Monday, January 24, 2011

Cinta Laura Kiehl miliki bibir paling seksi

DILIHAT cantik dan segar adalah impian setiap wanita, termasuk Cinta Laura. Penyanyi lagu Cinta atau Uang (Wang) itu yang masih remaja, bagaimanapun berkata, dia tidak menjalani sebarang rawatan khusus untuk kelihatan jelita.

"Saya tidak menggunakan apa-apa kecuali mencuci muka sebelum tidur. Saya juga jarang ke salon. Kalau pergi pun, mungkin enam bulan sekali. Itupun untuk rawatan rambut," kata penyanyi yang juga pelakon itu baru-baru ini. Apabila dia ditanya pendapatnya mengenai bahagian tubuhnya paling seksi, selebriti remaja itu kelihatan bingung.

"Tidak ada yang istimewa. Tetapi ramai yang berkata, bibir saya yang paling seksi. Saya tidak tahu. Cuma ramai yang berkata begitu dan menurut mereka, bibir saya seperti bibir Angelina Jolie," kata Cinta, artis yang dilahirkan di Jerman itu.

Menjawab soalan wartawan seterusnya, Cinta berkata dia sendiri tidak merasakan begitu. "Bibir saya kecil dan saya merasakan diri saya tidak layak untuk dibandingkan dengan Angelina," katanya.

Cinta yang nama penuhnya Cinta Laura Kiehl dan baru menjangkau usia 17 tahun mempunyai takrifan sendiri mengenai seksi. "Seksi bukan terletak pada bibir. Seksi itu juga harus membawa maksud pintar. Jika cantik tetapi bodoh, itu bukan seksi namanya. Seksi juga bukan bererti mesti kelihatan berahi. Yang penting berpakaian rapi, bagus dan bijak." Cinta menerbitkan album Cinta Laura pada 2010. Dengan single hitnya, Love is Money yang turut terkandung dalam album berkenaan, jualannya mencecah hingga 12 kali platinum.


Katanya, dia tidak akan berhenti setakat itu. "Saya masih mempunyai banyak rancangan. Saya mahu membuat lebih banyak kejutan. Tetapi tidak boleh didedahkan buat masa ini," katanya.

Tetapi beberapa minggu sebelum ini Cinta berkata, dia mungkin mengikut jejak langkah Shanty yang meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin. Namun, bagi Cinta, langkah itu, yang akan diambilnya pada Jun ini ialah untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

"Saya akan tinggalkan dunia hiburan kerana bagi saya, ia hanya hobi saja. Memang sejak kecil saya yakin akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah bersedia untuk tinggalkan karier sebagai penyanyi pada Jun ini," kata Cinta.

Ketika ini, dia berada di semester akhir di sebuah sekolah antarabangsa di Jakarta. "Hanya tinggal satu semester lagi. Saya tidak sabar untuk meneruskan pengajian saya ke Amerika Syarikat," katanya.


Tetapi mengapa Amerika yang menjadi pilihannya. "Saya bukan bertujuan menunjuk-nunjuk. Di Amerika, sekolahnya memang bermutu, lebih-lebih lagi di Universiti Harvard, yang menjadi sasaran saya.

"Saya teringin sangat ke sana. Harapannya ialah untuk mendapatkan ilmu yang terbaik. Soal jurusan, akan saya cari yang paling sesuai," jelas selebriti itu yang dikatakan akrab dengan penyanyi, Afgansyah Reza. Tambahan pula, menurutnya, di Amerika memang ramai siswa dari Indonesia. "Mereka semuanya pintar belaka. Saya ada rakan yang belajar di sana," katanya.

Tetapi, sementara menunggu pemergiannya itu, Cinta berkata, dia mungkin hanya akan menumpukan kepada bidang nyanyian saja, tidak lagi lakonan kerana ia membabitkan masa yang panjang. Cinta mungkin antara artis remaja paling bertuah apabila diberi peluang untuk muncul di peringkat antarabangsa selepas dipelawa berduet dengan rapper Australia, Guy Sebastian.

