Wednesday, February 18, 2015

home tuition-belajar asas bahasa mandarin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini kita semua tahu yang ibu bapa banyak memilih anak-anak belajar di rumah...Mungkin terdapat banyak faktor yang menyebabkan ibu bapa memilih sedemikian..ini mungkin salah satu faktor untuk senang mengawasi anak-anak..

Sekarang ni saya tengah belajar bahasa cina mandarin menggunakan website ni...tapi saya belajar masih level pre school je...hehe..siap ada sound suara lagi cakap chinese...website ni bukan sahaja bahasa mandarin tapi merangkumi semua subjek dari pre school , tahun 1 hingga tingkatan 5...

Ingat ini bukan pengganti  sistem persekolahan TETAPI untuk pemudah cara sahaja..sebab kita masih memerlukan cikgu untuk mengajar kita..

berminat boleh datang ke page saya di FB : novel/ komik secondhand atau boleh saja komen di blog ini..



 macam permainan kad.
Ini nama ayam dalam bahasa mandarin



Ini pelbagai bentuk boleh kita belajar seperti: dengar bunyi, main kad dan sebagainya


Pencuri terperangkap dalam kereta dicurinya


JINGILI - AUSTRALIA . Nasib malang seorang lelaki apabila tindakannya ingin mencuri sebuah kereta gagal apabila dia terkunci dalam kereta tersebut.

Menurut, Superintendan Polis Del Jones, lelaki tersebut memecah masuk kereta tersebut yang tanpa disedarinya kereta tersebut telah diaktifkan kunci keselamatan kanak-kanak pada pintunya.

"Kejadian tersebut bagaimanapun telah disedari oleh pemilik kereta berkenaan dan kemudiaanya mengambil keputusan untuk membuka pintu berkenaan dan cuba berbincang dengan pencuri tersebut, namun pencuri tersebut cuba melarikan diri.

"Namun tindakannya gagal dan dia berjaya ditangkap oleh dua orang polis yang kebetulan berada di tempat kejadian," katanya dipetik Mirror.uk

Pencuri tersebut turut mencuri wang tunai yang berada di dalam kereta berkenaan.

Dia kini menghadapi tuduhan mencuri dan menceroboh.


Sumber: Sinar Harian

Anwar dipaksa nyanyi ‘Negaraku’, ucap ‘Selamat Pagi Cikgu’

KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.

Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.
Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.

“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang.
Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.

Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.
“Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.

“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.
“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.

“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung.
Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.

Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. - Keadilan Daily

Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin

Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.

"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.

Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.

Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.

"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.

"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).

"Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu.

Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu.

“Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno,” kata Salahudin.

Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS.

“Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR,” kata Salahudin.

Nasharudin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya dalam muktamar PAS tahun 2011.

Beliau kalah di tangan Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru.

Jawatan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS dilucutkan ekoran beberapa tindakan dan kenyataan beliau yang dianggap merugikan PAS.

Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli PAS walaupun membuat beberapa kenyataan negatif terhadap parti itu termasuk dilihat mengekori Presiden Umno ke beberapa tempat termasuk ke negara Arab. - TMI

Liwat II: Umno nafi Shafee guna pentas parti

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan pentas Umno untuk melancarkan serangan berhubung isu Liwat II.

Hishammuddin berkata, Shafee yang mengetuai pendakwaan dalam kes tersebut hanya “mempertahankan dirinya” dari tuduhan pelbagai pihak susulan sabitan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya tidak fikir beliau menggunakan pentas Umno. Beliau hanya mempertahankan dirinya,” kata Hishammuddin dalam satu sidang media hari ini.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyerang Anwar sejak ketua umum PKR itu disabitkan dengan kesalahan tersebut, minggu lalu.

Shafee dalam forum anjuran Pemuda Umno semalam membangkitkan butiran sensasi yang sebelum ini hanya dibuat secara in camera di mahkamah.

Beliau turut menyifatkan dan turut menyifatkan Anwar sebagai “homoseksual” dalam satu forum itu.

Hishamuddin bagaimanapun menafikan tanggapan bahawa Umno mendalangi serangan tersebut ke atas Anwar.

"Itu tidah benar. Dia membuat banyak tuduhan ke atas Umno sebelum ini. Banyak daripadanya didapati tidak benar,” kata Hishammuddin.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu mengalu-alukan Shafee di program berkenaan malam tadi berkata, BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes tersebut. - Mkini

IS: Pelajar perempuan ditahan di KLIA

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam kerana dipercayai cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pelajar terbabit telah membuat persiapan untuk perjalanan ke Syria menerusi Mesir dan polis percaya
pelajar itu mempunyai rakan atau orang hubungan di Mesir.
  

"Gadis tersebut terpengaruh dengan dakyah dalam laman sosial Facebook," katanya kepada pemberita sempena pelancaran Kempen Balik Kampung Ops Selamat 6/2015 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di plaza tol Jalan Duta sini hari ini.
  
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang kes ini bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit mendapat tiket dan wang bagi menampung perbelanjaan untuk ke sana (Syria)," katanya.
  

Khalid menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang hasutan luar, yang hanya merosakkan masa depan mereka.
  
Pelajar perempuan terbabit kini ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). - Bernama

Lapan Penjawat Awam Antara 11 Dicekup Dalam Aktiviti Perjudian Siber - Polis

PENAMPANG, 18 Feb (Bernama) -- Polis menahan 11 lelaki, lapan daripada mereka penjawat awam kerana disyaki terlibat aktiviti haram perjudian internet dalam serbuan di sebuah hotel di Putatan, Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Azmir Abdul Razak berkata kesemua individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel pukul 10 malam itu berumur antara 25 hingga 42 tahun.

Ditahan sama seorang wanita tempatan berumur 31 tahun, dipercayai bekerja untuk sindiket itu dan kesemuanya direman sejak Selasa sehingga 20 Feb ini.


"Peralatan seperti komputer riba, komputer peribadi, penghala, modem internet dan wang tunai berjumlah RM1,910 dirampas dalam serbuan itu," kata Azmir kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, Rabu.

Menurut beliau, modus operandi sindiket itu ialah bertukar dari bilik ke bilik di hotel yang sama dan menggunakan peralatan mudah alih bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.

Beliau menasihatkan pihak pengurusan hotel negeri ini supaya sentiasa prihatin dengan kegiatan seperti itu dan memastikan tidak ada sebarang kegiatan haram dilakukan di premis mereka.

--BERNAMA

Gambar Belangkas