Sifat orang melayu|Sifat sebenar orang kita.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terasa macam nak bercerita, diantara sifat orang-orang kita yang sememangnya sudah diketahui semua. Bukanlah aku mengatakan semua orang kita mempunyai sifat macam ni, cuma segelintir sahaja. Cumanya, bila kita berbicara perihal perkara ni, ramai yang akan mengatakan, ya! Inilah sifat sebenar orang kita.
Ok, apa sifat yang cuba aku sampaikan ni? Sifat itu adalah, "hasad dengki". Sekali lagi ya, aku tidak mengatakan kepada semua, cuma segelintir sahaja. Cumanya, bila aku berbual mengenai perkara ni dengan rakan-rakan, pasti semuanya akan bersetuju. Memang inikah sifat terbesar dalam diri orang kita?
Mula sekali, siapa yang percaya pada mimpi? Aku pernah bercerita mengenai mimpi di sini : Mimpi : Mainan tidur atau petunjuk?
Semalam aku bermimpi lagi, dalam mimpi aku tu, aku didatangi seorang wanita yang berpesan kepada aku, supaya menjaga keluarga aku dengan baik. Katanya, ada orang yang tidak suka melihat aku dan keluarga. Kerana, walaupun aku di dalam kategori suami yang bekerja sendirian, tetapi masih mampu memiliki kesemuanya. Aku terjaga dari mimpi jam 0300am. Bila terjaga tu, aku bangun, lepas tu aku pasang beberapa ayat al-quran sambil tengok wife dengan anak aku sikit punya nyenyak tidurnya.
Mungkin ada yang menganggap mimpi itu sekadar mainan tidur, tetapi tidak pada aku. Sebabnya aku pernah terkena dulu. Ada sahaja manusia yang iri hati dan tidak senang melihat kita senang. Perasaan hasad dengki manusia tu terlalu kuat. Yang peliknya manusia macam ni, mereka juga buat perkara yang sama!
Berkaitan dengan apa yang aku ada. Itu dinamakan rezeki. Dan rezeki tidak datang bergolek. Perlulah usaha yang kuat. Kalau dah jenis pemalas, tapi nak semua benda, tak perlulah nak iri hati dengan orang lain. Orang lain, usaha pagi petang siang malam untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Tak perlulah bandingkan dengan mereka yang hanya duduk diam tetapi memasang impian yang tinggi.
Sifat hasad dengki ni memang tak kemana kan? Pernah dulu, waktu aku masih di dalam production line, ada seorang pekerja yang cuba menjatuhkan aku di mata majikan aku. Aku sendiri tak pasti, kenapa manusia tu berperangai sedemikian. Di hantarnya aku ke bahagian lain, dalam usaha, supaya aku menjadi tension dan berhenti kerja. Alhamdulilah, aku menjadi lebih senang di bahagian baru dan tahu apa yang terjadi kepada manusia ni tadi? Dia pula yang berhenti kerja kerana tension. Aku percaya sangat dengan hukum Allah. Jika kita bersabar, pasti akan ada balasannya.
Cumanya, hasad dengki manusia ini pasti ada. Mungkin terlalu kasar untuk aku cakap yang ianya adalah sifat sebenar orang kita. Tapi inilah hakikatnya. Bukanlah aku cakap, semua orang ada sifat ini, bukan itu maksud aku. Tapi hampir kebanyakkan rakan-rakan terdekat aku, mengatakan perkara yang sama.
Semoga aku dan keluarga di lindungi hendaknya. Amin.
No comments:
Post a Comment