Tuesday, May 5, 2015

Sistem Kereta Api Bawah Tanah London Dapat Sentuhan Anak Malaysia


LONDON: Mungkin tidak ramai di kalangan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan sekitar London dengan menaiki kereta api bawah tanah atau lebih dikenali sebagai 'The Tube' mengetahui bahawa terdapat sentuhan anak Malaysia di rangkaian yang membawa 1.265 bilion penumpang setahun itu.

Aimi Elias, warga Malaysia berusia 26 tahun, baru-baru ini disanjung sebagai 'seorang daripada jumlah wanita yang semakin meningkat dalam sektor pengangkutan' menerusi artikel oleh Metro, akhbar tabloid percuma di sini.

Beliau bertugas dengan pasukan London Underground Crossrail dan ketika ini merupakan Jurutera Projek bagi Crossrail Liverpool Street Station.

Aimi dilahirkan di London selepas ibunya yang berasal dari Johor Baharu dan bapanya dari Pulau Pinang, berpindah ke sini pada 1982.

"Ibu bapa saya bekerja keras bagi memastikan saya dan adik memperoleh yang terbaik dalam menjalani kehidupan di UK dan mendapat pendidikan yang baik. Kami berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan ibu bapa saya tidak belajar hingga ke universiti," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.


Adik lelaki Aimi kini menyertai skim Perantisan Pembaharuan Semula Landasan Transport for Londons (TfL).

Aimi berkata beliau membiayai sendiri pendidikan praijazahnya di Imperial College dengan mengikuti bidang kejuruteraan awam menerusi pinjaman pelajar dan dermasiswa daripada Institution of Civil Engineers dikenali sebagai QUEST Scholarship.

Institusi ini menghubungkan beliau dengan sebuah syarikat perunding kejuruteraan yang mengambilnya bekerja semasa cuti musim panas.

Wanita ini berkata tugasnya memerlukan beliau memudahkan pelaksanaan tugas Crossrail sambil meminimumkan impak ke atas pengoperasian landasan London Underground.

"Bidang tugas saya adalah menyemak semula cadangan Crossrail supaya kami boleh menyokong program kerja Crossrail dan membolehkan London Underground untuk menerapkan tugas itu dalam penggunaan dan penyenggaraan pengoperasian," katanya.


Crossrail ditubuhkan pada 2001 untuk memupuk dan membangunkan rangkaian penting bagi memenuhi keperluan masyarakat dan perniagaan di seluruh kawasan Tenggara, dan bagi memastikan London meneruskan peranannya sebagai pusat kewangan dan perniagaan terulung di Eropah.

Crossrail adalah projek usahasama antara TfL dan Department for Transport (DfT) sehingga hujung 2008 apabila ia menjadi anak syarikat milik penuh TfL.

Aimi berkata semasa masih bersekolah, beliau bercita-cita untuk menceburi kerjaya yang dapat membawa perubahan dalam hidup masyarakat dan sebaik mendapat tahu jurutera menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding doktor, beliau tidak mampu menolak apabila TfL menawarkannya kerja.

"Jurutera mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat hanya dengan menyediakan prasarana agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Apabila TfL menawarkan saya (kerja), saya tidak dapat memikirkan suatu penerapan kejuruteraan yang lebih baik.


"Pengangkutan awam memudahkan segenap lapisan masyarakat menjalankan aktiviti harian mereka, merangkumi perjalanan ke tempat kerja sehinggalah untuk mengunjungi saudara mara dan rakan taulan," katanya.

Pada 2013, Aimi dipilih menyertai Skim Perantisan Presiden Institution of Civil Engineer, yang berprestij.

Ditanya tentang pekerjaannya dalam sektor yang dikuasai lelaki, Aimi berkata tiada alasan bagi kalangan wanita untuk menjauhi apa jua industri kejuruteraan, daripada pembinaan bangunan sehinggalah kepada mereka bentuk stesen angkasa.

