Assalammualaikum...
A: Tulis tangan kiri ke?
B: Ha'ah...
A: Oooo... Kidal rupenye...
B: (SENYUM)
Mrs. Yan letteww... Hohohoho...
Tapi yang Mrs. Yan perasan, Mrs. Yan akan guna tangan kiri untuk penggunaan yang besar-besar. Contoh kalo menulis, guna pisau, pegang racket ke. Tapi kalo Mrs. Yan nak belajar benda baru, contohnya dulu Mrs. Yan penah belajar main hoki, Mrs. Yan pegang kayu hoki tuh ikut macam mana cikgu ajar. Cara orang tangan kanan pegang la. Lepas tuh dulu mak Mrs. Yan penah ajar cara nak mengait ( mak guna tngan kanan), so Mrs. Yan mengait cara orang tangan kanan gak ( pegang jarum). Mrs. Yan start makan pun tangan kanan. Pegang sudu, suap kat mulut pun boleh tangan kanan... Huh... Maybe normal kot orang kidal memang cam gitu...
Kalo orang tua-tua dulu, nampak je budak menulis tangan kiri, cepat-cepat suruh budak tuh tukar belajar tulis pakai tangan kanan. Awat pelik perangai... Hohohoho... Tapi maybe sekarang ni isu kidal da bukan macam satu bende yang pelik. Pastuh tetibe rasa macam best sebab rase macam rare lak tulis guna tangan kiri ni kan... Kira-kira 10-15% je orang yang lefthanded ni... (Tak termasuk ahli Kumpulan Lefthanded ea).
C: Opppsss... Kidal tuh ape ekk...?
D: Kidal tuh orang yang banyak membuat sesuatu benda menggunakan tangan kiri.
C: Ooooo....
Fakta tentang kidal :
Hubungan kidal dengan otak
Kidal cenderung menggunakan otak sebelah kanan. Maksudnya, kalo kita tulis tangan kanan, kita cenderung menggunakan otak sebelah kiri sebabnya memang lumrah kejadian otak kita berfungsi menyongsang. ( Otak kiri menguasai pergerakan badan sebelah kanan, otak kanan menguasai pergerakan badan sebelah kiri).
Fungsi Otak
Fungsi Otak
Otak kiri (Tangan kanan)
Menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak kanan (Tangan kiri)
Menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak kanan (Tangan kiri)
Menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. (Biasa je kot. Tapi memang Mrs. Yan suka music and art)
Fakta menarik
Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan (Betul betul betul).
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahawa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khuatir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bahagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn.
TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
- James A. Garfield (1831-1881) 20th
- Herbert Hoover (1874-1964) 31st
- Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
- Gerald Ford (1913- ) 38th
- Ronald Reagan (1911 – ) 40th
- George H.W. Bush (1924- ) 41st
- Bill Clinton (1946- ) 42nd
- Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )
2. Tokoh ternama
- Aristotle (Ahli falsafah)
- Mahatma Gandhi (tokoh keamanan)
- Isaac Newton (saintis)
- Albert Einstein (saintis)
- Henry Ford Jr., (automobil)
- Leonardo Da Vinnci (kesenian)
- Mrs. Yan (tetibe)
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci
c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)
Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
7. Individu kidal, individu elastik kerana mereka terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Apapun, cool what jadi kidal ni... Siap ada yang kata suka tengok Mrs. Yan menulis lagi sebab buku akak jadi 90% ke kiri. Wahahahaha... Apapun, ni gak salah satu kebesaran-Nya right... :)
7. Individu kidal, individu elastik kerana mereka terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.
Apapun, cool what jadi kidal ni... Siap ada yang kata suka tengok Mrs. Yan menulis lagi sebab buku akak jadi 90% ke kiri. Wahahahaha... Apapun, ni gak salah satu kebesaran-Nya right... :)
-Thanks for reading-
No comments:
Post a Comment