Monday, May 25, 2009

Koleksi duit RM1 Syiling M'sia.


Koleksi di atas adalah duit Malaysia RM1 syiling yang diperkenalkan mengganti duit RM1 kertas Msia siri ke 6. Duit ini diperkenalkan (pada anggapan saya) kerana pada waktu itu sekitar tahun 1989 dan 1990 banyak terdapat duit RM1 kertas yang diconteng. Alasan yang diberikan adalah orang ramai kurang merasa sayang kepada duit RM1 kertas, maka berlaku contengan terhadap wang kertas RM1 secara berleluasa sehingga ke satu tahap kerajaan tidak akan menerima jika duit diconteng.

Selepas syiling ini diperkenalkan, terdapat rasa tidak puas hati orang ramai kerana syiling ini agak berat jika dibawa dalam jumlah yang banyak, maka pada masa yang sama kerajaan mengeluarkan wang kertas bernilai RM2 sebagai alternatif bagi mengatasi perkara itu.

Koleksi di atas adalah sekeping bagi setiap tahun dari tahun 1990 hingga 1996.

Sunday, May 24, 2009

surprised...

Hari jumaat.. rase best sikit sbb sok cuti, leh rehat2 bersama keluarga. Oh ye..lupe kete wat hal sket, bateri dah kong.. So, pagi tadi g hantar annur & gi keje dgn moto..preng2... beli bateri kete kt kedai sebelah opis nih.. balik, hubby pasang sendiri.. Alhamdulillah, semua nye ok..

Malam tgh tgk citer yang dah lamer x tgk kt tv.. Van Helsing.. Baby pun dah tido.. dalam dok sedap2 tgk tv tuh.. terdengar de org kt luar cakap2 (gaya percakapan cm org penang). Wat dek jer, teruskan menonton tv..waktu tuh dah nak dekat kul 1 pagi kot..

Tiba2...
'Assalamualaikum'.. de dgr org bgi salam.. Aik.. dlam hati bgi salam kat rumah aku ke? Pas2 tiba2 cam terperasan, tu macam suara mak aku.. Ye ke?
Lepas menjawab salam, bukale pintu dgn penuh yakin.. Mmg betul pun dugaan aku.. Mak, ayah, adik 2 orang tu, abg ngah & isteri& anak die dtg.. Cis, wt kejutan rupanya..aiyoo..

Baby aku pun dari tgh tido, tiba2 plak bangun.. hahaaha.. bgn la dulu..jap2 lagi tido balik.. dgn kelambu terpasang, aku pun buka le balik.. patut le tghri jumaat tu, adik yg pompuan kol.. rupa2nya ade udang disebalik mee nih..

So, weekend hari tu, penuh dgn suara2 family kt rumah sewa tuh.. Sabtu petang kuar g tgk rumah yang bakal aku duduki...(InsyaAllah).. pas2 g makan satay hj. samuri kt gombak nih (favourite ayah aku nih...), pas2 terus g jusco jln2.. (mak aku mmg suker).. Penat dah jln kt jusco, sampai bby ttido.. pegi plak minum2 air jus buah kt jln gombak.. malamnye, aku mmg xlarat dah, so mak,ayah & adik pompuan aku kuar g uptown danau kota..tpi xbeli ape pun..huhuhu.. Hari ahad tghri, family bertolak balik..

Baby aku nih, dgn pak ngah die je mau manja.. pas2 dgn wan die, dgn pak su die (adik llaki aku).. dgn acik die (adik pompuan aku).. jinak2 burung merpati la..saje je die kacau adik aku..bila acik die nk amek, terus wt lembik..hahhaaa.. Selalunya, ikut rekod, adik aku kira hebatla..semua anak sedara suker kt die.. kdg2 budak2 kecik lain pun suker.. nih baby aku kira pecah rekod la..at last, baru la mau bermesra dgn adik aku tuh..huhu..dgn mak aku lagi die wt jual mahal..xnak langsung nih..siap nangis lagi mase mak aku amek die..aiya.. tapi pandai manja dgn wan die..huhu..ayah aku pe lagi, kira soh bawak balik kg je bdk kecik tu..huhu..nangis aku kang..hahaha..

Nyway, satu weekend yang menarik.. dan dgn tiba2 je rumah tu btukar dari bising dgn suara2, trus senyap sunyi.. Tinggallah kami b3 meneruskan kehidupan di rumah tu lagi...kehidupan mesti diteruskan...

p/s: life is beautiful....

Thursday, May 21, 2009

rempit oh..rempit !!

Salam.. lately penulis tak tahu nak masukkan entry apa.. leh dikatakan kehilangan idea. Penulis pun agak bizi le kebelakangan ni. Anyway, hari ni kita cakap pasal rempit.. Mat Rempit.. Rasanya xperlu lagi penulis ceritakan apakah dan siapakah rempit ini.. Rata-rata rakyat Malaysia kenal siapa itu mat rempit. Malah golongan ini dikatakan sudah semakin berani melakukan jenayah-jenayah di jalanan. Betulkah golongan ini yang melakukannya? Atau ada pihak yang sekadar meneguk di air keruh?

Pihak berkuasa cuba menjalankan pelbagai cara dalam menangani masalah remaja ini. Namun, sehingga kini masalah tersebut masih lagi menjadi topik hangat perbualan. Kalau tidak, masakan penulis mengutarakan topik ini ketika ini. (huahuhaa..)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes ragut/samun di jalanan yang dikatakan dilakukan oleh golongan rempit ini. Pelbagai jenis mangsa telah diragut, termasuklah wanita mengandung. Tiada siapa sangka individu ini telah atau bakal dijadikan mangsa ragut, namun hakikat sudah tertulis. Bahkan hanya berbekalkan RM3, nyawa melayang sekelip mata...

Baru-baru ini pihak berkuasa melabelkan mat rempit ini sebagai samseng jalanan.. satu nama yang pada pendapat penulis kedengaran agak menakutkan.. Namun adakah mereka ini akan berubah semata-mata kerana nama atau gelaran? Penulis berpendapat, walau apa jua nama gelaran yang diberikan, mat rempit tetap mat rempit. Hanya diri mereka sendiri yang bisa mengubah siapa mereka. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan mungkin mat-mat rempit di luar sana bangga kerana dilabelkan sedemikian.

Pada usia remaja inilah yang membangkitkan perasaan mereka. Bangga dikatakan samseng, itu bukan perkara luar biasa. Malah, jika silap perkiraan, mereka ini mungkin boleh bertindak sebenar-benar samseng. Suami penulis pernah menyuarakan agar diberi nama yang lebih baik - lebai rempit contohnya, kerana pada beliau mudah-mudahan jika selalu disebut golongan jika mungkin akan berubah. Berkat doa rakyat Malaysia, mana lah tau sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Jika benar, penulis antara orang yang gembira akan perubahan tersebut.

Remaja-remaja inilah sebenarnya harapan bangsa dan negara. Golongan remaja merupakan golongan yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Maka, seharusnya mereka perlu bertindak seperti mana seorang pemimpin. Sekurang-kurangnya pimpinlah diri sendiri. penulis tidak mengatakan bahawa semua mat-mat rempit seperti ini. Ada mereka yang sekadar menjadikan ia hiburan. Namun, harus diingatkan supaya hiburan ini perlu dikawal. Jika tidak, perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

Apakah masalah sebenar mat-mat rempit ini? Adakah disebabkan kurangnya litar-litar lumba yang membolehkan mereka beraksi? Adakah dengan membina lita-litar lumba, masalah ini akan selesai? Marilah sama-sama kita renungkan. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan, bukan sahaja merosakkan diri mereka, malah nama negara, agama dan bangsa akan terjejas. Atau isu ini hanya dikatakan seketika? Mungkinkah ia akan hilang ditelan masa? Dan berapa ramaikah mangsa yang perlu menjadi korban sebelum hilangnya masalah ini?

Jika berlaku kecelakaan di jalan raya, malah melibatkan orang yang tidak bersalah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah kesalahan perlu diletakkan kepada mereka yang menjadi mangsa? Apakah perasaan golongan yang melakukannya? Gembira, bangga atau rasa bersalah? Sesungguhnya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Jika terdapat nyawa mereka yang tidak bersalah melayang, tiada guna andai air mata darah dikeluarkan sekalipun.. Hukuman apakah yang patut diberikan kepada golongan ini? Adilkah hukuman yang bakal dilaksanakan? Sama-samalah kita renungkan permasalahan ini. Kepada golongan rempit di luar sana, penulis benar-benar berharap agar anda menyedari akan tindakan anda ini sebenarnya membawa kepada keburukan.. Salam hormat buat semua.

Tuesday, May 19, 2009

i'm excited..

Salam.. lately nape tah, asyik teringat jer perniagaan online.. rase bangga plak bile tahu de kenalan (melalui internet juga) yg bniaga online nih..maknanye dorang nih berani ambil risiko.. xmacam penulis nih... lau nak ikutkan hati..mmg penulis rasa nak juga bniaga online nih.. cuma kadang2 takut bila memikirkan risiko yg berjuta-juta macam nih..
Semalam, dgn panjang lebarnya borak2 dgn hubby (sampai luper nak mandi..HAhHAaaaa..).. seronot sgt penulis borak psl internet marketing (IM) / Business Online nih.. Rupa2nya berpengetahuan luas juga suami aku nih..hihi..
So, kesimpulan yg penulis dapat adalah..
1st thing, to get rid my unsecure feeling psl online business nih.. Aku perlu berani mengambil risiko.
Then, aku perlu tetapkan what kind of business i want to do.. nih yg dok pk2 lagi.. de dah something yg bermain di fikiran..tapi let it be a surprise first.. biar mnjadi dulu..
pas2..byk benda lagi sebenarnye yg penulis tidak tahu psal business online nih.. so, penulis perlu lah melengkapkan diri dgn ilmu yg sebaik-baiknya... i need your help, my hubby..
Actually, i'm working on something rit now.. tapi biarlah penulis jayakan dulu.. nnti baru citer.. nak tetapkan minda & niat dulu.. then kena create & jayakan...hahahHHAHaa..
So, doakan le penulis berjaya dalam benda yg penulis cuba lakukan ini, yg penting..(apa yang penting..kerjasama..- lagu wonderpets yg xhabis2 diulang oleh penulis & suami penulis ketika borak2...) yg ptg, perkara ini adalah utk kebaikan..bkn utk kjahatan.. doakan saya ye..
terima kasih..

Monday, May 18, 2009

Siri RM5 Malaysia

RM5 siri pertama (tahun 1967 hingga 1972) Signed by Tun Ismail Md Ali.

RM5 siri ke 2 (tahun 1972 hingga 1976) signed by Tun ismail Md Ali.

RM5 siri ke 3 ( tahun 1976 hingga 1981) signed by Tun Ismail Md Ali.


RM5 siri ke 4, (1981 hingga 1983) signed by Tan Sri Aziz Taha.


RM5 siri ke5 keluaran tahun 1983 hingga 1984 dengan rekabentuk baru , signed by Tan Sri Aziz Taha dengan palang di tiang bendera.


RM5 siri ke6 (1986 hingga 1987) signed by Tan sri jaffar husin dengan palang di tiang bendera.


RM5 siri ke 7, keluaran tahun 1991, signed by Tan sri jaffar Hussin tanpa palang di tiang bendera.

RM5 siri ke 8, keluaran 1995 cetakan oleh Thomas De La Rue dan signed by Ahmad Mohd Don, sama dengan siri ke 7. Keluaran tahun 1998 cetakan oleh Canadian Banknotes.

Siri ke 9 RM5 ,Paper Money keluaran 27.9.1999 signed by Ali Abul Hassan Sulaiman


Siri ke 10 RM5 Paper Money Signed by Zeti Aziz

Siri ke 11 RM5 polimer signed by Zeti Aziz

tag from hany...

