Monday, May 25, 2009
Koleksi duit RM1 Syiling M'sia.
Koleksi di atas adalah duit Malaysia RM1 syiling yang diperkenalkan mengganti duit RM1 kertas Msia siri ke 6. Duit ini diperkenalkan (pada anggapan saya) kerana pada waktu itu sekitar tahun 1989 dan 1990 banyak terdapat duit RM1 kertas yang diconteng. Alasan yang diberikan adalah orang ramai kurang merasa sayang kepada duit RM1 kertas, maka berlaku contengan terhadap wang kertas RM1 secara berleluasa sehingga ke satu tahap kerajaan tidak akan menerima jika duit diconteng.
Selepas syiling ini diperkenalkan, terdapat rasa tidak puas hati orang ramai kerana syiling ini agak berat jika dibawa dalam jumlah yang banyak, maka pada masa yang sama kerajaan mengeluarkan wang kertas bernilai RM2 sebagai alternatif bagi mengatasi perkara itu.
Koleksi di atas adalah sekeping bagi setiap tahun dari tahun 1990 hingga 1996.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment