Tuesday, August 11, 2015

GEMPAR!!! Masjid Masjid Sudah Mula Dirobohkan. Adakah Kita Sudah Dekat Dengan Kiamat?



Terkini, masjid2 di negara ANGOLA mula di robohkan stelah negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yg memutuskan bagi melarang komuniti Muslim di negara tersebut & perkembangan agama Islam. Kerajaan mereka kini sedang giat mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.



Jose Edurado dos Santos iaitu Presiden Angola dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.





Sementara itu Menteri Kebudayaan Angola iaitu Rosa Cruz de Silva , berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dgn budaya penduduk di negara itu.


” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.











DALAM perkembangan lain, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola yang mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.


“Tindakan mereka sangat melampau dan tidak masuk akal. Tindakan mereka ini langsung tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” kata tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.


Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengklasifikasikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.


“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar di dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.


“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” kata Ustaz Fauzi.



Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang sangat tidak berasas.


Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan anggota al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.


Jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat sebenarnya hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di negara itu


Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.


“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana jua mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas