Thursday, May 7, 2015

Kuning anak tak turun lagi!

Kuning anak tak turun lagi|petua sakit kuning|ceritaejoy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmm, kuning anak aku tak turun-turun lagi. Semalam dah masuk hari ke 17 umur anak aku. Bacaan kuning untuk hari semalam, setelah 4 kali check adalah 10.3. Waktu pertama kali check, bacaan dia 12, kali kedua naik, 13, kali ketiga turun balik, 11, ni semalam 10.

Hmm, aku buat pemeriksaan dekat kawasan alor gajah. Dari percakapan nurse-nurse dan doktor-doktor dekat sini, ianya adalah sesuatu yang bahaya. Sebaliknya berlaku bila aku buat pemeriksaan dekat area bandar melaka. Doktor yang periksa anak aku tu cakap, tak perlu risau sebab bacaan dia belum sampai tahap 17 ke atas. Sebab kalau bacaan setinggi tu, memang bayi ada masalah.

Hai, boleh pulak berbeza pendapat kan? Doktor area melaka mintak bacaan turun sehingga 8. Area alor gajah nak bacaan serendah 5. Uish. Ini yang buat aku heran dan sangat pelik. Kenapa tak sama eh?

Semalam, lepas aku bawa anak aku ambil bacaan darah, aku terus bawak anak aku ke linggi, melaka. Sebabnya, dekat area sana, ada seorang doktor, namanya doktor azmi linggi melaka, pakar dalam mengubati sakit kuning bayi. Aku sendiri tak pernah sampai sana. Melilau jugaklah nak cari jalan. Alhadulilah jumpa jugak.

Ibubapa mana yang tak risau, kuning anak tak turun lagi kan? Kena pulak, nurse yang datang melawat tu, selalu takutkan wife aku, katanya, nanti anak aku pekaklah, sakit otak lah, macam-macam sakit yang dia cakap. huh.

Petua sakit kuning.

Aku tak berharap sangat sebenarnya dengan ubat moden ni. Oleh sebab itu, aku pun searchla petua untuk ubati sakit kuning anak. Macam-macam aku jumpa. Yang paling top adalah anggur hitam. Rasanya, macam dah banyak kali aku kasi anak aku air anggur hitam tu, tapi macam tak berkurang je. Ada orang suruh letakkan susu kambing dekat bibir bayi. Ini aku belum cuba lagi. Sebab susah jugak nak cari susu kambing ori dekat alor gajah ni.

Ada juga petua, cari pokok dukung anak. Ha, ini, aku sendiri pun tak pernah tengok. Tapi alhamdulilah, mertua aku bekas seorang komando. Kena pulak sekarang ni, dia kerja dekat kem bina semangat. Jadinya, mudahlah bagi aku sebab dia yang carikan. 

Caranya, letak pokok ni dalam periuk kemudian rebus. Lepas air dia dah suam-suam, mandikan bayi. Ha, ini aku nak cuba harini. Harap-harap ianya berkesan. InsyaAllah.

Aku dengan wife sebenarnya  Mana-mana ibubapa pun, mesti sedih kalau bayi mereka asyik kena cucuk je. Menangis bayi tu, hati kita yang sakit. Kena pulak jururawat yang tak profesional *aku pernah jumpa yang macam ni, lagilah hati kita sakit kan?

Ahad ni, kena periksa lagi, sebab kuning anak tak turun lagi semalam. Aku dengan wife berharap sangat yang sakit kuning bayi aku ni akan berkurang dan tak perlu nak ambil darah lagi. Semoga di permudahkan Allah. Amin.

Haffizul Iskandar.

Miley Cyrus beli rumah baru lengkap dengan ladang anggur


PENYANYI Miley Cyrus dilaporkan telah membeli sebuah rumah baru yang dilengkapi ladang anggur dan kawasan menunggang kuda bernilai RM17.9 juta.


Menurut laporan TMZ, rumah itu terletak di dalam kawasan tanah seluas lima ekar serta mempunyai hampir 500 pokok buah anggur di ladang tersebut iaitu di Hidden Hills.

Miley dikatakan memilih kediaman di kawasan berpagar bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

Terdahulu, rumah kediaman keluarganya di Toluca Lake sebelum ini telah dibuka untuk dijual pada awal Januari lalu.

Rumah lama tersebut dibeli kedua ibu-bapanya Ray Cyrus dan Leticia Cyrus pada tahun 2007.



Sumber: mstar.com.my

Gigi tertanam dalam tangan tanpa sedar


SEORANG remaja 19 tahun tekejut selepas mendapati sebatang gigi telah tertanam di dalam tangannya selepas mengadu kesakitan.

Remaja itu mengaku telah menumbuk muka adiknya secara tidak sengaja di rumah mereka sehari sebelum tangannya membengkak.

Ketika kejadian, dia tidak menyedari bahawa tumbukannya itu telah menyebabkan gigi adiknya patah kerana selepas ditumbuk adiknya itu bergegas keluar dari rumah.

Memetik laporan Daily Mail, selepas membersihkan kecederaan tanganya, remaja itu terus tidur dan pada keesokan harinya dia mendapati tangannya membengkak dan sakit.

Dia terus mendapatkan rawatan di hospital. Doktor pada mulanya hanya mengesyaki dia hanya mengalami jangkitan biasa namun apa yang mengejutkan hasil imbasan X-ray mendapati terdapat sebatang gigi tertanam di dalam tangannya.

Tanpa melengahkan masa, pembedahan membuang gigi tersebut dilakukan untuk mengelakkan jangkitan yang lebih serius.


Sumber: Sinar Harian

Coli mewah Victoria's Secret Dicuri 2 lelaki

Gambar Hiasan
 
WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat (AS) sebagai lelaki dikesan berjaya mencuri koleksi coli mewah jenama Victoria’s Secret di negeri Pennsylvania pada lewat Selasa.

Stesen televisyen tempatan CBS Philly melaporkan, koleksi elit bra keluaran firma pakaian dalam wanita terbesar dunia itu lesap di pusat beli-belah ternama Willow Grove Park Mall di bandar Abington, daerah Montgomery.

Siasatan awal polis mendapati jumlah kerugian dianggarkan AS$80,000 (RM286,980) dan duo pencuri ini dipercayai menggunakan beg plastik besar warna hitam yang biasanya digunakan untuk sampah domestik.

Suspek kemungkinan menyelinap masuk pada awal pagi ke dalam kedai Victoria’s Secret terletak di aras 1 kompleks perniagaan tersebut yang mengandungi 130 lot premis serta sudah dibuka sejak 1982 lalu.

Polis mengesyaki dua penjenayah ini telah merancang strategi lebih awal kerana mereka didapati mengetahui lokasi tepat kotak-kotak simpanan coli berharga mahal dan keluar dari kedai itu hanya dalam masa dua minit.

Timbul persoalan menarik, kenapa bra menjadi pilihan berbanding barangan lain yang lazim dicuri di gedung beli-belah namun, pihak polis berkata, kes curi coli memang pun banyak di seluruh AS malah bukan isu luar biasa!

Kebiasaannya pencuri khasnya wanita akan memakai terus coli yang hendak dicuri di dalam bilik persalinan setelah membuang tanda harga dan kod pengesan sensor sebelum kemudian terus keluar dari kedai terbabit.

Di AS, trend curi bra bahkan dilaporkan meningkat setiap tahun dan motif sebenar pencuri selain tiada cukup duit ialah pakaian penutup buah dada itu sebenarnya boleh dijual semula di pasaran gelap atau menerusi secara talian.

Ia memang lumayan, maklumlah harga coli paling murah pun sudah mencecah AS$75 (RM269), manakala bra dengan beberapa ukuran tertentu seperti saiz 34 DD juga amat sukar didapati di kedai pakaian biasa. – Agensi

Pelanggan datang naik helikopter untuk nikmati asam pedas

 Mastuki menunjukkan hidangan yang dijual di kedai makannya di Jeti Kampung Sungai Sembilang.

SUASANA jeti nelayan mungkin menjadi tarikan pengunjung apabila mereka bukan sahaja dapat memilih ikan segar bahkan juga dapat menikmati asam pedas Sungai Sembilang yang cukup terkenal.

Lokasi Sungai Sembilang Klasik Enterprise yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Pantai Remis itu membolehkan pengunjung bersama keluarga menikmati makan malam selepas penat beriadah di satu-satunya lokasi tumpuan pelancong di daerah ini.

Bukan sahaja pengunjung dalam daerah, malah ada yang sanggup menaiki helikopter untuk melepaskan gian menikmati asam pedas ikan sembilang dan pari selain masakan kari yang cukup memikat.

Pengusahanya, Mastuki Kileho, 53, berkata, pada asalnya jeti di perkampungan nelayan itu hanya tertumpu dengan operasi pendaratan ikan dan menjadi tempat nelayan turun ke laut.

“Pakcik mulakan niaga ini kecil-kecil saja sebab mudah nak dapatkan bekalan ikan segar dan memang berminat nak berniaga lepas keluarga bagi sokongan penuh...jeti pun depan kedai saja.

“Pakcik baru saja operasi dua tahun lalu dan mungkin resipi rahsia isteri yang berasal dari Melaka kena dengan selera orang...lagi-lagi guna mangkuk claypot untuk kekalkan kepanasan.

“Mula dengan modal kecil di tepi jeti dan niaga pada jam 1 tengah hari sampai lewat malam dan alhamdulillah permintaan yang tak putus-putus menjadi rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, memang tidak dinafikan ada yang sanggup datang menggunakan helikopter sehingga menjadi tarikan kepada pengunjung lain yang cukup teruja melihat kenderaan itu diparkir di tepi padang.

“Mungkin itu menjadi tarikan kedai makan pakcik selain ruang makan yang lebih santai di bawah pokok dan atap rumbia dengak kayu bakau sebagai tiang macam betul-betul ada di tepi laut.

“Walaupun menu utama asam pedas dan kari sembilang serta pari, tapi ikan lain pun ada macam cencaru dan jenahak yang boleh dipilih ikut saiz untuk dihidangkan dengan nasi putih. 

