Wednesday, December 31, 2014

Helloween - Forever And One (Neverland)


"Forever and One (Neverland)" sebuah lagu dari kumpulan power metal Jerman, Helloween yang diambil dari album The Time of the Oath. Dicipta oleh Andi Deris, penyanyi utama Helloween.


What can I do? Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see what you have done to me?
So hard to justify Slowly it's passing by

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Here I am Seeing you once again
My mind's so far away
My heart's so close to stay
Too proud to fight
I'm walking back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Tuesday, December 30, 2014

Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Tourism Malaysia Perak


Entri ini adalah sticky post kerana Kuiz Pelancongan CC1M anjuran Tourism Malaysia Perak ini akan dilangsungkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014......



Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, sukacita dimaklumkan TOURISM MALAYSIA PERAK akan menganjurkan KUIZ PELANCONGAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA, “HAYATILAH 1MALAYSIAKU” BAGI RAKAN FB TOURISM MALAYSIA PERAK.

Soalan kuiz akan bermula pada hari ini iaitu 7 JULAI 2014 setiap Isnin dan Rabu setiap minggu. Soalan adalah berkisarkan pelancongan di dalam Malaysia.

Berikut adalah di antara terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Tourism Malaysia Perak :

1. Kakitangan Tourism Malaysia dan ahli keluarga tidak boleh menyertai.

2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan yang sah.

3. Mesti ‘liked’ Facebook Tourism Malaysia Perak.

4. Peserta hanya boleh menjawab satu soalan kuiz sahaja dan bagi yang telah memenangi kuiz tersebut tidak boleh menjawab soalan seterusnya.

5. Jawapan yang tepat dan komen yang terawal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

6. Soalan kuiz adalah pada setiap hari Isnin dan Rabu setiap minggu.

7. Hadiah misteri dari Tourism Malaysia Perak menanti anda.

Jadi, nantikan soalan kuiz pertama pada hari ini pada bila-bila masa sahaja. Jangan lepaskan peluang menarik ini!! Terima kasih pada semua rakan FB yang sentiasa menyokong Tourism Malaysia Perak amnya serta industri pelancongan di Malaysia.

Matador wanita terselamat walaupun 2 kali ditanduk lembu jantan

 KARLA melambung selepas ditanduk Gamusino.

Mexico City: Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.

Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

 SELEPAS dirawat, Karla masuk semula ke gelanggang dan dirodok kali kedua.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan. - Agensi

21 kematian akibat banjir di 3 negeri

Pihak polis merekod 21 kematian akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sementara 10 lagi individu dilapor masih hilang dalam kejadian banjir setakat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kelantan mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 14 orang sementara empat masih hilang, diikuti Terengganu yang mencatat empat kematian dan lima hilang.

Pahang pula mencatat tiga kematian dan seorang masih hilang, katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan bantuan bencana banjir untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PDRM  mengarahkan 9,880 pegawai dan anggota untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

"Sebanyak 24 buah balai polis turut terjejas iaitu 19 buah di Kelantan, empat di Terengganu dan satu di Perak," katanya.

Khalid berkata enam laporan polis dibuat melibatkan jenayah kecurian pada musim banjir dan pihak polis menempatkan anggota tambahan di lokasi yang dijangka akan berlaku kejadian pecah kedai dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang memohon bantuan kewangan kononnya untuk diberikan kepada mangsa banjir.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN)  menubuhkan sebuah tabung. Jadi saya menasihatkan sesiapa yang ingin menderma agar menyalurkan secara terus kepada MKN agar bantuan boleh diberi melalui satu saluran sahaja.

"MKN akan bertanggungjawab untuk mengagihkannya kepada mangsa banjir yang terlibat," katanya.

Sejumlah RM45,000 diterima PDRM iaitu RM25,000 daripada Tabung Kebajikan PDRM manakala RM20,000 lagi daripada syarikat korporat Jason Roadwork Construction North Soil Engineering untuk diagih kepada 947 keluarga anggota PDRM yang menjadi mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama

Suami isteri ditetak, disamun di lebuh raya

Sepasang suami isteri dicederakan sebelum disamun selepas kereta mereka terbabas di Km 246, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan dekat Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.59 pagi.


