Tuesday, August 18, 2015

GEMPAR!!! MASHAALLAH!!! Sistem Penjara Akhir zaman Menyediakan Bilik SEKS Untuk Banduan.



RIYADH: Meskipun dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair dekat sini, khas untuk banduan militan pengganas IS lebih seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.

Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.

Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda namun, kerajaan tetap menyediakan beberapa bilik khas bagi banduan yang sudah berkahwin.


Sekali sebulan, tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh di dalam kamar khas dilengkapi katil, cadar dan snek ringan bagi dinikmati bersama ketika berasmara.

Selain Al-Hair, Arab Saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya, khusus untuk menghukum banduan pengganas IS agar kembali insaf.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef malah membenarkan wartawan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.

“Kami tidak sembunyikan apa-apa pun. Sila tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan mata,” kata pengarah penjara Al-Hair, Mohammed al-Ahmed, kepada sekumpulan petugas media antarabangsa.

Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.

Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.

Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain.

Lagi Gambar:

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas