Friday, February 4, 2011

Cara senang nak dapatkan makanan percuma

Korang suka tak McDonald's ataupun KFC ataupun Burger King? Mesti perut korang dah menyanyi kan bila terbayangkan Big Mac sebijik? Hakhakhak...Ok hari ni aku nak tunjuk kat korang macamana nak dapatkan makanan percuma dari McDonald's dan seumpamanya.

Korang tahu kan Drive Thru? Ala yang pandu lalu tu la. Tak perlu nak keluar dari kereta pun kalau nak beli. Bleh tak aku kata sebagai window shopping? Hehe...Ok berbalik pada tajuk asal.

Sebenarnya bukan aku nak ajar pun korang wat menda tak elok ni. Tapi Remi Gaillard yang nak ajar. Jom layan video kat bawah ni macamana prankster yang terkenal dalam Youtube ni dapat makan free dari McDonald's.



Nota Dahi: Amacam? Susah tak? Korang jangan plak pegi gatal perut cuba macam yang Remi ni buat tau! Sekadar hiburan dimasa lapang je ni.

Thursday, February 3, 2011

Perpindahan pelajar Malaysia keluar Mesir

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar dengan 545 pelajar diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bermula 2 petang ini waktu Kaherah atau 8 malam waktu Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu.

Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera.

“Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport,” katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini.

Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.


Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan.

Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut.

Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

“Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya.

Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa.

Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet.


Di KOTA KINABALU, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan memilih Jeddah sebagai lokasi penempatan sementara kerana ia merupakan negara jiran Mesir yang paling dekat dan selamat.

Menurut beliau, kerajaan bukannya tidak mahu membawa mereka pulang terus ke Malaysia, tetapi jumlah terlibat terlalu ramai iaitu kira-kira 11,379 pelajar yang mendaftar di Mesir.

“Kerajaan tidak mahu membuang masa untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama lapan hingga sembilan jam perjalanan.

“Kita berusaha memastikan semua rakyat Malaysia dapat dikeluarkan terlebih dahulu dan berada di tempat yang selamat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ditanya mengenai kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, Anifah berkata, kapal tersebut ketika ini terpaksa menukar destinasi.

Katanya, kapal tersebut ketika ini sedang melalui Teluk Eden dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada Sabtu ini.

Beliau memberitahu, KD Bunga Mas 5 mempunyai kapasiti mengangkut kira-kira 500 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir untuk satu perjalanan.

Mengenai tempoh misi menyelamat semua rakyat Malaysia di Mesir akan selesai, Anifah berkata, berdasarkan jumlah rakyat yang direkodkan oleh kedutaan negara di Mesir iaitu seramai 11,379 orang, ia mungkin mengambil masa selama empat hari setengah.

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Alhamdulillah semakin hari semakin ramai pelajar Malaysia yang berjaya dikeluarkan dari wilayah yang sedang bergolak itu. Sehingga hari ini, pergolakan di Mesir masih lagi berlarutan selagi pemerintahan Hosni Mubarak tidak meletak jawatan. Video pergolakan di Mesir menggambarkan betapa rakyat Mesir pada ketika ini sedang membuat rusuhan secara besar-besaran.

Pergolakan di Mesir kian meruncing

KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.

Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.

Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.

Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Sampai bila rusuhan di Mesir nak berlarutan ye? Jom tengok gambar dan video rusuhan yang berlaku di wilayah bergolak itu.

Gambar lelaki mengandung

Biasanya kita lihat hanya golongan perempuan yang mengandung tapi amat jarang sekali kita dengar ada kaum lelaki yang mengandung (pregnant). Logik ke kalau lelaki mengandung? Siapa tahu itu semua kuasa Yang Maha Esa. Jom tengok gambar ni.

Bagi semua golongan lelaki, kalau ditakdirkan anda mengandung, adakah anda sudah bersedia? Hakhakhak...Aku pun tak pasti kisah sebenar lelaki ni. Sama ada dia betul-betul mengandung ataupun mengalami masalah perut buncit ataupun berpenyakit pelik ataupun dia dari asalnya seorang perempuan yang menukar jantina kepada lelaki?












Nota Dahi: Kalau betul-betul mengandung, macamana pulak proses kelahiran nanti ye?

Two round pleaseeee.. !!!

picture credit to pokcik google

Ada citer sebenor nyer di sebalik tajuk "Turun Pleaseee !!! " huhu... yer la since D'Le Tour Langkawi ari tu,  selalu la helikopter berlegar2 kt bumbung umah nih, tadi ada lagi menatang ni melilau kt atas mkin bawak pelancong kot, bukan ape dibuat nyer tengah heli ni btul2 kt bumbung umah ni x bergerak2 kan naya tu..! klu nak tau disini pun ada gak perkhidmatan tour ngan helikopter, klu  x silap 5 minit RM200 - RM300.00 hengget jer... ada Bran ??? biasa nyer pelancong luar negara la suka layan.. :) terutama nya orang Arab.

Berbalik kita cer tadi kan, kisah nyer.. ada la kat sebuah kampung, tapi menurut abang ipor deena, ni kisah benar tah la ekk tak brani nak mengesahkan nyer.. rasa nyer dia saje jer buat lawak kot.. nama kampung tu xyah la deena sebut kang femes lak ha... ( klu femes ! dibuat kena saman ?? mati den !!! ) bila nak mula daaa !!! ok2 deena sambung balik, mamat nih orang kampung situ gak la dan sure kureng dalam bahasa omputih ni kan takat "yes..no..alright".. dia di ajak skali naik bersama ngan mat saleh ni sbb dia yg bawak omputih tu masuk kampung dia haa..
pic credit to google

Ape lagi sonok sakan la si mamat nih dgn excited nyer citer tentang keindahan kampung dia semasa heli mengelilingi kampung tu, tah paham ker idak mat saleh tu xtau la :). Tak lama pastu mat saleh ni pun nak turun la gamak nyer lalu bunyi kt mamat ni cakap melayu pelat " Saye mau turoungggg please ! " mamat ni plak dia ingat mat saleh tu nak dua round lagi !! (two round ) ehh pandai lak dia ingat bangang ker, dia pun dgn teruja bgtau kt pilot dua round lagi..  turounggg punya turounggg.. dah byk kali round,  penyudah nyer terhempas la heli tu.. 


p/s: pilot pun satu hal, tintong gak.. :))

Weather talk, again....

Treachorous! Thats what it is.

In Malaysia, I wished it was a bit cooler.
Upon arrival in Glasgow, it definitely was cooler.
But there's something called wishful thinking and also, doesn't the grass always look greener on the other side.
Back in September '10, the cool autumn weather didn't last long as I started experiencing raining spells and the occasional STRONG winds. Still BEARABLE!
Then winter came early. It became colder. Snow. Ice. Wet. Slush. After the first snowfall, I wished for no more snow.
Currently, I think it is spring already. Temperatures were good for a week or two. But the good never last long. Raining in Glasgow can be a bitch, but I think adding it with strong winds is ROAR!!

Today's wind+rain was horrid. It was possible to blow people away. I was drenched and pushed in the rain by the gusty wind. People's eye liner's on their face were even washed away. Hair on the head was a mess. WATERPROOF WINDBREAKERS WAS A NECESSITY (and waterproof shoes too)! I've definitely given up on using an umbrella. Basically the current weather makes me drenched, and also freezing cold!

This post came about after I saw tmr's forecast was not going to get better. Note the wind speed. Winter didn't really stopped me from going out, but i think this current weather could :(

Tutorial tingkatkan kelajuan Mozilla Firefox

Adakah anda seorang pengguna Mozilla Firefox? Adakah anda mahu kelajuan browser Firefox anda 8 kali lebih pantas? Ok untuk tutorial hari ni, aku ada terjumpa sebuah video macamana nak ubah setting Firefox supaya boleh tingkatkan kelajuannya.

Sebenarnya aku tak berkesempatan nak buat tutorial bergambar jadi aku ambil la video ni kat youtube untuk panduan korang semua. Diharapkan korang faham la yerk. Kalau ada apa-apa masalah korang tinggalkan je komen kat bawah tu.



Gambar Belangkas