauhkan perkara ini dari berlaku kepada bayi kami.
Menjaga anak kecil ni, benar-benar memberi kita kesan yang mendalam. Tidur tak boleh lena. Kadang-kadang terpaksa berlapar hanya untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Tetapi ianya terbalas dengan senyuman dan keriangan anak-anak. Indahnya kejadian ciptaan yang maha esa. Alhamdulilah.
Haffizul Iskandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...