Thursday, February 5, 2015

Kejadian Tembakan Di Bachok

As Salam Ydh Tuan

Makluman Awal, Satu kejadian samun dan telah melepaskan tembakan. masa kejadian lebih kurang 1745hrs bertarikh 05/02/2015 bertempat di Ultra Maju Trading, Hadapan Sek, Keb, Beris Lalang.


(3) das tembakan telah dilepaskan oleh suspek kepada satu sekeluarga suami
(Cedera di bahagian dada dan lutut ),
isteri ( digari oleh penjenayah) dan seorang anak perempuan( terkena tembakan di bahagian paha ). Mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Bharu


(3) Penjenayah menggunakan kenderaan jenis Proton Preve.
nom.pendaftaran : CDC4561
Warna : Hitam

Kumpulan Maha Raja Lawak Mega 2014,Malukan Juri dari Indonesia (Farah Quinn)



PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat lalu.

Seperti yang diketahui, sebanyak 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Di sebalik kekuatan lawak peserta, antara yang menjadi perhatian penonton terhadap program ini ialah kepelbagaian latar belakang barisan juri yang terdiri daripada tiga negara serumpun.

Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.

Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab sepertimana yang digalas Luna Maya tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dariSingapura.

Jika dilihat pada minggu pertama, kebanyakan kumpulan hanya ‘so-so’ sahaja persembahan mereka namun ada juga yang dilihat mampu memberikan saingan kepada peserta ‘favourite’ seperti Sepahtu, Shiro dan Virus.

Antaranya, kumpulan Jalur yang dianggotai Along Cham, Rahim dan Joey muncul dengan lawak kreatif sekali gus menghangatkan pentas pada hari tersebut.

Namun, rupanya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan lawak separa lucah yang diketengahkan mereka.

Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orangboleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.

Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatianpeminat untuk mengundi mereka.

Lelaki Curi Piza Bayar Semula Kepada Restoran Selepas 13 Tahun


SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku.

Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk 'membayar' makanan itu.

Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).

Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: "Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.

"Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah."

Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: "Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.

Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.

"Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu," menurut salah satu komen. - metro.co.uk


mstar.com.my

Wednesday, February 4, 2015

Foto Mas idayu berjogging dengan baju singlet nipis



Wow... seksi sungguh pemakaian Mas Idayu ketika berjogging bersama dengan protegenya. Hampir terbeliak mata kami dibuatnya. 

Bagi kami, tak salah Mas Idayu meluangkan masa untuk bersantai dengan protege bagi mengeratkan hubungan agar perasaan segan protege boleh diatasi. 

Betul tak? Mari saksikan 6 keping gambar Mas Idayu hanya pakai singlet nipis jogging dengan protege kat 

Mentor Legend baru sahaja nak bermula, tetapi Murai Baru dengar-dengar cerita, ada seorang Mentor ini menyesal kerana salah pilih protege dia. 

Setelah menjalani beberapa latihan dan suai kenal dengan lebih mendalam, rupa-rupanya protege yang dipilih mentor itu berkepala besar, ‘attitude’ dan perasan bagus. 

Nak dijadikan cerita, Mentor ini sebenarnya telah termakan nasihat rerakan Mentor yang lain memberi pendapat bahawa protege yang dia pilih itu bagus, baik dan berbakat. 

Nampak tak permainan mereka nak kenakan sesama sendiri, ingatkan nak beri nasihat secara ikhlas tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. 


Mentor ini juga dikatakan mahu battle semula dan nak pilih protege lain yang boleh merangkul gelaran juara. 

Bagi Murai Batu, sabarlah wahai Mentor itu, harap-harap lepas ni kenalah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Kelak nanti makan diri. 

MURAI BATU: Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. KORANG RASA SAPE MENTOR TU ??? 

Yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging together2 lag

KUCING MATI KEMBALI KE RUMAH


Seekor kucing kesayangan mati telah dikuburkan tuannya akibat terlibat kemalangan di jalan raya mengejutkan tuannya setelah dijumpai berada berhampiran rumahnya selepas lima hari kejadian berlalu.


Menurut laporan NY Post, kucing tersebut dikatakan dirempuh sebuah kereta. Selepas itu kucing itu dikebumikan dan lima hari kemudian, ia dijumpai berada di kawasan kejiranan.

"Kucing tersebut sudah kelihatan seperti tidak bernyawa dan tuan kucing terbabit mengebumikannya. Lima hari kemudian, kucing yang sama dilihat berada di halaman jirannya - dalam keadaan masih bernyawa!", kata wakil dari Humane Society of Tampa Bay di Florida.

