JOHOR BAHRU - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berhasrat membeli pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres untuk beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim Liga Malaysia 2016.
Perkara tersebut disahkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkam pihaknya sudah pun melakukan perbincangan dengan ejen pemain tersebut yang kini beraksi bersama pasukan AC Milan.
Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama media dan penyokong JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini. - UTUSAN.
No comments:
Post a Comment