Sunday, January 30, 2011

Minuman Raja Herba penyembuh penyakit

Korang ada tak penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, batu karang, buasir, ghout, migrain dan lelah? Kalau tak ada penyakit tersebut mungkin ada diantara adik-beradik ataupun saudara mara korang yang mengalami penyakit sedemikian bukan?

Ok pada entry kali ni aku nak perkenalkan satu jenis minuman kesihatan yang diberi nama Minuman Raja Herba. Minuman ni telah dihasilkan oleh syarikat Herba Nusantara Enterprise dan produk minuman kesihatan tersebut telahpun diedarkan ke seluruh negara.

Mungkin produk ini tidak se-popular produk dR. Rozmey tu tapi ianya lebih murah dan betul-betul berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang disebutkan tadi. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari: MINUMAN RAJA HERBA

Sijil analisis BIOCHEM Laboratories Sdn. Bhd. yang telah mengesahkan Minuman Kesihatan Raja Herba adalah selamat untuk diminum


Berikut adalah antara testimoni pengamal minuman kesihatan Raja Herba:

1. EN ABDUL RASHID - GAUT >>> "Saya pengguna lama RAJA HERBA. Puasa tahun lepas, saya dapat berpuasa penuh. Alhamdulillah..."

2. EN DAROJI - SAKIT SENDI >>> "Selepas minum RAJA HERBA selama 14 hari, hilang segala sakit sendi. RAJA HERBA sangat bagus."

3. EN AMAT BIN KARIMAN - KENCING MANIS >>> "Bukan nak puji, minum 2 hari dah ada tenaga tebang pokok guna gergaji rantai. Harap RAJA HERBA kekalkan kualiti barangan."

Kesemua testimoni tersebut adalah benar. KLIK SINI untuk lihat kesemua testimoni pengguna Minuman Raja Herba.

Dari kiri: En Shahrizal (Pengurus Selangor), En Razak (Pengurus Pemasaran), En Fakhrulzaman (Pengurus) dan staff Herba Nusantara di depan pejabat urusan di Pantai Remis, Perak.


Harga untuk sebotol amatlah berpatutan iaitu RM35.90 bagi semenanjung Malaysia dan RM40.90 bagi Sabah & Sarawak


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun berminat untuk menjadi stokis mahupun agen, anda boleh hubungi Pengurus Selangor:
En. Shahrizal (019-2796562)

Saturday, January 29, 2011

Pilihanraya Kecil DUN Tenang live

Jom tengok keputusan terkini proses pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Tenang (PRK DUN Tenang) secara langsung. Semoga semuanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir dan hujat lebat.

SILA KLIK DISINI


Tarikh penamaan calon: 22/1/2011
Tarikh Piliharaya: 30/1/2011


Antara gambar-gambar menarik di Tenang








Sejarah Facebook

Ok entry kali ni tak nak cerita pasal berita terkini dah. Kali ni aku nak bercakap serba sedikit tentang Facebook. Majoriti rakyat Malaysia yang melayari internet ada mempunyai akaun Facebook masing-masing tidak kira aktif ataupun tak. Korang log in Facebook dan log out facebook setiap hari tu adakah korang tahu asal usul Facebook?

Sejak heboh berita pasal Facebook nak tutup 15 Mac nanti, makin ramai yang mengenali siapa pengasas Facebook. Tapi sebelum adanya khabar angin tu adakah korang ambil tahu pasal asal usul dari mana datangnya Facebook ni kan apatah lagi pengasas Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.

Facebook adalah sebuah laman social networking yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg - seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS). Pada hari ini, Mark Zuckerberg telahpun berumur 26 tahun. Beliau merupakan Billionair yang termuda didunia dengan kekayaan semasa mencecah US$14 billion.

Idea penubuhan Facebook bermula ketika belajar di University Harvard dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar Harvard pada ketika itu. Pada mulanya, Mark Zuckerberg menggunakan nama facemash.com kepada laman social tersebut. Dalam masa yang begitu singkat, lebih 60% daripada pelajar Harvard telah menggunakan Facemash dan itu membuatkan Mark Zuckerberg lebih yakin untuk mengembangkan laman social tersebut.

Oleh kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada Facebook, Mark Zuckerberg keluar meninggalkan Harvard dan berpindah ke Palo Alto, California pada musim panas 2044 bersama teman sebiliknya di Harvard iaitu Dustin Moskovitz serta beberapa rakannya yang lain. Beliau menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat rasmi Facebook pada ketika itu.

Disitulah Mark Zuckerberg telah bertemu dengan Peter Thiel iaitu pengasas Paypal. Hasilnya Peter Thiel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak US$500,000 seterusnya menjadi pelabur pertama Facebook. Itu membuatkan Mark Zuckerberg beralih ke pejabat yang lebih besar. Pada Ogos 2005, Mark Zuckerberg telah membeli domain www.facebook.com daripada Aboutface Corporation yang bernilai US$200,000. Pada September 2005, Facebook mula diperkenalkan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan dalam masa 15 hari sahaja, sebahagian besar sekolah di AS telah menyertai Facebook. Pada akhir tahun 2005, Facebook telahpun berkembang ke 2,000 universiti dan 25,000 sekolah menengah di AS, Kanada, Mexico, Puerto Riko, Australia dan beberapa negara lain.

Pada April 2006, palabur pertama Facebook iaitu Peter Thiel bersama Greylock Partners dan Meritech Capital Partners telah menambah pelaburan di Facebook dengan dana sejumlah US$25 juta.

Selepas 2 tahun Facebook beroperasi, muncul pula pelbagai laman social network seperti Myspace dan TouTube yang dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak US$580 juta manakal YouTube pula menerima tawaran sebanyak US$1.5 billion dari Google. Tapi apa yang menariknya ialah Mark Zuckerberg tidak mahu menjual Facebook walaupun telah ditawarkan oleh Google & Yahoo pada harga mencecah US$1 billion. Walaupun keputusan beliau telah mengundang pelbagai spekulasi negatif tapi dia telah membuktikan masih banyak lagi yang boleh dicapai oleh Facebook. Hasilnya selepas 3 tahun penubuhan Facebook, Mark Zuckerberg telah dinobatkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai US$1.5 billion.

Sehingga kini makin ramai pelabur yang membuat pelaburan di Facebook dan yang terbaru ialah Firma Goldman Sachs sebanyak US$450 juta serta syarikat Digital Sky Technologies sebanyak US$50 juta dalam bentuk matawang. Pelaburan itu membuatkan harga semasa Facebook ketika ini sudah mencecah US$50 billion (RM153 billion). 25% daripada saham Facebook adalah milik Mark Zuckerberg sendiri.

Hasil tulisan wowberita.com

Memang tidak dinafikan penggunaan Facebook pada hari ini sangatlah penting terutamanya untuk mencari kawan lama mahupun kawan baru. Ada juga sebahagian golongan yang menggunakan Facebook sebagai tempat untuk jana pendapatan. Dalam pada itu, terdapat sebilangan yang menggunakan Facebook untuk perkara negatif seperti menyebarkan gambar lucah, menabur fitnah serta serta ugutan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda buat dengan Facebook? Sign up Facebook sekarang!

log in facebook dapat RM100 - cara nak dapat duit cepat yang tak masuk akal


facebook apps - teknologi inilah yang membuatkan facebook lebih diminati


facebook games - Zynga Poker memang sangat-sangat menarik dan melalaikan


facebook mobile - satu lagi kecanggihan facebook


facebook chat - menjadi daya tarikan utama facebook


Nota Dahi: Facebook merupakan laman social network yang mempunyai Intelligence yang tinggi sebabnya ia anti-spam. Kalau korang add friends melebihi 50 orang dalam sehari ataupun korang post apa saja link kat facebook profile korang banyak-banyak, confirm korang tak boleh nak sign in akaun facebook tu dan perlu verify. Itulah yang aku pernah lalui sebelum ni. Hakhakhak...Tapi kalau nak cari awek guna facebook search semata-mata tak apa la. Pssttt...domain facemash.com masih lagi available, siapa nak beli?

Sukan futsal berbahaya?

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Bazam Abdul Rani, kecederaan akibat bersukan biasanya melibatkan dua jenis kecederaan.

Yang pertama, kecederaan akibat persentuhan badan seperti pelanggaran dan pertembungan. Kecederaan yang kedua melibatkan bukan persentuhan badan seperti paha, sendi buku lali, sendi lutut, kepala, leher dan lengan.

Tambah Dr. Bazam, kebanyakan kecederaan yang dialami adalah ringan sahaja seperti kekoyakan ligamen buku lali yang separa (partial tear), abrasi, luka yang tidak dalam dan lebam.

Kecederaan serius yang boleh dialami mungkin melibatkan kepatahan tulang, sendi lutut dan buku lali terkehel, tulang yang patah, kekoyakan ligamen lutut yang mengakibatkan ketidakstabilan sendi.


Faktor kecederaan

Bagi Dr. Bazam, sukan futsal mempunyai kebaikan dan keseronokan tersendiri tetapi bahaya untuk pemain.

“Futsal berbahaya kepada pemain kerana ia berbeza daripada perlawanan bola sepak yang mempunyai undang-undang yang lengkap. Pemain futsal juga mudah melakukan aktiviti dan perbuatan kasar seperti menggelongsor dan menghalang kaki lawan. Selain itu, pemain mengawal bola lebih kasar berbanding perlawanan bola sepak biasa. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan sekiranya undang-undang futsal tidak membenarkan sentuhan fizikal antara pemain secara berlebihan,” ujar beliau.

Dr. Bazam menjelaskan, keadaan padang permainan futsal juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Saiz padang yang kecil dengan aksi permainan futsal yang pantas menyebabkan pemain hilang kawalan.

Padang tiruan daripada getah atau permukaan yang kasar dan melekat tidak mengehadkan pergerakan pemain dan mudah terseliuh. Apabila pemain jatuh di atas permukaan tiruan yang licin, mereka tidak sempat mengawal pergerakan badan apabila terjatuh.

Dalam pada itu, saiz kumpulan pemain futsal yang kecil dengan tempoh masa bermain yang panjang mengurangkan stamina pemain tersebut. Ini menyebabkan mereka cepat berasa letih dan hilang kawalan pergerakan badan.

Sebagai pemain, memakai kasut tanpa merujuk jenis padang permainan boleh menjadi faktor kecederaan. Umum sedia maklum, futsal merupakan permainan dan hiburan hujung minggu. Jika seseorang pemain tidak menyiapkan diri dari segi ketahanan fizikal, mereka mudah cedera.

“Jika pemain tidak melengkapkan diri, otot dan stamina mereka belum cukup kuat digunakan untuk bermain futsal. Tanpa rehat yang cukup mustahil mereka mampu berdepan dengan perlawanan yang agresif dan cepat seperti futsal. Pemain yang tidak melakukan senaman ringan sebelum memulakan perlawanan juga berdepan dengan risiko kecederaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpakaian sukan futsal yang lengkap,” katanya.

Menurut Dr. Bazam lagi, ramai pemain yang cedera mempunyai sejarah kecederaan akibat permainan sukan yang mereka ceburi sebelum ini. Kecederaan berulang ini menjadi risiko yang paling lazim dan tinggi.

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Kalau korang nak tengok gaya permainan yang cantik, korang tengoklah futsal berbanding dengan bola sepak. Tapi risiko kecederaan tu memanglah tak dapat nak dielakkan. AKu pun dah beberapa kali cedera sebab main futsal ni. Tapi bila baik je aku main balik. Memang tak akan serik la kate orang. Korang mesti terpegun kalau tengok video kat bawah ni.






Khairul Fahmi dinobat pemain terbaik perlawanan

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi. Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58. Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi. Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami.” Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Sumber: Kosmo



Nota Dahi: Apa-apa hal pun aku tetap sokong Kelantan malam tadi. Hakhakhak...Banyakkan bersabar la yerk penyokong Selangor. Safee Sali mungkin tak cukup rehat lagi tu.

Buang bayi dalam longkang

BATU PAHAT: “Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter.

“Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong,” kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Menurut Hamid, dia merasakan ibu bapa bayi berkenaan mungkin membuang bayi itu pada lewat malam atau awal pagi semalam kerana pada jam 8 pagi hingga 10 pagi kelmarin, mereka masih menjalankan tugas membina longkang dan tembok rumah di kawasan itu.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.

Keadaan itu menyebabkan bayi berkenaan maut dipercayai akibat kesejukan atau lemas akibat air di dalam longkang. Hamid berkata, dia melihat mayat bayi itu pada kira-kira jam 8.10 pagi ketika ingin menyambung semula tugas pembinaan longkang di kawasan rumah berkenaan.

Menurutnya, sejurus melihat jenazah berkenaan dia terus menghubungi balai polis berhampiran sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan dan mengambil mayat bayi untuk siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan. Katanya, mayat bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dengan tali pusat serta uri belum dipotong dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya bayi itu dibuang dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kecederaan lain ditemui padanya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi, di mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Berikutan itu, sesiapa yang tahu atau melihat kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Bengong betul la manusia yang buat kerja ni. Memang tak ada perasaan langsung. Dah tahu buat tapi tak nak bertanggungjawab plak. Apa yang korang rasa patut dibuat dengan golongan yang macam tiada akal ni?

Redah 600km hadiri uji bakat Akademi Fantasia 9

KOTA KINABALU: Perjalanan 10 jam menaiki bas tidak menghalang seorang pengawal peribadi berusia 42 tahun menghadiri uji bakat Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Kesanggupan Ariffin Jaafar menempuh perjalanan hampir 600 kilometer dari Tawau berbaloi apabila terpilih ke peringkat seterusnya, sekali gus membuka peluang kepadanya menjadi peserta program realiti berkenaan.

“Walaupun berusia, semangat untuk menyertai program ini menyebabkan saya sanggup datang dari jauh dan bersyukur terpilih ke peringkat seterusnya. Saya pernah menghadiri uji bakat AF7 pada 2009 namun tidak bernasib baik apabila gagal pada peringkat pertama lagi,” katanya.

Ariffin berkata, walaupun usianya dianggap ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-rata berusia awal 20-an, perkara itu bukan penghalang besar baginya.


“Saya memang minat menyanyi sejak kecil dan menjadi impian saya untuk menyertai program ini sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu,” katanya.

Seorang lagi calon terpilih ke peringkat seterusnya, Romanizam Awang Ali, 27, tidak menyangka dipilih kerana hanya menghadiri uji bakat secara suka-suka.

“Saya juga tidak pernah menyanyi di khalayak ramai dan gementar apabila diarah menyanyikan pelbagai jenis lagu oleh juri. Ini kali pertama saya menghadiri uji bakat AF dan terpilih ke peringkat seterusnya,” katanya.


Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Resza Azmi berkata, hampir 2,000 calon menghadiri uji bakat yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin. “Hari ini (semalam), hampir 1,000 calon hadir dan bilangannya dijangka meningkat pada hari terakhir esok (hari ini).

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Tak faham betul aku. Apa sangat la yang diorang dapat kalau berjaya masuk Akademi Fantasia tu. Konon nak popular cepat la kan. Tapi bagi aku baik cari kerja yang lebih bermanfaat daripada masuk AF ni. 2000 calon hadir untuk uji bakat AF9 tapi berapakah yang hadir semasa ceramah agama? Korang fikirlah sebaiknya.

'Cikgu Siti' yang comel ni pun nak uji bakat AF gak ke?


Gambar Belangkas