“Dengan harga yang berpatutan, sepinggan nasi bersama hidangan asam pedas ikan sembilang hanya dijual dengan harga dalam lingkungan RM9,” katanya.  

Tambah Mastuki yang juga bekas pemandu kontena di Pelabuhan Klang, dia tidak menyangka kerjaya sebagai tukang masak rupa-rupanya lebih serasi dan lebih memberi kepuasan.

“Bukan saja beri peluang kerja kepada 15 anak penduduk tapi memberi punca pendapatan kepada nelayan yang menjual hasil sekurang-kurangnya 30 kilogram ikan terus ke kedai," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Mama Rindu Papa, Cepatlah Balik (5 Foto)








Tersembur air mineral yang diteguk tatkala ternampak beberapa gambar yang agak meloyakan ini. Mana tidaknya, sudahlah sejenis, dibuatnya pula sign 'Love' ala-ala K-Pop. Mau terbeliak biji mata dibuatnya.

Gambar pasangan songsang ini mula tersebar di laman sosial yang menunjukkan betapa intimnya mereka berdua.

Perakam gambar yang juga pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) ini juga tanpa segan silu ber'papa' 'mama' dengan pasangannya itu serta memuat naik gambar mereka secara terbuka di laman sosial.

"Papa!! Mama rindu papa.. cepatlah balik Melaka. Mama nak esok juga papa balik.."

Menurut sumber, gambar-gambar ini diperolehi dari aplikasi pesanan ringkas, WeChat.

Penularan LGBT di kalangan belia kian menjadi-jadi. Justeru, ibu bapa digesa memantau aktiviti anak mereka lebih-lebih lagi smartphone mereka.

Golongan belia amat mudah terpengaruh dengan benda/budaya baru. Yang mana, pada mulanya mereka hanya memberikan alasan mahu mencuba. Tetapi apabila sudah menikmati 'kesedapan' yang tidak terhingga, mereka akan terus menerus terjerumus lebih jauh sehingga sukar untuk kembali ke pangkal jalan.

Mohon siapa yang mengenali pasangan songsang ini, nasihatkanlah mereka agar kembali ke pangkal jalan.




Aduan Pertukaran: Guru mengandung 8 bulan dicerai akibat berjauhan





Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir nov 2013 selepas itu saya bertugas pada feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.

Setiap hari masa saya bersama suami sangat terbatas hanya pada hari sabtu ahad sahaja kami dapat luang masa bersama namun apabila saya terpaksa bertugas ke borneo menyebabkan keadaan berubah. Saya berusaha cari jalan untuk berpindah ke semenanjung tetapi usaha tidak berhasil,saya tetap bertugas di borneo. sikap suami kadang kala memberi tekanan kepada saya apabila kami bertengkar, punca pertengkaran kami kebanyakan disebabkam ibu mertua saya. Saya merayu kepada suami agar jangan dipanjangkan pertengkaran ini terutama dalam keadaan saya mengandung, ianya memberi tekanan hebat kepada saya. Pernah suatu ketika saya mengalami kemurungan disebabkan tekanan berjauhan malah kami bergaduh hal yang berpunca kerana ibu mertua, sehingga suami tidak mahu menjawab panggilan dan sms dari saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari bapa, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.

Selepas itu, terjadi juga pertengkaran sehingga suami dengan mudah mengugut kata cerai dan berpisah, berulang kali saya berpesan pada suami agar tidak berkata seperti itu serta berbincang dengan baik, namun suami tidak mendengar kata. Sehingga usia kandungan saya 8 bulan suami bertindak menceraikan saya atas alasan yang sangat tidak munasabah. Penceraian yang berlaku memakan diri suami kerana sikapnya yang suka mengugut dengan gunakan perkataan tersebut agar saya tunduk serta patuh padanya. Malah campur tangan ibu mertua yang melaga-lagakan hubungan kami mengeruhkan keadaan selepas ayah mertua meninggal dunia.

Apa yang terjadi pada saya bukan saya ingin salahkan KPM seratus peratus tetapi sedikit sebanyak kesan berjauhan memberi impak negetif pada alam rumah tangga saya. Kini impian saya untuk tinggal berasingan dengan suami tidak kesampaian serta anak saya tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah sendiri. Saya meminta pihak kementerian perihatin terhadap kami yang sudah berkeluarga. Saya sebagai ibu tunggal memohon pihak kementerian tidak abaikan kami, saya tidak mahu menanggung risiko membawa bayi ke borneo atas faktor keselamatan dan perjalanan yang sangat jauh. Saya benar-benar berharap dapat pindah,sekurangnya ada keluarga yang dapat membantu serta sepenuhnya dapat fully breastfeeding ank ini. Kalau pihak pertukaran membantu saya sgt hargai..sekarang saya tengah usaha untuk berpindah.

P/s: kami menyeru pihak berwajib melaksanakan mekanisme yang berkesan dalam menangani isu pertukaran guru.

Gambar Belangkas