Monday, May 25, 2009

Syiling King George V.



Syiling 50 cent King George V keluaran tahun 1920.

Syiling King George VI




Koleksi Syiling King George VI.

Queen Elizabeth






Koleksi syiling Queen Elizabeth Malaya & British Borneo. Syiling 50 cent juga terbelah sama dengan duit 50 sen Malaysia tahun 1967 hingga 1969.

Syiling Thailand



Sebenarnya aku tak berapa faham sangat syiling Thailand ni, sebab dah lama tak guna, sejak pergolakan di Selatan Thailand aku jarang sangat ke sana untuk membeli barang. Bila balik kampung aku ke sana pun secara tergesa-gesa saja membeli keperluan.

Koleksi di atas aku ambil sekeping bagi setiap jenis syiling Thailand yang ada dalam simpanan aku.

Koleksi duit RM1 Syiling M'sia.


Koleksi di atas adalah duit Malaysia RM1 syiling yang diperkenalkan mengganti duit RM1 kertas Msia siri ke 6. Duit ini diperkenalkan (pada anggapan saya) kerana pada waktu itu sekitar tahun 1989 dan 1990 banyak terdapat duit RM1 kertas yang diconteng. Alasan yang diberikan adalah orang ramai kurang merasa sayang kepada duit RM1 kertas, maka berlaku contengan terhadap wang kertas RM1 secara berleluasa sehingga ke satu tahap kerajaan tidak akan menerima jika duit diconteng.

Selepas syiling ini diperkenalkan, terdapat rasa tidak puas hati orang ramai kerana syiling ini agak berat jika dibawa dalam jumlah yang banyak, maka pada masa yang sama kerajaan mengeluarkan wang kertas bernilai RM2 sebagai alternatif bagi mengatasi perkara itu.

Koleksi di atas adalah sekeping bagi setiap tahun dari tahun 1990 hingga 1996.

Sunday, May 24, 2009

surprised...

Hari jumaat.. rase best sikit sbb sok cuti, leh rehat2 bersama keluarga. Oh ye..lupe kete wat hal sket, bateri dah kong.. So, pagi tadi g hantar annur & gi keje dgn moto..preng2... beli bateri kete kt kedai sebelah opis nih.. balik, hubby pasang sendiri.. Alhamdulillah, semua nye ok..

Malam tgh tgk citer yang dah lamer x tgk kt tv.. Van Helsing.. Baby pun dah tido.. dalam dok sedap2 tgk tv tuh.. terdengar de org kt luar cakap2 (gaya percakapan cm org penang). Wat dek jer, teruskan menonton tv..waktu tuh dah nak dekat kul 1 pagi kot..

Tiba2...
'Assalamualaikum'.. de dgr org bgi salam.. Aik.. dlam hati bgi salam kat rumah aku ke? Pas2 tiba2 cam terperasan, tu macam suara mak aku.. Ye ke?
Lepas menjawab salam, bukale pintu dgn penuh yakin.. Mmg betul pun dugaan aku.. Mak, ayah, adik 2 orang tu, abg ngah & isteri& anak die dtg.. Cis, wt kejutan rupanya..aiyoo..

Baby aku pun dari tgh tido, tiba2 plak bangun.. hahaaha.. bgn la dulu..jap2 lagi tido balik.. dgn kelambu terpasang, aku pun buka le balik.. patut le tghri jumaat tu, adik yg pompuan kol.. rupa2nya ade udang disebalik mee nih..

So, weekend hari tu, penuh dgn suara2 family kt rumah sewa tuh.. Sabtu petang kuar g tgk rumah yang bakal aku duduki...(InsyaAllah).. pas2 g makan satay hj. samuri kt gombak nih (favourite ayah aku nih...), pas2 terus g jusco jln2.. (mak aku mmg suker).. Penat dah jln kt jusco, sampai bby ttido.. pegi plak minum2 air jus buah kt jln gombak.. malamnye, aku mmg xlarat dah, so mak,ayah & adik pompuan aku kuar g uptown danau kota..tpi xbeli ape pun..huhuhu.. Hari ahad tghri, family bertolak balik..

Baby aku nih, dgn pak ngah die je mau manja.. pas2 dgn wan die, dgn pak su die (adik llaki aku).. dgn acik die (adik pompuan aku).. jinak2 burung merpati la..saje je die kacau adik aku..bila acik die nk amek, terus wt lembik..hahhaaa.. Selalunya, ikut rekod, adik aku kira hebatla..semua anak sedara suker kt die.. kdg2 budak2 kecik lain pun suker.. nih baby aku kira pecah rekod la..at last, baru la mau bermesra dgn adik aku tuh..huhu..dgn mak aku lagi die wt jual mahal..xnak langsung nih..siap nangis lagi mase mak aku amek die..aiya.. tapi pandai manja dgn wan die..huhu..ayah aku pe lagi, kira soh bawak balik kg je bdk kecik tu..huhu..nangis aku kang..hahaha..

Nyway, satu weekend yang menarik.. dan dgn tiba2 je rumah tu btukar dari bising dgn suara2, trus senyap sunyi.. Tinggallah kami b3 meneruskan kehidupan di rumah tu lagi...kehidupan mesti diteruskan...

p/s: life is beautiful....

Thursday, May 21, 2009

rempit oh..rempit !!

Salam.. lately penulis tak tahu nak masukkan entry apa.. leh dikatakan kehilangan idea. Penulis pun agak bizi le kebelakangan ni. Anyway, hari ni kita cakap pasal rempit.. Mat Rempit.. Rasanya xperlu lagi penulis ceritakan apakah dan siapakah rempit ini.. Rata-rata rakyat Malaysia kenal siapa itu mat rempit. Malah golongan ini dikatakan sudah semakin berani melakukan jenayah-jenayah di jalanan. Betulkah golongan ini yang melakukannya? Atau ada pihak yang sekadar meneguk di air keruh?

Pihak berkuasa cuba menjalankan pelbagai cara dalam menangani masalah remaja ini. Namun, sehingga kini masalah tersebut masih lagi menjadi topik hangat perbualan. Kalau tidak, masakan penulis mengutarakan topik ini ketika ini. (huahuhaa..)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes ragut/samun di jalanan yang dikatakan dilakukan oleh golongan rempit ini. Pelbagai jenis mangsa telah diragut, termasuklah wanita mengandung. Tiada siapa sangka individu ini telah atau bakal dijadikan mangsa ragut, namun hakikat sudah tertulis. Bahkan hanya berbekalkan RM3, nyawa melayang sekelip mata...

Baru-baru ini pihak berkuasa melabelkan mat rempit ini sebagai samseng jalanan.. satu nama yang pada pendapat penulis kedengaran agak menakutkan.. Namun adakah mereka ini akan berubah semata-mata kerana nama atau gelaran? Penulis berpendapat, walau apa jua nama gelaran yang diberikan, mat rempit tetap mat rempit. Hanya diri mereka sendiri yang bisa mengubah siapa mereka. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan mungkin mat-mat rempit di luar sana bangga kerana dilabelkan sedemikian.

Pada usia remaja inilah yang membangkitkan perasaan mereka. Bangga dikatakan samseng, itu bukan perkara luar biasa. Malah, jika silap perkiraan, mereka ini mungkin boleh bertindak sebenar-benar samseng. Suami penulis pernah menyuarakan agar diberi nama yang lebih baik - lebai rempit contohnya, kerana pada beliau mudah-mudahan jika selalu disebut golongan jika mungkin akan berubah. Berkat doa rakyat Malaysia, mana lah tau sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Jika benar, penulis antara orang yang gembira akan perubahan tersebut.

Remaja-remaja inilah sebenarnya harapan bangsa dan negara. Golongan remaja merupakan golongan yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Maka, seharusnya mereka perlu bertindak seperti mana seorang pemimpin. Sekurang-kurangnya pimpinlah diri sendiri. penulis tidak mengatakan bahawa semua mat-mat rempit seperti ini. Ada mereka yang sekadar menjadikan ia hiburan. Namun, harus diingatkan supaya hiburan ini perlu dikawal. Jika tidak, perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

Apakah masalah sebenar mat-mat rempit ini? Adakah disebabkan kurangnya litar-litar lumba yang membolehkan mereka beraksi? Adakah dengan membina lita-litar lumba, masalah ini akan selesai? Marilah sama-sama kita renungkan. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan, bukan sahaja merosakkan diri mereka, malah nama negara, agama dan bangsa akan terjejas. Atau isu ini hanya dikatakan seketika? Mungkinkah ia akan hilang ditelan masa? Dan berapa ramaikah mangsa yang perlu menjadi korban sebelum hilangnya masalah ini?

Jika berlaku kecelakaan di jalan raya, malah melibatkan orang yang tidak bersalah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah kesalahan perlu diletakkan kepada mereka yang menjadi mangsa? Apakah perasaan golongan yang melakukannya? Gembira, bangga atau rasa bersalah? Sesungguhnya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Jika terdapat nyawa mereka yang tidak bersalah melayang, tiada guna andai air mata darah dikeluarkan sekalipun.. Hukuman apakah yang patut diberikan kepada golongan ini? Adilkah hukuman yang bakal dilaksanakan? Sama-samalah kita renungkan permasalahan ini. Kepada golongan rempit di luar sana, penulis benar-benar berharap agar anda menyedari akan tindakan anda ini sebenarnya membawa kepada keburukan.. Salam hormat buat semua.

Gambar Belangkas