Monday, April 6, 2015

Parlimen lulus RUU tahan tanpa bicara

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan diluluskan di Dewan Rakyat pada malam ini walau mendapat tentangan keras MP pembangkang.

Ia diluluskan tanpa sebarang pindaan pada jam 2.25 pagi Selasa dengan 79 undi menyokong dan 60 undi menentang.


Jam Dewan Rakyat dihentikan sebelum tengah malam tadi untuk membolehkan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Usul untuk menghentikan jam itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Rosnah Shirlin.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada, Isnin dan diluluskan kira-kira 14 jam perbahasan.

Usaha oleh Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) untuk merujuk rang undang-undang itu ke jawatankuasa terpilih parlimen dan juga usaha untuk memindanya juga tidak berhasil.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin minggu lalu.

Pembangkang bimbang dengan kuasa penahanan tanpa bicara dalam peruntukan itu. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas