Wednesday, August 19, 2015
Tempoh masa bagi sebuah entri blog.
Tempoh masa bagi sebuah entri blog. Aku sering tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang perlu di ambil oleh seseorang blogger itu bagi menyiapkan sebuah entri atau artikel di blog mereka. Ini pada aku adalah suatu perkara yang penting yang perlu dilihat oleh setiap blogger. Bagi sebuah entri atau artikel yang berkualiti, sudah pasti banyak info dan maklumat mengenainya. Ianya sudah pasti bukan mudah untuk dihasilkan. Soalan aku, berapakah tempoh masa bagi sebuah entri blog seperti ini boleh disiapkan? 1 jam? 3 jam? 1 hari? Atau mungkin lebih daripada itu?
Bagi sebuah entri berbentuk peribadi, dengan menggunakan bahasa perbualan, ianya sudah pasti mudah dihasilkan. Jika masa yang di ambil bagi menyiapkan entri seperti ini bersamaan 15minit *lebih atau kurang* berapa banyak entri yang mampu dihasil dalam masa 1 hari? Semua perkara ini bermain di dalam fikiran aku sekarang. Berapa cepatkah aku mampu menyiapkan sesebuah entri untuk blog ceritaejoy ini.
Masa peribadi seorang blogger juga memainkan peranan. Blogger sepenuh masa mempunyai masa khas untuk menyiapkan entri mereka. Masa mereka sudah pasti tertumpu kepada blog. Berbeza dengan blogger separuh masa. Mereka perlu membahagikan masa mereka di antara kerjaya dan blogging. Disinilah penting kepantasan seorang blogger itu di dalam menyiapkan sesebuah entri.
Apa yang aku nampak, selain idea, bakat penulisan juga memainkan peranan yang penting. Mereka yang sudah biasa atau punya pengalaman yang luas di dalam bidang penulisan, sudah pasti tidak mempunyai banyak masalah di dalam menghasil entri-entri yang berkualiti. Boleh jadi 3 atau lebih entri boleh disiapkan di dalam 1 hari.
Fuh! Kalau di tanya pada aku, memang aku mengambil masa berhari-hari. Selesai menulis 1 entri, aku akan baca semula, dan betulkan jika ada ayat yang salah. Ada juga entri yang aku padam selepas selesai penulisan. Kerana terlalu banyak mengarut daripada menyampaikan apa yang sepatutnya aku sampaikan. Aku sendiri masih merasakan, aku bukanlah seorang penulis, kerana terlalu banyak perkara yang perlu aku belajar. Inilah aku.
Bagaimana pula dengan anda, para blogger malaysia? Berapakah tempoh masa yang di ambil bagi menyiapkan sebuah entri blog?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment