Taipei: Krisis tebusan di sebuah penjara di Kaohsiung, selatan Taiwan berakhir awal pagi semalam apabila enam banduan bersenjata yang menjadikan warden dan dua pengawal sebagai tebusan membunuh diri.
Bagaimanapun, menurut seorang pegawai atasan ketiga-tiga tebusan berkenaan bebas dan selamat.
Kejadian penahanan tebusan itu berlaku selepas pihak berkuasa menolak permintaan banduan terbabit untuk melarikan diri.
Rundingan diadakan selepas mereka berjaya memecah masuk ke dalam bilik senjata dan merampas empat senapang serta enam pistol dan 200 peluru.
Menurut Timbalan Menteri Kehakiman, Chen Ming-tang, banduan terbabit membebaskan semua tebusan kecuali warden sebelum menembak diri mereka, beberapa jam selepas berunding.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment