Tuesday, August 5, 2014

Harden Bedroom Collections

9500 Harden Milton Black Bedroom SetBedroom Furniture SetsHarden Manufacturing Bedroom Sets - Harden Manufacturing Harden ...Bedroom Collection -Harden Manufacturing Bedroom Sets - Harden Manufacturing Harden ...Bedroom Collection -Harden Manufacturing Bedroom Sets - Harden Manufacturing Harden ...Panel Bedroom Collection -DAVENPORT 3 pc. Bedroom Set [HAR6300] - $289.99 : Zen Cart!, The ...

PAS tetap mesyuarat 10 Ogos biarpun PKR pecat Khalid

KUALA LUMPUR: PAS tetap dengan pendirian mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor biarpun PKR berkemungkinan akan memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

Sumber dalaman PAS memberitahu, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan terjejas biarpun dipecat dari PKR dan keadaan ini membuatkan PAS akan bertegas dengan keputusannya.

"Hanya undi tidak percaya dari Adun-Adun menerusi sidang Dun sahaja mampu untuk gugurkan Tan Sri Khalid dari jawatan menteri besar.

"Kalau dipecat dari parti, kedudukan beliau tidak terjejas dan masih boleh meneruskan tugas seperti biasa sehingga adanya undi tidak percaya dari majoriti Adun dalam sidang Dun," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu Astro AWANI jika mengikut Perkara 53 fasal 6, Perlembagaan negeri Selangor, jika undi tidak percaya dalam sidang Dun bersetuju Abdul Khalid perlu melepaskan jawatan, masih terdapat dua pilihan untuk dilakukan.

"Pertama, Tan Sri Khalid dan barisan exco yang dilantik beliau, semuanya perlu meletak jawatan, bukan hanya menteri besar.

"Aatau yang kedua, Tan Sri Khalid selaku menteri besar boleh menasihatkan Sultan Selangor supaya membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan," katanya.

Manakala penganalisis politik  PAS, Mohd Sayuti Omar berpendapat, jika Abdul Khalid seorang pemimpin yang mempunyai integriti, beliau perlu menasihatkan Sultan supaya membubarkan Dun sebelum undi tidak percaya dilakukan.

Katanya, jika Abdul Khalid hanya menasihatkan Sultan selepas undi tidak percaya maka banyak pihak akan mempertikaikan tindakannya itu.

"Dari segi perlembagaan, memang Tan Sri Khalid masih boleh nasihatkan Sultan untuk bubarkan Dun biarpun mendapat undi tidak percaya dari Adun.

"Tetapi sebagai seorang pemimpin yang bercakap soal integriti dan sebagai pemimpin yang bermaruah, beliau sepatutnya nasihatkan Sultan sebelum adanya usul undi tidak percaya," katanya kepada Astro AWANI.

PAS Pusat dijadualkan akan mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini bagi membincangkan hasrat PKR yang menamakan presidenya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.

Sementara itu, Jawatankuasa Disiplin PKR telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid yang didakwa engkar keputusan parti.

Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut apada atau sebelum 8 Ogos ini, dan kemungkinan berdepan dipecat dari PKR akibat kesalahannya itu. - Astro

6 sebab mengapa Khalid perlu disingkirkan menurut PKR

PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik‎ diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.

Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.


Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh. "Tindakan Bank Islam tidak meneruskan kes yang bakal dimenanginya untuk mengutip hutang daripada si penghutang satu keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa," kata laporan itu.

Menurut laporan tersebut, penyelesaian itu juga dicapai di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas dan diketahui selepas pihak bank menggugurkan pertuduhan di saat akhir pada Februari 2014. Laporan itu juga dipetik berkata setiausaha politik Khalid berjumpa dengan tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutangnya.

"Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," laporan tersebut dipetik berkata. Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah meragukan dengan Ecoworld Berhad, syarikat pemaju yang dipengerusikan Rashid sendiri.

PKR dalam laporan itu juga mendakwa Rashid sebagai tokoh yang rapat dengan Umno, beliau juga bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan. Selain itu, keraguan juga ditimbulkan ketika penyelesaian tersebut dimeterai di mana ia berlaku pada masa sama "Langkah Kajang" diumumkan. "Sebaik sahaja Langkah Kajang diumumkan, berita mula berlegar berlaku rundingan antara Khalid dengan Bank Islam yang diuruskan Rashid," kata laporan itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa siri isu yang dilihat meragukan pihak PKR seperti rundingan air dan juga rayuan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari dan sehari selepas itu, Pendaftar Mahkamah Rayuan memanggil Anwar untuk memaklumkan pengurusan kes beberapa permohonan rayuan akan didengari pagi itu juga.

Kemudiaannya, Anwar dijatuhi hukuman bersalah pada 7 Mac 2014 dan sekaligus menghilangkan kelayakan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kajang. "Kesemua fakta ini menimbulkan keraguan terhadap integriti Khalid dan mengundang pelbagai spekulasi," kata laporan itu. PKR juga mendakwa Khalid sehingga hari ini gagal membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan walaupun dinasihatkan.

Alasan kedua yang diberikan PKR adalah membabitkan perjanjian penstrukturan air antara Putrajaya dan kerajaan negeri Selangor, di mana ia didakwa merugikan. "Beliau tidak menggunakan tekanan awam sebagai salah satu pendekatan untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat pemegang konsesi sedangkan umum mengetahui hubungkait syarikat ini dengan Umno dan Barisan Nasional," kata laporan itu.

PKR mempertikaikan langkah Khalid menggunakan pendekatan korporat (ala board room deals) dalam perjanajian air tersebut. Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

"Sokongan terbuka Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang juga bertentangan dengan arahan khusus yang dibuat Anwar mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikkan tol," kata laporan itu.

Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkir Khalid dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda. Khalid yang juga menteri besar dua penggal ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri. Malah, PKR sendiri secara terbuka mengumumkan pengganti Khalid dengan meletak presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

 Bagaimanapun, Khalid sehingga hari ini masih berkeras dan menyatakan pendirian enggan berganjak daripada jawatan menteri besar. Dalam perkembangan terkini, Lembaga Disiplin PKR juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan perlu menjawab sebelum Jumaat ini. – 5 Ogos, 2014.

MB Selangor nafi dipecat

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipecat daripada PKR.

Abdul Khalid menafikan beliau  menerima surat pemecatan daripada PKR sebaliknya menyatakan sehingga kini beliau masih sah menjadi ahli PKR.

"Sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa surat berkaitan perkara itu (pemecatan).

"Jadi saya tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan mengenai kes saman rampasan tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau bersedia disemak dan dihakimi pihak tertentu sekiranya menjalankan pentadbiran secara tidak betul.

"Saya bersedia dihakimi atau disemak, kita percaya pada ketelusan dan kebertanftanggungjawaban," katanya.

Kelmarin beberapa sumber mengatakan Abdul Khalid dipecat PKR serta merta kerana masih enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Tindakan itu dibuat PKR bagi membolehkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjawat jawatan itu.‬ - SH

Khalid Ibrahim diberi surat tunjuk sebab

PKR hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana enggan meletakkan jawatan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan itu telah diambil atas arahan Biro Politik parti itu yang bermesyuarat Ahad lalu.

"Mesyuarat khas MPP (majlis pimpinan pusat) pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar Selangor yang baru.


"Namun kenyataan media Tan Sri Khalid Ibrahim pada 22hb Julai 2014 secara terang-terangan telah mengingkari keputusan mesyuarat khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar Selangor.

"Beliau (Khalid) perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos 2014," kata Tan dalam kenyataan hari ini.

Menurut salinan surat itu, Khalid telah pun menerima perancangan parti yang diputuskan mesyuarat MPP pada 15 Januari untuk menggantikan melalui Langkah Kajang.

"Atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau (Anwar) dari bertanding sebagai calon PRK (pilihan raya kecil) di Kajang, parti kemudiannya memilih presiden sebagai calon.

"Bagaimanapun matlamat 'Langkah Kajang' masih berterusan," surat itu dipetik.

Dalam mesyuarat Ahad lalu, biro politik PKR juga memutuskan supaya sesi penerangan bagi menjelaskan isu itu secara terbuka diadakan dan satu pertemuan antara Wan Azizah dan Khalid dibuat untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran Selangor.

Bagaimanapun sumber dari pasukan Khalid menyatakan pertemuan mungkin tidak berlaku. - Mkini

Monday, August 4, 2014

PKR desak PAS hormat hak mereka tentukan MB Selangor

PKR meminta PAS menghormati hak mereka untuk menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor. "Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor. Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).


 "Apabila pemimpin tertinggi PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak. “Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu Dr Wan Azizah," kata Saifuddin. Menurut laporan Sin Chew, Khalid tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dr Idris yang mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi dan dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi dulu.

 Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Idris yang berasal dari Selangor akan melembutkan kedegilan Khalid untuk terus kekal berkuasa. Sin Chew melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri terkaya Malaysia itu. Laporan tersebut mengatakan, kebimbangan utama PKR untuk menjadikan Dr Idris sebagai calon adalah tentangan daripada penyokong Timbalan Presiden PRK Mohamed Azmin Ali.

 Pada Sabtu, The Malaysian Insider memetik sumber mengatakan terdapat usaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi Selangor itu. Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS. Sumber itu turut memberitahu The Malaysian Insider, nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.

“Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira. Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar. Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya. – 5 Ogos, 2014.

Abdul Khalid digesa contohi komitmen ahli Umno

PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.

"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat parti.



"Mereka (ahli Umno) sangat menitikberatkan apa yang dimesyuaratkan demi kekuatan dan kelangsungan parti mereka sehingga boleh bertahan ke hari ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut masalah integriti dan disiplin yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk gagal menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Biro Politik sejak beliau menggalas jawatan menteri besar.

Saifuddin juga mendedahkan daripada 136 mesyuarat pimpinan parti itu sepanjang dua penggal PR di Selangor, hanya 42 kali sahaja Abdul Khalid mengambil bahagian dan menghadirinya. - SH

Gambar Belangkas