Tuesday, April 14, 2015

Murid Didakwa Jangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia

Murid didakwa jangkit H1N1 meninggal dunia|ceritaejoy.


Melaka: Murid lelaki tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck yang didakwa dijangkiti virus Influenza A H1N1 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital swasta, di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ghazali Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Katanya, buat masa ini pihaknya belum mengenal pasti punca sebenar kematian murid berkenaan dan masih dalam siasatan.

Kelmarin, satu notis dimuat naik di ruangan Facebook sekolah itu mengatakan seorang muridnya dimasukkan ke hospital kerana dikangkiti virus berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga semalam jabatan kesihatan belum mengesahkan murid berkenaan dijangkiti virus itu.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas