Hal dunia
Hal dunia
Wednesday, September 2, 2015
Seorang lagi suspek bom ditangkap
BEBERAPA pegawai tentera mengiringi seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan letupan bom di Bangkok selepas berjaya menahannya di pusat pemeriksaan Sa Kaeo berhampiran sempadan Thailand-Kemboja semalam.
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-0-Cha berkata, seorang lelaki warga asing dipercayai suspek utama serangan bom di Bangkok telah ditahan semalam di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan Kemboja iaitu warga asing kedua ditahan setakat ini.
Kejadian letupan bom pada 17 Ogos lalu merosakkan sebuah kuil di tengah kota Bangkok dan menyebabkan 20 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong asing etnik Cina.
Prayut yang juga pemimpin junta tentera berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin penahanan seorang lagi suspek.
“Memang benar. Lelaki itu telah ditahan di pusat pemeriksaan Sa Kaeo. Kami sedang menyoal siasat suspek. Dia merupakan suspek utama dan seorang warga asing,” katanya ketika memaklumkan suspek ditahan awal pagi semalam, berkemungkinan ketika cuba melarikan diri.
Pusat pemeriksaan itu terletak di sebuah bandar sempadan yang sibuk tetapi mundur dan merupakan laluan transit untuk penyeludupan barang antara kedua-dua negara tersebut.
Motif sebenar serangan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sejarah Thailand itu masih diselubungi misteri. Kuil tersebut merupakan tapak popular dalam kalangan pelancong asing etnik Cina ke Bangkok.
Antara punca yang disyaki motif penyerang termasuk perbalahan politik teruk di Thailand, kumpulan jenayah terancang, militan Islam, pemberontak di selatan negara ini dan penyokong pelarian minoriti Uighur dari China.
Thailand menghantar pulang 109 pelarian Uighur ke China pada Julai lalu sehingga menimbulkan kemarahan penyokong etnik minoriti tersebut yang mendakwa mereka berdepan seksaan dan penindasan di tanah air sendiri.
Seorang warga asing ditahan Sabtu lalu di sebuah pangsapuri di pinggir Bangkok dan didakwa memiliki bahan-bahan membuat bom selain memiliki berpuluh-puluh pasport palsu Turki. Suspek pertama itu kini dalam tahanan tentera tetapi identitinya belum didedahkan kepada umum. – AFP
Artikel Penuh:
http://hmetro.com.my
http://kosmo.com.my
http://hal-dunia.blogspot.comHakcipta terpelihara
Newer Post
Older Post
Home
Gambar Belangkas
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
Kilang Gula & Terowong zaman `WW||`??
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
Bila Awek Melayu Bangga Berselfie Dengan Kekasih.....