Wednesday, February 4, 2015

Bayi Baru Lahir Meninggal Kerana Diseret Menggunakan Kerusi Roda


HENAN, CHINA: Sungguh tragis buat seorang ibu di sini apabila terpaksa melahirkan anaknya di atas kerusi roda dan lebih menyedihkan anak yang dilahirkan di atas kerusi roda meninggal dunia selepas jatuh diatas lantai dan terseret semasa kerusi roda ditolak laju untuk memasuki bilik bersalin.

Bayi tersebut yang terseret telah mengalami cedera parah dibahgian kepalanya kerana terjatuh kepala dulu menyebabkan tengkoraknya retak.

Kejadian itu berlaku selepas Shang telah dikejarkan ke hospital kerana air ketubannya telah pecah walaupun kandungannya baru berusia 7 bulan.

Semasa sampai beliau telah hampir bersalin tetapi doktor tetap mahu membawanya ke bilik bedah untuk melakuakn pembedahan caesarean terhadapnya.


Beliau telah diletakkan di atas kerusi roda sementara menunggu untuk dimasukkan ke dalam bilik pembedahan dan melahirkan bayi itu bersorangan.

Seorang jururawat telah datang dan terus menolak kerusi roda tersebut tanpa menyedari Shang telah melahirkan anak dan menyebakan bayi tersebut telah jatuh kebawah sambil diseret dengan tali pusat yang belum dipotong.

Kerana kejadian itu Shang dan suaminya bertegas akan mengambil tidakan undung-undang terhadap pihak hospital kerana kecuaian ini.

Doktor yang terlibat telah digantung kerja kerana tidak berunding dengan doktor senior lebih dahulu sementara jururawat tersebut telah diturunkan pangkat kerana membawa pesakit kritikal hanya dengan kerusi roda. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas