Tuesday, September 6, 2011

Wordless wednesdsay # 2

besor dah anak2 ibu.... :)






Wordless Wednesday #2


Buat sendiri ker maajun ni dik.. ?


Kalau sebelum ni sibuk ngan buat tempahan kuih raya, pas raya orang dok kejar nak maajun la plak haa... sampai ke tengah malam dapat sms tanya maajun ada lagi ker tak ? :) jangan risau stok sentiasa ada jer kat umah ni, aritu balik beraya ke negeri sembilan pun deena bawak berbotol-botol licin kena rampok ngan peminat jamu tegar..

Tengahari tadi di pejabat pos akak kerani ni pun heran banyak tul deena mengepos maajun, dia ingat deena buat sendiri maajun ni.. * masin la mulot akak tuh * Boleh kata tiap minggu ada jer muka kita menebeng kat sana hee.. alhamdulillah makin hari bertambah dapat order maajun, ni pun tengah duk packing untuk di pos esok.



p/s: cuti dulu makan maajun... =)



Monday, September 5, 2011

Kris Dayanti Dapat Anak Perempuan


PENYANYI popular Indonesia, Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta. Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.

Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat.
Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut. Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.


sumber: mStar Online




p/s: dah macam artis hollywood dorang nih...

Dashboard berwajah baru..


Waaa... dashboard blog dah berwajah baru, rasanya blogger lain dah update kot deena jer baru pasan sehari dua ni haa... memula ingat tak nak tuko mikir dah biasa guna version lama, bila sajer cuba try test tengok macam best la plak ! nampak sempoi dan kemas cuma kekok jer skit. Takper baru lagi kan lama-lama nnt ok la tu.. kengkawan sumer dah update lom ? bleh tuko balik yang asal no hal punya... =)
 





p/s: kena ikuti perkembangan semasa..


Sunday, September 4, 2011

 SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

dari saya, nurazzah8 dan keluarga

 
 kali ini beraya tak cukup korum juga...anak sulong tiada bersama...
 sambutan Hari Kemerdekaan yang selang sehari dengan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini...
di rumah atok dan Wan tidak ketinggalan menggantungkan bendera Malaysia dengan semangat
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Namun, apakah erti kemerdekaan sebenarnya? dalam konteks anda sebagai seorang muslim/ah?

Saturday, September 3, 2011

Ramadhan pergi Syawal menjelma

Pejam celik pejam celik..sudah habis bulan Ramadhan...dan Syawal juga sudah menjejak ke 6 Syawal... buka blog...lamaaaanya tak update blog.. di bulan Ramadhan memang tidak berkesempatan langsung hendak update blog...nak jenguk pun susah..setiap masa setiap detik sentiasa terisi dengan pelbagai perkara yang hendak dibereskan/dilakukan...

Mengimbas kembali madrasah Ramadhan yg telah berlalu... hati terasa sayu dan sedih..kerana terpaksa menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadhan seterusnya..itupun kita tidak pasti, samada umur kita masih panjang untuk bertemu sekali lagi Ramadhan..bukan sahaja Ramadhan, malahan bulan depan ..esok hari...malah jam..minit..apatah lagi saat berikut pun kita tidak tahu ...samada umur kita masih panjang lagi..semuanya adalah dalam pengetahuan Allah jua...

Banyak pengajaran di dapati,  sebelum Ramadhan menjelma pada tahun ini , beberapa orang saudara dan rakan yang dikenali pergi meninggalkan kita. Samada sehari atau beberapa hari sebelum Ramadhan tiba, mereka pergi buat selama-lamanya... oleh kerana itulah saya amat merasa sayu kali ini apabila Ramadhan  semakin menghampiri ke hujung nya... apatah lagi pada tahun ini saya dan keluarga diizinkan Allah berpeluang menunaikan solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam dengan imam-imam yang didatangkan khas dari merata dunia dan tidak lupa juga imam dari Malaysia dari program Imam muda dsbg...dimana kemuncaknya adalah pada malam 27 Rmadhan...dari berbuka, solat maghrib berjemaah, solat Isya' solat Terawikh, qiyamulail solat Subuh dan kuliah selepas Subuh sehinggalah ke paginya , suasana sungguh syahdu keadaan redup dan sejuk selepas hujan renyai di dinihari... keadaan ini belum pernah berlaku sebelum ini di mana Mesjid Negeri dipenuhi umat Islam dari dinding ke dinding...penuh sayup mata memandang...seperti berada di Mesjidil Haram di Mekah...Ya Allah ..suasana ini menyebabkan kerinduanku untuk berkunjung ke Mesjidil Haram ke RumahMu Ya Allah meluap-luap...Ya Allah..murahkan lah rezeki kami agar kami dapat mengunjungi rumah Mu dalam masa terdekat ini ...Amin.

Tahun ini dalam sejarah...ini kali pertama daku menyambut Hari Raya AidilFitri tanpa ada persiapan langsung...tiada baju baru, tiada kasut baru, tiada tudung baru, tiada langsir baru, tiada yang baru segala-galanya...semuanya seperti biasa...hati ku memang tiada langsung perasaan hendak menyambut Aidilfitri...!! pakai sahaja apa yang ada di dalam wardrobe ... sememangnya sabda Nabi saw .. kita hendaklah menyambut AidilFitri dengan pakaian yang paling BERSIH, (bukannya paling BARU...!) untk anak2 bujang pula, saya serahkan sedikit wang dan menyuruh mereka pergi membeli baju sendiri... mereka pun sudah besar, mempunyai taste mereka tersendiri...biarlah mereka membeli baju mereka sendiri...daku cuma membelikan pakaian 2-3 helai untuk anak bongsuku Hana dan abangnya Zubair..

Hari ini 6 Syawal... InsyaAllah jika Allah izinkan daku sudahpun memulakan misi puasa enam dan membayar segala puasa yang dihutang (sbg orang perempuan, wajib membayar semula puasa yang ditinggalkan semasa Ramadhan)..oleh itu aku tidak mahu menangguhkan sehingga Ramadhan akan muncul kembali pada tahun hadapan... seperti yang dikatakan tadi, kitapun tidak tahu bila kita akan pergi..dengan itu lebih baik kita ganti segalanya awal-awal...InsyaAllah..semoga Allah izinkan segala yang dirancang...Amin.

Gambar Belangkas