"Kejuruteraan sering kali dianggap sebagai bidang yang dikuasai lelaki, dan ini memang benar, hanya lapan peratus daripada industri kejuruteraan terdiri daripada wanita. Ini perlu diubah. Saya harap lebih ramai wanita terbuka untuk memperkatakan tentang tugas harian mereka untuk mengikis tanggapan bahawa profesion ini hanya sesuai bagi lelaki," katanya.

Aimi merupakan finalis dalam FameLab 2015 UK Grand Final yang diadakan baru-baru ini dengan 10 finalis bersaing dalam pertandingan komunikasi untuk memperjelaskan konsep sains, teknologi dan kejuruteraan menerusi persembahan yang menghiburkan selama tiga minit.


"Saya satu-satunya jurutera dan bukan Kaukasia yang layak ke final. Sayang sekali, saya tidak menang namun saya sudah beri yang terbaik," kata Aimi, yang memperjelaskan tentang seni penerowongan menggunakan yoga dalam pertandingan itu.

Acara final di Bloomsbury Theatre di London pada 22 April diadakan susulan 18 saringan dan lapan final peringkat wilayah dengan pemenangnya membawa pulang gelaran juara FameLab UK dan hadiah 1750 untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam sains komunikasi.

Pertandingan itu dimulakan 10 tahun lepas di UK oleh Cheltenham Science Festival dan berjaya mengenal pasti, melatih dan membimbing ahli sains serta jurutera untuk berkongsi minat mereka dalam bidang masing-masing bersama masyarakat umum.


Sumber: mstar.com.my

Monday, May 4, 2015

Cara Memasukkan Instagram Ke Blog.

Cara Memasukkan Instagram Ke Blog|tips blog|ceritaejoy.

Mungkin ada blogger malaysia yang ingin gambar-gambar mereka di instagram berada di dalam blog mereka tetapi tak tahu macamana nak buat. Jadinya, aku ingin kongsikan, bagaimana merealisasikan keinginan anda itu. hehehehe.

Tutorial masukkan instagram di dalam blog.

1. Mula-mula sekali, anda perlulah click di sini : http://www.intagme.com/.

2. Kemudian isikan username dan klik pada widget type. Boleh pilih samada mahukan slideshow atau grid.


3. Kemudian pilih saiz gambar anda. Samada mahu kecil atau besar pada thumbnail size.


4. Selepas itu anda boleh memilih warna latar belakang gambar anda di background color.


5. Selepas anda berpuashati dengan semuanya, anda boleh click pada Get code.


6. Copy code yang diberikan dan paste pada ruangan HTML/javascript.

7. Selesai dan bergembiralah. Hehehehehe.

Haffizul Iskandar.

Orang Dalam Juga Tidak Akan Terlepas!

Orang Dalam Juga Tidak Akan Terlepas|kemalangan myvi|ceritaejoy.

Kalau kita tengok berita TV3 malam tadi, kenyataan mengenai ada ura-ura, mereka yang terlibat di dalam kemalangan melibatkan kereta Myvi dan pajero, ada mengunakan "orang dalam" yang boleh mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan, ini adalah kenyataan atau amaran untuk mereka. *Jika benar ada "orang dalam" seperti yang dimaksudkan.

kemalangan myvi

Kereta Guru Hampir Tenggelam Di Kuala Baram Sarawak




Nasib la ada kerajaan sarawak yang kononnya prihatin.

Kesian. Nak tunggu yb meninggal baru nak buat kot?

Terima Kasih Polis Diraja Malaysia!

Terima Kasih Polis DiRaja Malaysia|polismalaysia|ceritaejoy.

Fuh! Lain macam pulak tajuk entry aku kali ni kan? Apa yang polis malaysia dah buat sampai aku keluarkan entry Terima Kasih Polis DiRaja Malaysia ni. Ceritaejoy dibawah mungkin membawa kepada kemarahan atau ketidakpuashatian orang kepada aku, tapi aku bersyukur kerana tidak dikenakan tindakan. Alhamdulilah. Terima kasih sekali lagi kepada anggota polis diraja malaysia yang terlibat.

Ceritaejoy macamni, hujung minggu lepas, aku bawa keluarga aku keluar mencari kedai ubat sensei. Tujuannya adalah untuk cari ubat sakit kuning anak aku. Mana-mana ibubapa pun, pasti sedih kalau tengok anak kecil mereka asyik kena ambil darah je. Kalau tak sakit tak apalah kan, Hmm, kesian anak aku.

Nak dijadikan cerita, banyak kedai yang tutup. Dah kenapa kan? Boikot ke apa ni, semua kedai tutup? Merata aku cari. Jadi aku buat keputusan untuk bergerak lagi jauh dari kawasan tempat tinggal aku. Dan di sinilah bermulanya ceritaejoy, cerita kenapa aku mengucapkan terima kasih kepada polis diraja malaysia.

Roadtax kereta aku mati! Dah nampak kan ceritaejoy yang selanjutnya? Aku memang jarang guna satu jalan ni, nak dijadikan cerita jugak, aku guna lorong ni untuk ke jalan besar. Ada roadblock!!

Allahuakbar! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Awalnya, anggota yang bertugas di bahagian kanan pemandu tak perasan, dia dah lepaskan aku jalan, malangnya anggota sebelah kiri, perasan yang kereta aku roadtaxnya mati, apa lagi, kebahu jalanlah kita.

Memang dah nampak dah yang aku perlu keluarkan ratusan ringgit untuk bayar saman. Tapi sumpah! Aku langsung tak terniat nak rasuah atau sogok anggota polis berkenaan. Kalau pun anggota tersebut minta dengan aku, tetap aku tak akan beri.Biarlah kena saman, aku akan usahakan bayar saman tersebut.

Ok, dah cerita pasal saman, kenapa aku nak berterima kasih dekat polis diraja malaysia kan? Jom baca dialog antara aku dengan anggota polis tersebut.

Anggota Polis : Selamat pagi encik, boleh saya tengok lesen memandu dan kad pengenalan?

HI :  *keluarkan lesen memandu dan kad pengenalan. Lepas tu bagi kat anggota tu.

Anggota Polis : Roadtax encik dah lama mati ni. Ia merupakan kesalahan encik, memandu kenderaan di atas jalan raya tanpa cukai jalan.

HI : *Angguk tanda faham.

Anggota Polis : Saya terpaksa saman encik atas kesalahan ini.

HI : Baik encik. *Aku panggil encik jugak kat anggota polis ni.

Anggota polis tu dah keluarkan kertas saman tapi belum tulis apa-apa lagi.

Anggota Polis : Kenapa tak hidupkan roadtax encik? 

HI : Saya takda duit.

Anggota Polis : Aduh. * Sambil pandang muka aku. Encik kerja sorang ke? Wife tak kerja?

HI: Saya kerja sorang encik, Wife jadi suri rumah sepenuh masa.

Anggota polis : Aduh. Encik nak pergi mana sebenarnya ni? * Sambil berfikir nak saman aku ke tak. Kertas saman tu dah terbuka luas dah.

HI : Saya nak cari ubat untuk anak saya.

Anggota polis : Aduh . * Banyak kali aku dengar perkataan aduh dari mulut anggota ni. Anak encik umur berapa? Sakit apa?

HI : Anak saya sakit kuning. Umur baru 10hari.

Anggota polis : Aduh. * Sambil tunduk dan berfikir. Lama dia fikir. Encik ikut saya.

Anggota ni pergi ke kereta aku, lepas tu suruh aku tunjukkan anak aku. Aku pun tunjukkanlah. Memang betul pun aku memang nak cari ubat untuk anak aku.