Ketika ditemui semula, kucing tersebut cedera parah, lemah dan mengalami dehidrasi. Kucing terbabit dikatakan menggali sendiri untuk keluar dari kuburnya dan merangkak perlahan-lahan untuk pulang kepada tuannya.

Kerana tidak mempunyai wang yang cukup, tuan kepada kucing yang bernama Bart itu membawa kucingnya kepada Humane Society untuk rawatan. Mulut Bart terpaksa dijahit manakala salah satu matanya terpaksa dibuang.

Terselamat dihumban tingkat 7, namun mati direjam

 Seorang lelaki yang terselamat dari dihumban jatuh dari tingkat tujuh.

DAMASCUS - SYRIA. Seorang lelaki yang diikat pada kerusi dihumban jatuh dari tingkat tujuh selepas dituduh sebagai homoseksual oleh Kumpulan Militan Negara Islam (IS).

Bagaimanapun lelaki yang berusia 50-an itu terselamat daripada jatuh dari bangunan.

Memetik laporan dari Mail Online, lelaki tersebut dihumban dari bangunan itu kerana mempunyai hubungan dengan kaum sejenis.

Menurut sumber dari Hak Asasi Manusia Syria, kedua tangan dan kaki lelaki itu diikatkan pada kerusi dan matanya ditutup dengan sehelai kain hitam sebelum dihumban ke bawah bangunan oleh pihak IS.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik melalui laman web kumpulan IS, mangsa dihumban oleh dua anggota IS yang berpakaian gelap.

Walaupun dilaporkan terselamat, namun dia akhirnya direjam dengan batu sehingga menyebabkan kematiannya.

Awal bulan lalu, seorang lelaki dilaporkan direjam dengan batu sehingga meninggal dunia kerana atas dakwaan yang sama.


Sumber: Sinar Harian

Mufti mula tugas dengan cari orang miskin

Sebelum ini, beliau antara tokoh agamawan yang lantang mengkritik isu pengagihan zakat dan tegar membela hak golongan (asnaf) yang layak menerimanya.

Namun, itulah tugas yang cuba ditunaikan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas dilantik semula memegang jawatan yang pernah disandangnya itu pada 2006.

Gambar yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya semalam, menunjukkan beliau bersama dengan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin mengadakan 'kayuhan asnaf' mencari golongan yang layak menerima zakat di negeri itu pada Isnin.

Berpakaian sukan gelap, bertopi dan tanpa sebarang protokol rasmi, beliau turut bersama sekumpulan penunggang basikal yang lain, mengayuh ke ceruk kampung dan melalui denai, sawah, parit dan lorong bagi menyampaikan sendiri bantuan zakat kepada yang memerlukannya.

Pemegang zamalah Universiti Oxford itu bersama kumpulan berbasikal itu turut sempat beramah mesra dan bergambar bersama-sama penerima zakat dan penduduk kampung.

Dalam coretan ringkas dalam laman sosialnya itu juga, pensyarah Univerisiti Sains Malaysia (USM) itu menyifatkan acara mingguan tu "berbaloi apabila dapat sampai dan melihat sendiri tempat tinggal golongan asnaf dan kehidupan mereka."

"(Saya berharap) agar pihak pengurusan (zakat) mencari asnaf, bukan asnaf tercari cari di mana hak zakat mereka," katanya kepada Malaysiakini bagi mengulas mengenai harapan dan pengajaran yang diperolehi daripada acara itu.

Program itu adalah aktiviti mingguan Syed Faizuddin, selaku yang dipertua Majlis Agama Islam Perlis dan ia kadang kala dibuat dua kali seminggu, kata Dr Mohd Asri.

Sambil menyokong usaha itu, Dr Mohd Asri menegaskan pengagihan zakat di negeri utara Semenanjung itu dibuat dengan semampunya dan mengakui beberapa kali sebelum ini bersama Raja Muda mengadakan aktiviti turun padang itu setiap minggu.

"Saya menyokong usaha ini sejak dahulu dan beberapa kali telah bersama," katanya lagi dalam SMSnya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Dr Mohd Asri, sempat mengakhiri tulisannya dengan mengakui "lama tidak berbasikal dan terasa sakit badan" apabila basikal yang ditungganginya "kurang sesuai".

"Apapun, sesiapa yang berminat elok sertai aktiviti amal seperti ini di Perlis," tulisnya. - Mkini
 

Gambar Belangkas