Salam. pagi tadi bukak blog sorang member nih.. tup2 nampak tag die.. skali bile tgk..de plak die tag kan nama kite..huhu.. xpela..layan jer...
  1. Bekas kekasih saya adalah
    xde bekas2 la...yg 1st dh jadik suami sayer...
  2. Saya sedang mendengar
    tul2 sedang xde..tapi baru pas dgr satu lagu dikir barat kt thr..kt kedai makan...
  3. Mungkin saya patut
    tukar hp saya yg selalu bengong..asyik2 nk restart..cm pc lak..hp yg pkai xsampai setahun nih..huhu..
  4. Saya suka beli
    barangan utk baby kecil saya yg sorang tu.. asyik kuar..asyik nmpak barang die jer...cian abah die..
  5. Sahabat-sahabat baik
    sesape yg penah kawan dgn saya & yg xpenah betray saye...
  6. Saya tak faham
    nape bbdak yang practikal xnak amek peluang sebaiknya...
  7. Saya kehilangan
    radio, lcd dalam kete dek kerana orang yg xde hati perut..cian kete saya...xpe..xpe.. (biarpun dah lama..tpi masih segar dlm ingatan..)
  8. Ramai yang berkata
    baby saya comey macam saye...(hahahHHAhhhaa...)
  9. Makna nama
    xtau la..lau hafiz=penjaga (nama suami saya)..lau siti nurafiza...pandai2 la sendiri...
  10. Cinta itu adalah
    anugerah Ilahi.. xsalah bercinta, salah apabila menyalahgunakan cinta...
  11. Di suatu tempat
    ada pemandangan yang sangat cantik, dgn bunga2 yg berguguran..de saya bersama org2 yg tercinta...
  12. Saya akan
    join the collegue utk penerangan RO system utk bbdk practikal....
  13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
    Allah yang satu...Kekal selamanya...
    Tiba2 teringat lagu Faizal Tahir..sampai syurga
    Kekal tuk selamanya biar sampai syurga...lallalala.......
  14. Telefon bimbit saya
    K660i..warna hijau putih...cam apple...tapi igt nak tukar..nak beli yg lebih kurang, sbb de video call..lh call kg dgn video...
  15. Bila saya terjaga dari tidur
    Alhamdulillah..masih bernafas aku nih..nampak plak baby kecil tu senyum2 di sebelah abah die yg tidur.....indah hidup rasenye..alhamdulillah...
  16. Saya paling meluat apabila orang
    mencuri kesenangan daripada dari kesusahan orang lain (bukan bijak ambil peluang, tapi mcuri kesempatan dgn cara jahat...kena la berusaha utk bjaya...
  17. Pesta/parti adalah
    Pesta Pulau Pinang..hahhaaa..
  18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
    kumbang yang bermuka orang.. (comel ke menakutkan??)
  19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
    Mase kecik2 besh kot..sebab lh main banyak2.. tapi semua peringkat umur ade ke'best'an sendiri..
  20. Hari ini
    Kena keje selepas berehat di hujung minggu...
  21. Malam ini saya akan
    tak sure lagi...
  22. Esok pula saya akan
    Kalau dipanjangkan umur, saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslimah, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang kakak, seorang adik dan seorang pekerja....
  23. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..Alhamdulillah..tapi kena cepat..sebab dah lambat nak masuk opis nih....
  24. Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
    sogo kot..tah la..mana2 yg dapat barang murah & berpatutan....
  25. Makanan Barat atau Jepun
    Tgk criter cam besh makanan Jepun..tapi takut xleh terima..mase kt korea pun.telan sebab tpaksa...
  26. Bilik yang terang atau gelap
    tengah2..xdela gelap, xde la cerah.. tpi lau nak tido tu..mane2 pun boleh...
  27. Makanan segera adalah menggemukkan
    mmg...tapi nak wt cmner..dah suker...
  28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
    naper ek?.. (menyoalkan nape harga rumah makin naik plak skang...
Jom sambung..hehe..sorila..saya xde keje nih..so, org kt bawah lau xde keje..lh la...
  1. encik hafiz
  2. azman
  3. miey
Ok..nak sambung keje....

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru..

Guru,
Terima kasih atas jasamu,
yang tidak jemu mengajar kami anak didikmu,
mengenal ABC, mengira 123..

Guru,
Ibarat cahaya yang menerangi kehidupan kami,
Yang tanpa jemu mengajar & mendidik,
Sungguh mulia jasamu,
Tidak terbalas didikanmu,

Guru,
Masa yang kau luangkan untuk kami,
dalam usaha mengajar dan mendidik,
Sungguh begitu berharga dalam diri ini

Segala tunjuk ajar mu,
Telah menjadikan diriku,
Seperti hari ini,
Teriama kasih buatmu,
Guru...

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru/cikgu di Malaysia. Sungguhpun penulis bukanlah seorang pelajar yang nakal di sekolah (kononla..), namun ampun dan maaf buat guru-guru yang pernah mengajar penulis dulu. Selamat Hari Guru bukan hanya untuk guru-guru sekolah, namun pada penulis ia juga untuk pengajar-pengajar kelas tambahan, tutor dan juga pensyarah di universiti. Tanpa mereka, curahan ilmu tidak mungkin sampai dan tersemat dalam fikiran kita semua.

Selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Penang (Tahun 1989-1993), cikgu-cikgu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (Tahun 1994-1999), pensyarah KMM, Melaka (2000-2002) dan Pensyarah Bioteknologi UPM (2002-2005). Terima kasih semua. Jasa kalian semua sentiasa dihargai.

Gambar Belangkas