Beliau berkata seorang lelaki yang bersenjatakan parang dilapor menghampiri Chong Kar How, 24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, lalu menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan barangan berharga mereka.

"Mangsa lelaki terkoyak di bahagian kepala dan telinga kanan serta terdapat kesan tetakan di belakang kepala dan tapak tangan kiri mangsa. Manakala isterinya mengalami kesan tetakan di belakang kepala," katanya.

Kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Muhamad Zaki berkata suspek dilaporkan memandu kereta Proton Wira berwarna putih dengan bumper hadapan berwarna hitam.

- Bernama

Gambar pesawat AirAsia Z2272 tergelincir di Filipina


Gambar-gambar di mana sebuah pesawat AirAsia Zest dengan nombor pendaftaran Z2272 dilapor tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca insiden tersebut.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

“Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera”, katanya melalui akaun Twitter.

Gambar-gambar dikongsi melalui akaun Twitter @jetdsantos dan beliau merupakan salah seorang penumpang pesawat terbabit.









Sumber: ekeleh.com

Serpihan QZ8501 disahkan: Waris pengsan, ada yang pasrah

Seorang waris yang pengsan diusung beberapa orang pasukan keselamatan sahaja mendengar penemuan mayat penumpang pesawat QZ8501 di Laut Jawa, petang tadi. – Gambar Reuters
Pengsan, pitam, menjerit, sugul dan menangis.

Itu reaksi waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebaik sahaja pihak berkuasa Indonesia mengesahkan  penemuan beberapa serpihan pesawat itu dan mayat di Laut Jawa petang Selasa.

Ada waris dan anggota keluarga terpaksa dibawa keluar dari pusat krisis itu menggunakan pengusung kerana pitam sebaik mendengar pengumuman yang dibuat pihak berkuasa di Jakarta.

Ada pula yang ditenangkan wakil syarikat penerbangan dengan memeluk dan memegang tangan waris dan anggota keluarga yang emosi mereka kelihatan semakin tidak stabil dan tenteram.

Ada juga dilihat sugul dan tidak mahu berkata apa-apa kepada sesiapa pun kerana inginkan masa bersendiri.

Beberapa pegawai kesihatan dan kaunselor dilihat turut menawarkan perkhidmatan bagi menenangkan mereka termasuk memberi air dan membawa mereka ke kawasan yang tenang dan tidak bising bagi memberi mereka ruang untuk menghadapi perkembangan terbaru itu.

Turut kelihatan beberapa buah ambulans diletakkan berdekatan pusat krisis itu selain kehadiran anggota pihak berkuasa mengawal persekitaran pusat krisis itu.

Media tempatan dan antarabangsa pula sibuk merakamkan reaksi dan riak wajah waris dan anggota keluarga secara siaran langsung sehingga terpaksa bersesak-sesak dan berebut di pintu masuk pusat krisis ini.

Kawasan lapangan terbang Juanda ini pula seakan mengerti apa yang terjadi apabila turut 'menangis' dengan hujan lebat sambil langit terus mendung sewaktu berita ini ditulis.

Malah keadaan trafik di lapangan terbang ini turut sesak dikunjungi orang ramai sehingga anggota pihak berkuasa terpaksa ditambah untuk mengawal lalu lintas yang semakin padat.

Berkesempatan menemui waris seorang anak kapal pesawat itu, Haidar Fauzi, 60, yang menyifatkan kejadian itu  ditetapkan Allah dan semua pihak harus bersabar dan menerima dengan tenang.

"Ya, pasrah, sedih tapi kami sekeluarga sudah tahu ini risikonya jika anak bekerja sebagai pramugari dan terlibat dengan syarikat penerbangan.

"Kami sentiasa berdoa keselamatannya tapi maut itu di mana-mana sahajakan," kata bapa Hairunnisa, 22, pramugari pesawat itu.

Media Indonesia dan antarabangsa melaporkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) sudah mengesan enam mayat dalam pencarian pesawat hilang itu di sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada petang Selasa.

Pasukan itu dilaporkan sudah mengesan banyak serpihan terapung di laut dalam lingkungan lima kilometer antaranya pintu kecemasan dan jaket keselamatan.

Pesawat Airbus 320-200 itu yang membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan sepatutnya tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi. – Bernama

Gambar Belangkas