Anggota polis : Hmm, Saya pun ada perasaan encik. Saya tahu memang susah hidup kalau suami sahaja yang bekerja. Lagi pulak encik baru dapat anak. Ini, encik nak cari ubat pulak untuk sakit anak encik. Ikut undang-undang, encik boleh dikenakan saman atas kesalahan encik. Tapi saya juga ada perasaan. Saya tahu kesusahan yang encik hadapi. Macamnilah, saya beri peluang kepada encik. Saya tak akan saman encik. Tapi encik perlu berusaha untuk hidupkan roadtax kereta encik. Kalau berlaku kemalangan, encik juga yang susah. Lagi pula encik bawa keluarga macam ni. Saya tak akan saman encik dan encik perlu berusaha untuk hidupkan cukai kenderaan encik. Ya.

HI : Baik encik. Saya faham encik. Terima kasih sangat-sangat encik. Terima kasih.

Ya Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu tu. Bersyukur sangat-sangat. Bersyukur sebab aku tak kena saman dan bersyukur sebab jumpa anggota yang faham kesusahan yang aku hadapi. Alhamdulilah Ya Allah.

Sebenarnya bukan semua anggota polis ini teruk. Masih ada lagi anggota polis yang memahami kesusahan rakyat. Kerana apa? Kerana mereka juga mengalami perkara yang sama barangkali. Aku sangat-sangat akui, masih ada lagi anggota semacam ini. Dan bukan semuanya mengharapkan balasan seperti wang ringgit daripada orang awam.

Terima kasih sekali lagi kepada Polis Diraja Malaysia! Terima kasih!

Haffizul Iskandar.

(Gambar) Tradisi Kejam, Pemburuan Ikan Paus Tahunan Kepulauan Faroe


Bila berbicara tentang pemburuan paus negara yang sering dikaitkan dengan pemburuan haiwan mamalia ini ialah Jepun. Kalau menonton Discovery Channel you get the impression that Jepunlah negara yang paling kejam didunia dalam hal pembunuhan paus. This is not actually true.

Di Kepulauan Faroe, sebuah daerah dibawah jajahan takluk Denmark berlaku acara tahunan yang dipanggil "Grindadráp". Ianya hanya dilakukan oleh golongan lelaki dan diadakan ketika musim panas. Setiap tahun lebih 900 ikan paus pemandu (pilot whale) dibunuh oleh penduduk Faroe mengikit tradisi Grindadráp yang sudah berlangsung sejak 1584. Ikan paus ini pada awalnya dikepung dengan menggunakan kepong dan dihalau masuk kedalam sebuah teluk.

Di pandai teluk berpuluh -puluh peserta Grindadráp akan membunuh paus yang sudah terperangkap. Mereka menggunakan cangkuk pada lubang udara ikan paus sebelum menyembelih mereka menggunakan Grindaknívur , sebuah parang khas yang direka untuk kegiatan pemburuan paus.

Setiap tahun pihak pencinta haiwan melobi supaya kerajaan Denmark mengharamkan pemburuan tahunan di Faroe. Malangnya mereka enggan melakukannya atas dasar "tidak mahu menyebabkan kepupusan tradisi tempatan". Pihak pecinta haiwan merasakan pengharaman harus dilakukan kerana jumpah paus pemandu sudah semakin sedikit dan pembunuhan secara pukal ini hanya akan menyebabkan kepupusan.

Tambah sedih lagi paus pemandu yang dibunuh dibunuh secara rawak tanpa mempedulikan pais itu sedang membesarkan anak atau sedang mengandung. Semuanya dibunuh atas nama tradisi. 




















Kredit: Blog Serius

Benjy Dihukum Mati



Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, yang sebelum ini telah ditahan buat kali keempat, bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar dadah pada 27 Mac lepas.

Benjy dan Raja Shariff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.32 kilogram.
Dalam kejadian bulan lepas, mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar jam 1.40 pagi. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Kedua-duanya yang memakai pakaian lokap polis kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.

Terdahulu, peguambela memohon mahkamah untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia mengenai kes terbabit dipercepatkan.
Muhammad Shukri tidak mempunyai halangan untuk memenuhi permintaan pihak pembelaan tetapi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan. Mohd Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Gambar Belangkas