Thursday, February 5, 2015

Lelaki Curi Piza Bayar Semula Kepada Restoran Selepas 13 Tahun


SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku.

Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk 'membayar' makanan itu.

Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).

Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: "Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.

"Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah."

Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: "Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.

Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.

"Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu," menurut salah satu komen. - metro.co.uk


mstar.com.my

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas