Terlalu bangga dengan anak?|ceritaejoy.
Terlalu bangga dengan anak? Ini yang aku rasakan bila berada dalam kelompok rakan-rakan sekerja aku. Bila ada topik perihal anak-anak, pasti akan ada ibubapa yang memuji anak-anak dan ada juga yang seakan ingin memberitahu anak mereka adalah yang terbaik di antara semua.
Bukanlah aku cakap, tak boleh langsung puji anak-anak. Semua orang pun patut bangga dengan anak mereka. Aku pun bangga dengan anak aku. Tetapi, yang aku isukan adalah, pujian yang berlebihan yang kadang-kadang tu macam tak kena langsung.
Biasalahkan, bila ada topik bercerita perihal perangai anak-anak, pasti mereka yang bergelar ibubapa, akan menceritakan anak-anak mereka. Si A akan bercerita perihal anak dia. Si B pulak akan bercerita lebih sedikit, mengatasi anak si A ni tadi, si C pula, akan merakumi cerita si A dan si B ni yang mana, sudah tentu akan melebihi cerita si A dan si B ni. Ha.
Aku? Aku lebih suka berdiam diri. Aku sangat jarang bercerita perihal anak aku dengan sesiapa. Bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan anugerah pemberian Allah ini, cuma aku tidak mahu ada perasaan riak dalam diri aku. Bohonglahkan kalau seseorang tu terlalu memuji anak mereka, dan lansung tidak ada perasaan riak dalam diri tu.
Ada jugak aku dengar cerita rakan-rakan aku mengenai anak mereka. Ada cerita mereka tu, anak aku dah lama buat, tapi tidak aku ceritakan. Aku cuma senyum dan senyum. Biarlah ia menjadi kebanggaan di dalam diri aku dan isteri, serta orang yang rapat dengan aku.
Hehehehe. Kadang-kadang, cerita mereka yang terlalu bangga dengan anak ni, boleh buatkan aku hilang tension. Serius. Sangat menyeronokkkan! Bukanlah aku cakap, semuanya tak bagus, ada juga bagusnya. Yang mana baik, aku ambil la, yang mana berlebihan sangat, aku gelak jelah. Hahahahhaha.
Macamana pula dengan anda?
Haffizul Iskandar
No comments:
Post a Comment