Friday, February 13, 2015

Buaya Gemuk Mati 'Terlebih Makan'


SEEKOR buaya gemuk berusia 100 tahun mati akibat 'terlebih makan' selepas orang ramai berulang kali mencampakkannya kambing dan ayam berulang kali terhadapnya.

Walaupun pelawat yang berkunjung ke Hazrat Khan Jahan Ali, sebuah tempat yang dianggap suci di selatan-barat Bangladesh percaya memberi makan buaya akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada mereka, ia bagaimanapun membawa nasib buruk kepada buaya di situ, yang mati akibat obesiti.

Berat badan haiwan reptilia itu menunjukkan peningkatan mendadak selepas sentiasa diberi makan kerana ramai penduduk kampung terpaksa berdepan kehidupan terdesak dalam iklim ekonomi yang tidak menentu.

"Kami menyedari masalah ini tetapi tidak pasti apa yang perlu dilakukan.Sudah menjadi satu legenda bagi sesiapa yang memberi makan buaya yang lapar, dipercayai hajat dan keinginan mereka dipenuhi," kata penjaga buaya tersebut, Mohammed Sarwar, 40.

"Biasanya hanya ayam tetapi baru-baru ini orang ramai telah menawarkan lebih banyak makanan, termasuk kambing, yang mereka percaya semakin besar pengorbanan, bermakna mereka akan mendapat peluang yang lebih terhadap apa yang dihajatkan.

Buaya yang mati itu sebenarnya salah seekor daripada empat ekor buaya yang ada di situ. Tiga 'sahabatnya' juga mati akibat makan berlebihan, di mana makanan yang dibawa untuk empat ekor buaya akhirnya dimakan oleh seekor buaya terakhir yang masih hidup. - mStar online

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas