Wednesday, June 5, 2013

Restoran Haji Sharin Low, Sungai Merab.

Semalam 5 Jun pergi makan di Resotran Cina Haji Sharin Low di Sungai Merab,  area Bangi ke Kajang ke Putarajaya...entah. Ini kali kedua makan di sini.  Hari tu aku dan geng makan ala carte ambil sotong masak asam dan Kong Po Beef. Oklah rasa dua-dua masakan tu. Kali ini kami ambil Chi Choy Soup, Buttered Prawn dan Salted Egg Fried Squid. Rasa sup dia sangat sedap tapi Buttered Prawn dan Squid salted dia sangat mual. Cara masakan dia sangat berbeza dengan masakan cawangannya di Kota Damansara.  Bukan sahaja berbeza dengan cawangannya tapi berbeza dengan semua kedai masakan cina yang pernah kami pergi. Yang paling kami tak boleh terima ialah masakan sotongnya. Dua kali kami bertanya betulkah itu Salted Egg Fried Squid dan kenapa berbeza dengan masakan di cawangan lain? Pekerjanya di situ  menyatakan ia bergantung kepada tukang masak dan Haji Sharin sendiri yang hendakkan setiap cawangannya mempunyai rasa berlainan.

Berlainanlah sangat sampai tak sedap. Tak masuk akal kalau Haji Sharin minta sebegitu. Mana-mana restoran yang buka cawangan mestilah disebabkan rasa makanan di restoran asalnya sedap dan mahu cawagannya mempunyai rasa yang standard dengan yang asal. Kalau nak rasa berlainan baik letak nama lain. Tengok gambar sotong salted dia di bawah ni, macam sotong balut tepung. Rasanya pun tepung dan tawar. Tak ada pencicah. Ini ajelah satu gambar yang terasa nak ambil. Maaflah gambar tak cantik.



Bandingkan pula dengan sotong salted dia cawangan Kota Damansara di bawah ini. Rasanya sangat rangup dan pencicah cilinya pun sedap sehingga menjilat pinggan. Kan sangat berbeza masakan di atas dan di bawah.



Bawah ini pula Udang Buttered Nestum cawangan Kota Damansara. Nampak kerangupan dia. Memang sedap tak dinafikan. Tapi Udang Buttered di Sg. Merab sangat menhampakan. Udangnya besar tapi tekstur rasa tiada langsung. Malas nak tangkap gambar.



Pujian tetap diberikan pada pekerjanya yang melayan kami dengan baik. Semasa membayar pekerja kaunternya tanya bagaimana masakan restoran ini dan terus terang aku jawab tidak sedap melainkan sup. Dia senyum dan dia buat kesimpulan kami dah biasa dengan masakan Kota Damansara sebab itu tak biasa di sini. Tak kisahlah dia nak simpul apa tapi yang pasti sangat memang TAK SEDAP dan sangat mengecewakan. KECEWAnya sampai sekarang tak habis sebab tak berbaloi dengan harga yang dibayar dan pertama kali dalam sejarah kami makan makanan cina yang TAK SEDAP.  Ini harga yang kami makan untuk tiga orang semalam. Adioss!!.


Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kg Kuala Dal


Awok kalo balik ke rumah mentue awok di Gunung Semanggol.....
awok suke ikut jalan lame.....
sebabnye awok suke beghenti di banyak tempat yang awok ghase menarik....
dan salah satu nye ade di Padang Rengas.....

Masjid Ihsaniah Iskandariah yang terletak di Kg Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar......
kalo kome keluo daghi exit Kuala Kangsar.......
kome ambik jalan ke kiri menuju ke Bukit Gantang atopon Taiping.......
dan kome peghatikan disebelah kiri kome.....

Masjid lama yang dah tak digunekan lagi ni terletak didalam kawasan Masjid Al-Wahidiah, Kg Kuala Dal....


Masjid Al-Wahidiah
Masjid Al-Wahidiah
Masjid Al-Wahidiah, Kuala Dal sekaghang

Awok suke beghenti kat sini salah satu sebabnye....
corak Masjid lame ni yang unik....
dimane bilah2 buluh digunekan sebagei dinding masjid ni......
masjid ni sekaghang di bawah kelolaan Jabatan Warisan Negara........

Masjid ni telah dibina pade tahun 1936 dengan ehsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah....
Sultan Perak ke 30......
Rekabentuk dan hiasan masjid ni memang diilhamkan oleh baginda berdasarkan kepada senibina Istana Kenangan di Bukit Chandan.....
Masjid ini telah tidak digunekan lagi bermula daghi tahun 1976 dan menjadi semakin usang dan uzur....
sehinggelah tahun 2008 apabile Jabatan Warisan Negara mengambil inisiatif membaikpulih Masjid ini semule.....
Masjid Ihsaniah Iskandariah
Pandangan Masjid daghi depan

Masjid Ihsaniah Iskandariah
Pandangan daghi sudut tepi

Masjid Ihsaniah Iskandariah
Cantik tu kome........ buluh diraut kecik2 ....
dibuat dinding....kendian diwarnekan.....

Masjid Ihsaniah Iskandariah
Pandangan Masjid daghi belakang

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Masjid Ihsaniah Iskandariah
Kome tengok awan larat nye......

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Masjid Ihsaniah Iskandariah


Tapi yang kat ateh tu sebenonye intro untuk entri awok kali ni....
yang sebenonye....awok nak bercakap le pasei kerosakan yang awok peghatikan....
dibelakang masjid ni....
udah dimakan anei2....... 

kalo tak dijage betoi2 ni....
mau keseluruhan masjid ni tumbang......
tingkap pun udah rosak....
disebabkan Masjid ni dibawah seliaan Jabatan Warisan Negara......

mohon agar masjid ni diselia dengan balik....
kalo tak mau hilang satu lagi sumber sejarah dan tempat pelancongan yang ada kat Perak ni......
oghang Kg Kuala Dal pun....
ambikle inisiatif membaiki atopon sekughangnye menutop kerosakan yang ade tu.....



Masjid Ihsaniah Iskandariah
Kome tengok...... 

Masjid Ihsaniah Iskandariah
Tingkap pun udah berlubang....
naseb baek kat dalam masjid ni takde bende berhage je...
kalo ade......
kompem le hilanggggg

Kalo kome macam mane???.... nak dibiokan je rosak ni jadi lebih beso ???

Celtic Park and Emirates Arena

My friend and I took a one hour walk to Emirates Arena and Celtic Park. Both were located opposite each other. Both were mightily impressive. It felt like we were in another world where everything was just so gigantic and spacious unlike the cramp Central Glasgow.

It seemed crazy to walk one hour. Truthfully, before the day came, we were both torn between making the trip or not because it was a long journey. Alas, we did it with no regrets. Along the way we passed by Forge Retail Park and Forge shopping centre. It would not have been something we would have ever seen if it was not for us walking on foot! Forge Retail Park was the place to buy cheap branded clothes. There was also Poundworld there which sold more things than Poundland. Next shop was also having clearance. The downside to Next shop was that there were no dressing rooms and we were suppose to try it on at home and return it to the nearest Next shop if we didnt like it. 

Forge Shopping Centre reminded us of Sungei Wang or Summit USJ. We just walked through. Nothing much. There was an Asda there. 

Zzzz sleepy

Ya, Saya Si Kidal

Assalammualaikum...

 


A: Tulis tangan kiri ke?
B: Ha'ah...
A: Oooo... Kidal rupenye...
B: (SENYUM)


Mrs. Yan letteww... Hohohoho...

Tapi yang Mrs. Yan perasan, Mrs. Yan akan guna tangan kiri untuk penggunaan yang besar-besar. Contoh kalo menulis, guna pisau, pegang racket ke. Tapi kalo Mrs. Yan nak belajar benda baru, contohnya dulu Mrs. Yan penah belajar main hoki, Mrs. Yan pegang kayu hoki tuh ikut macam mana cikgu ajar. Cara orang tangan kanan pegang la. Lepas tuh dulu mak Mrs. Yan penah ajar cara nak mengait ( mak guna tngan kanan), so Mrs. Yan mengait cara orang tangan kanan gak ( pegang jarum). Mrs. Yan start makan pun tangan kanan. Pegang sudu, suap kat mulut pun boleh tangan kanan... Huh... Maybe normal kot orang kidal memang cam gitu...

Kalo orang tua-tua dulu, nampak je budak menulis tangan kiri, cepat-cepat suruh budak tuh tukar belajar tulis pakai tangan kanan. Awat pelik perangai... Hohohoho... Tapi maybe sekarang ni isu kidal da bukan macam satu bende yang pelik. Pastuh tetibe rasa macam best sebab rase macam rare lak tulis guna tangan kiri ni kan... Kira-kira 10-15% je orang yang lefthanded ni... (Tak termasuk ahli Kumpulan Lefthanded ea).

 

C: Opppsss... Kidal tuh ape ekk...?

D: Kidal tuh orang yang banyak membuat sesuatu benda menggunakan tangan kiri.

C: Ooooo....