Mengulas mengenai hal itu, dia mengaku amat teruja. "Impian menanyi bersama artis bertaraf antarabangsa akhirnya tercapai. Saya diajak berduet dengan Sebastian. Sudah tentu saya tidak menolak. Sebastian begitu berbakat," katanya. Pasangan itu akan membawakan lagi rap berjudul Who`s That Girl.

Menurut Cinta, lagu itu sungguh enak dinyanyikan dan mereka hanya mengambil masa yang singkat dan persiapannya juga dilakukan ketika itu juga. - JI

Sumber: Harian Metro


Biodata penuh Cinta Laura Kiehl >>> Layari website

Nama Penuh: Cinta Laura Kiehl
Nama Panggilan: Cinta Laura
Tarikh Lahir: 17 Ogos 1993
Tempat Lahir: Quakenbruck, Jerman
Zodiak: Leo
Tinggi: 170 cm
Berat: 44 kg
Hobi: Berenang

KELUARGA:
Nama Ayah: Michael Kiehl
Nama Ibu: Herdiana, SH

PENDIDIKAN: Bogor International School (BIS)

Album: Oh Baby (2008)

SINETRON:
1. Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi?)
2. Cinta
3. Upik Abu dan Laura

PRESTASI/PENGHARGAAN:
1. Finalis Top Model 2006
2. Pelakon Ngetop SCTV Awards 2007.
3. Meraih 10 emas, 7 perak, 7 gangsa pada Kejuaraan Renang Antara Sekolah Internasional di Indonesia
4. Juara Kelas di International School Bogor

Cinta Laura - You Say Aku


Cinta Laura - Oh Baby


Jadual Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011)

PELUMBA pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila mengungguli peringkat kedua Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 semalam.

Kemenangan pada perlumbaan di laluan landai sejauh 145.4 kilometer dari Kangar ke Butterworth itu menyaksikan Guardini terus menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Guardini mencatat masa tiga jam 26 minit 26 saat diikuti pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing Boris Shpilevsky daripada pasukan Tabriz Petrochemical Team (TPT) dan Anuar Manan dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSC).

Selain itu, pelumba Itali tersebut turut mengungguli kedudukan teratas dalam perebutan Jersi Biru (Raja Pecut) selepas mengumpul keseluruhan 33 mata, dua mata di hadapan Anuar.

"Kejayaan saya hari ini (semalam) membuktikan kemenangan saya semalam (kelmarin) bukan disebabkan faktor nasib semata-mata.

"Saya gembira kerana sekali lagi menaiki podium selaku juara seterusnya mempertahankan Jersi Kuning dalam dua peringkat berturut-turut," kata Guardini yang dua kali menewaskan pemecut tersohor, Mark Cavendish tahun lalu.


Guardini menegaskan perlumbaan semalam lebih mencabar jika dibandingkan pada peringkat pertama di Langkawi khususnya pada jarak beberapa kilometer terakhir ke garisan penamat apabila berlaku insiden kemalangan.

"Ketika menuju ke garisan hadapan, saya yang berada dalam kelompok hadapan terpaksa bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain sehingga menyebabkan ada yang terjatuh.

"Bagaimanapun saya bernasib baik kerana dapat meloloskan diri daripada kelompok besar sehingga berjaya menuju ke garisan penamat sebagai pemenang.

"Saya mahu berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang lain kerana mereka banyak membantu dari mula hingga tamat perlumbaan."

Sementara itu, Anuar yang juga Raja Pecut 2010, merampas Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) daripada pelumba pasu-kan Korea Selatan, Park Sung-baek.

Sung-baek ditimpa malang apabila terlibat dalam kemalangan bersama pelumba Europcar, Yukiya Arashiro ketika bersaing dengan barisan pencabarnya kira-kira 200 meter terakhir menuju ke garisan penamat.

Jersi Merah (Raja Bukit) pula kekal menjadi milik pelumba pasukan Skil Shimano Cycling Team, Koen De Kort buat hari kedua berturut-turut.

"Selepas perlumbaan semalam (kelmarin), saya berazam untuk terus mengekalkan Jersi Merah dan misi saya hari ini (semalam) dianggap berjaya. Saya akan cuba untuk terus mengekalkan Jersi Merah," kata De Kort.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Anuar, Mohd. Harrif Salleh menduduki tempat ke-13 diikuti Mohd. Shahrul Amin (ke-53), Mohd. Saufi Mat Senan (66).

Sumber: Kosmo

Berikut adalah jadual penuh perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011) Edisi ke-16:
Informasi tentang perlumbaan LTDL 2011 >>> Download
Informasi terknikal >>> Download
Stage 1 - Dataran Helang - Pekan Kuah >>> Download
Stage 2 - Kangar - Butterworth >>> Download
Stage 3 - Taiping - Sitiawan >>> Download
Stage 4 - Ayer Tawar - Cameron Highlands >>> Download
Stage 5 - Tapah - Genting Highlands >>> Download
Stage 6 - Rawang - Putrajaya >>> Download
Stage 7 - Banting - Tampin >>> Download
Stage 8 - Kuala Pilah - Jasin >>> Download
Stage 9 - Melaka - Nilai >>> Download
Stage 10 - UITM Shah Alam - KL Loop >>> Download

Layari website rasmi Le Tour de Langkawi 2011 >>> LTDL 2011

Nota Dahi: Le Tour de Langkawi 2011 (LTDL 2011) Edisi ke-16 melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan berjumlah 1,315.4km. LTDL kali ini juga menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta. Kenapa LTDL sekarang dah tak lalu ke pantai timur yerk? Aku pun dah jadi hilang mood nak layan. Hehe...



Tags: Le Tour de Langkawi 2011, LTDL 2011 edisi ke-16, jadual penuh perlumbaan Le Tour de Langkawi, senarai pelumba Le Tour de Langkawi 2011, pemenang peringkat kedua Le Tour de Langkawi, keputusan terkini Le Tour de Langkawi 2011, apakah Le Tour de Langkawi, siaran ulangan Le Tour de Langkawi online

Lelaki Budiman?

Tengah sarapan sambil tengok MHI...ada topik yang dibicarakan mengenai LELAKI BUDIMAN. 
Bagaimanakah seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai seorang lelaki budiman?? Apa LELAKI BUDIMAN? atau dalam bahasa Inggerisnya, GENTLEMAN.

Ada yang memberi pendapat, lelaki di Malaysia ni memang rata-rata KURANG atau TIDAK BUDIMAN! Haaaa...lelaki semua...silalah berikan pendapat anda?
Mengapa mereka berkata begitu? 
Sebab:
1) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu kereta untuk kaum wanita semasa hendak naik atau turun kereta.
2) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu  untuk kaum wanita semasa hendak masuk/keluar dari sesuatu bangunan.
 3) lain-lain

Ini jika dibandingkan dengan lelaki dari negara Barat sana...
Apa pendapat anda?

Pelajar diserang histeria cuba terjun bangunan sekolah

TEMERLOH 24 Jan. – Lebih 1,000 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dekat sini, gempar apabila seorang pelajar tingkatan tiga yang diserang histeria mengancam untuk terjun dari tingkat dua bangunan di sekolah itu hari ini.

Kejadian pukul 8.30 pagi tersebut berlaku ketika semua pelajar berada dalam kelas masing-masing sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pelajar perempuan terbabit.

Pelajar itu kemudian melompat keluar dari tingkap kelasnya ke bahagian koridor sebelum berlari-lari sepanjang bangunan sambil mendepakan tangannya.

Keadaan berlarutan selama sejam itu bertambah cemas apabila pelajar terbabit menarik cermin kaca tingkap lalu membaling ke bawah bangunan.

Suasana kecoh di pekarangan sekolah itu turut menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd. Nadzri Ab. Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, beliau melihat pelajar itu menjilat darah pada tangannya setelah luka terkena serpihan kaca.

“Dia semakin agresif apabila membuka tudung lalu membaling ke bawah. Paling mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya hanya sedikit memijak lantai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, pihak sekolah kemudian menghubungi bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.

Menurutnya, pengurusan sekolah turut bertindak menyediakan tilam yang diletakkan di aras bawah bangunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya difahamkan pelajar itu tidak tinggal di asrama tetapi bertindak demikian akibat serangan histeria.

“Keluarga pelajar terbabit turut hadir memujuknya namun tidak berhasil. Tindakan pantas pasukan penyelamat akhirnya dapat menyelamatkan pelajar itu,” jelasnya.

Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria beberapa kali berlaku di sekolah terbabit namun kejadian hari ini paling mencemaskan.

Pelajar itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) manakala terdapat beberapa pelajar lain juga terkena histeria namun keadaan terkawal.

Sumber: Utusan


Nota Dahi: Histeria ni jugak berlaku kat sorang budak sekolah aku masa aku muda mudi dulu. Time ni tengah syok-syok sembang sebab cikgu tak masuk kelas. Tibe-tibe dia menjerit. Hakhakhak...Kalau tak silap aku histeria ni terjadi kebanyakan kepada perempuan yang lemah semangat dan selalu fikir yang bukan-bukan. Sebelum tu jom layan video ni yang aku jumpa kat youtube. Video ni dirakam pada tahun 2008 iaitu semasa latihan Sukma di Stadium Sultan Mizan yang runtuh tu. Jom tengok dulu yerk...



Tags: histeria, pelajar histeria, pelajar diserang histeria terjun bangunan, apakah histeria, kenapa berlaku histeria, akibat histeria, lemah semangat, fikir yang bukan-bukan, koleksi video histeria, gambar pelajar histeria, budak sekolah histeria, perempuan terkena histeria, mengenali histeria, hindari histeria, cara merawat histeria

Story of Appreciation

 Dapat artikel ini dalam emel dari rakan:
 
Story of Appreciation

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" the youth answered "none".

The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.

The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked: " Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered, " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'

The Director asked, " please tell me your feelings."

The youth said, Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said, " This is what I am looking for to be my manager.
I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first.

He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

You would have forwarded many mails to many and many of them would have back mailed you too...but try and forward this story to as many as possible...this may change somebody's fate...

 
Stay blessed and have a nice day…!!!

Sunday, January 23, 2011

Pantang Maut Sebelum Ajal

Pantang Maut Sebelum Ajal

Penah dengar pepatah ini? Mungkin pernah mungkin tidak pernah...
Peristiwa ini berlaku semasa saya dan keluarga pergi melawat kakak saya yang sakit di hospital KPJ Seremban.  Bukan...bukan mengenai cerita kakak saya yang sakit, tetapi peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan ke sana...
Sejurus selepas kami exit tol Seremban, selepas trafik light yang pertama ...van kami pun bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bandar Seremban...kereta memang banyak kerana kami baru sahaja melepasi trafik light..kami berada di lane sebelah kiri. Waktu itu saya perasan ada seorang penunggang motorsikal di sebelah kanan van kami , kiranya dia berada di antara van kami dan kereta sebelah kanan. 
Kami memang bergerak perlahan, oleh itu kereta di sebelah kanan dan penunggang motorsikal tersebut bergerak lebih laju dari kami, memotong kami dan sudah berada lebih ke hadapan dari kami. Tiba-tiba sahaja saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku, mungkin motorsikal tersebut terlanggar cermin sisi kereta tersebut, lalu motorsikal tersebut hilang kawalan dan terus terpelanting ke sebelah kiri (bermakna jatuh ke laluan kami di sebelah kiri).  
Saya terus terjerit menyuruh suami brek dengan cepat. Apalagi suami saya pun terus menekan brek dan van kami berhenti betul-betul hanya 1 inci SAHAJA di hadapan motorsikal yang jatuh menghempap penunggangnya !!!!
Ya Allah!!!! Syukur sekali.... Saya tak dapat bayang bagaimana jika suami tidak sempat brek dan melanggar penunggang tersebut yang sudah tersepit di bawah motor tersebut!!!! Dan kami dapati penunggang tersebut adalah seorang remaja PEREMPUAN!!! Ya Allahhhh...Syukur Alhamdulillah!!!! 
....
Alhamdulillah penunggang tersebut selamat....boleh bangun dan terus duduk di sebelah kiri bahu jalan...

Ini lah yang ditakdirkan, bahawa penunggang ini terselamat ...
Pantang maut Sebelum Ajal.


Indahnya diciptakan sebagai seorang wanita...




1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
(di petik dari blog www. sakinahchocolatecake.blogspot.com)

p/s: terpanggil utk share selepas terbaca di blog sahabat sakinah samad

Gambar Belangkas