 

Fakta tentang kidal :

 



Hubungan kidal dengan otak

Kidal cenderung menggunakan otak sebelah kanan. Maksudnya, kalo kita tulis tangan kanan, kita cenderung menggunakan otak sebelah kiri sebabnya memang lumrah kejadian otak kita berfungsi menyongsang. ( Otak kiri menguasai pergerakan badan sebelah kanan, otak kanan menguasai pergerakan badan sebelah kiri).


Fungsi Otak

Otak kiri (Tangan kanan) 
Menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak kanan (Tangan kiri) 
Menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.


Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. (Biasa je kot. Tapi memang Mrs. Yan suka music and art)

Fakta menarik

Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan (Betul betul betul).
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahawa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khuatir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bahagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn.



TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat
- James A. Garfield (1831-1881) 20th
- Herbert Hoover (1874-1964) 31st
- Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
- Gerald Ford (1913- ) 38th
- Ronald Reagan (1911 – ) 40th
- George H.W. Bush (1924- ) 41st
- Bill Clinton (1946- ) 42nd
- Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )


2. Tokoh ternama
- Aristotle (Ahli falsafah)
- Mahatma Gandhi (tokoh keamanan)
- Isaac Newton (saintis)
- Albert Einstein (saintis)
- Henry Ford Jr., (automobil)

- Leonardo Da Vinnci (kesenian)
 
- Mrs. Yan (tetibe) 



Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)



Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

7. Individu kidal, individu elastik kerana mereka terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Apapun, cool what jadi kidal ni... Siap ada yang kata suka tengok Mrs. Yan menulis lagi sebab buku akak jadi 90% ke kiri. Wahahahaha... Apapun, ni gak salah satu kebesaran-Nya right... :)

-Thanks for reading- 




12 Mei 2013 - E-Day Anim & Anip

Congratulation...

Assalammualaikum... 

We're engaged... Sambil tunjuk cincin... Hahahaha... Posing wajib r tuh... (Mrs. Yan lupe nak buat macam tuh dulu. Wahahahaha....)

Oklah, to Anim & Anip, congratz to both of u... Mungkin akan ada banyak halangan, rintangan, dugaan, walaupun benda tuh perkara sebesar kuman je. Selagi takde emo-emo tahap nak baling barang hantaran, kira ok la tuh... Hahahaha...( Nampak sangat la pengalaman sendiri )... Orang kata normal banyak dugaan time tunang... Logiknya sebab bina masjid ni kan macam dah melengkapkan sebahagian iman, so syaiton yang direjam ni berusaha keras la takmo kita tawennn... Syaitonnn sangat tau...

Soo, kami harap semua berjalan lancar dan banyak-banyak bersabar ok... Jom, layan gamba dehhh :) 

Photo taken by : Mr. Aid



















-Thanks for reading-

Tuesday, June 4, 2013

Pelik! Lintah Berwarna Merah Di Australia


Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.




Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini

dazita kawen kat perak ooiiii...

Assalammualaikum..

Adik kite kan kawen hari tu, so minggu lepas kenduri sebelah suami dia la pula. Sebelah suami dia pun buat kat dewan jugeee. Best gak majlis kat sana. Ada adat istiadat askar ni. Betul ke orang panggil adat istiadat?? Errrrrr...... Anggap je la betul yek... ;)

Merasa la minah tu jalan bawah pedang. Suka la tu!! Ehh...i bukan jeles yek, cuma rasa nak gak jalan-jalan bawah pedang tu. Nak feeling2 pengantin baru gak.... ahakkkssss ;)

Afdlin & Azhad macam biasa semangat je tengok pedang. Tapi ayat Afdlin best "Nanti abang takde pedang, sebab abang doktor, bukan askar". Yakin sungguh dia akan jadi doktor, takpe abang...makteh doa bagi abang jadi doktor ye.. makteh tak jaga sangat pemakanan makteh, so nanti bila tua-tua nanti, kalau makteh sakit, makteh nak duduk bilik VIP kat hospital swasta abag tu. Abang bayar ye. Abang kongsi la dengan abangcik Azhad tu. Dia pun doktor gak. ;)

saya,ibu,bibik & kak rina

Silalah jalan dibawah pedang.

doa.

afdlin "makteh,abang nampak orang tu buat macam ni(tabik) kat maksu'


potong kek,tapi tak nampak kek..hehe..

ayah & ibu dengan menantu bongsu

u cakap banyak i tembak u yek!! hahahha..

 ustaz azhad berdoa. ;)

abang macam biasa, jaga keterampilan. hahah!

Okeylah, takde apa sangat pun nak cite.. saja je nak memeriahkan blog ni
;)

Gambar Belangkas