Saturday, August 2, 2014
Kau
Andai diberikan ruang dan peluang, aku tetap tak tahu apa harus aku ucapkan. Nak bersyair lagilah aku buntu. Nak bersajak pun samalah, panjang pendek nafas tak tentu, tak sama, tak merdu. Aku cuma manusia yang tahu 123, yang lurus, yang langsung tak kreatif, susah orang nak terima, tapi itulah aku. Manusia berlidah lembut. Hakikat lebih baik diucapkan. Pedih-pedih ayat lebih baik, asalkan itu kebenaran. Aku tak pandai menyusun pantun, menyusun bunga untuk dijadikan halwa telingan. Itu gila. Aku cuma aku. Keras macam agar-agar. Lembut macam batu. Aku rasa aku belum cukup, berbukit ilmu aku tak dicangkul. Sekadar menjenguk. Aku tahu ilmu itu ada, tapi aku tak hirau. Tak ada yang terkesan dihati. Dosa aku. Daif aku. Aku memang tak sempurna. Pincang sana sini, kosong itu ini. Dunia terlalu besar untuk aku menjadikan aku dilihat. Ahh.. Memang aku tak mahu dilihat. Begitu juga dikenang. Dunia aku kerdil. Aku tak perlu kuasa ajaib, aku ada pencipta. Dia ada untuk aku. Bila adu kata aku redha, dia bagi aku tenang. Apa lagi yang aku nak? Bukanlah aku wajib bersyukur. Dimulut sentiasa lekang bertasbih. Dihati lagilah, 99 paling banyak, nak lebih tu sangatlah jarang. Aku takut nak tengok kiamat, aku tak nak rasa kiamat. Tapi aku tahu kiamat dah dekat. Aku percaya kiamat ada. Tapi aku tak cukup. Dosa macam angin, sentuh pipi, sentuh tangan, sapa sebadan. Menggigil badan bukan bukti aku ada jiwa, langsung tak. Aku menggigil kerana aku tak kuat. Jiwa digoncang. Kelemahan yang nyata. Aku tak daya berjalan, merangkak pun tidak. Aku tak cinta ini lagi. Aku cinta yang dulu. Aku tertekan, tapi bukan terbelenggu. Aku cinta yang sama tapi dah lain. Aku rasa aku sakit. Aku rasa aku dah lesu, aku rasa aku dah penat cinta itu. Aku perlu rehat? Aku tak tahu. Aku bukan lengkap. Kan dah cakap banyak kali. Tak faham ke? Haahhhahaaa.. Memang tak perlu faham. Malaikat takan tanya pun faham atau tak, buang masa. Dosa ber kilometer aku pun tak dipotong-potong, bertambah panjang adalah. Kenapa ye pari-pari tak datang jenguk. Ke dia datang tapi aku yang tak tahu. Aku yang tak faham. Kemarin, masa maki berbalam, benar jiwa taklah sebaris. Tapi semalam beralun, macam ribut tu taklah, tapi hujan kencang tu adalah. Tapi tak ada yang terkesan. Hakikat memang begitu kan.. Maghrib aku tunduk, isyak aku rebah. Kuat sangat kot. Come on, kenyataan memang gitulah ia, bukannya macam mimpi, bolehlah belalut, pergi bulan makan ais kacang, pergi bintang main bunga api, pergi kelangit buat-buat dahaga. Namapun diawangan. Macam nasi tanpa kuah lah, mengkelan kot. Tapi tu macam khayalan jugak, memalut macam ni pun indah. Cakap apa nak cakap, bukannya kenyataan pun. Aku langsung tak harap orang akan baca. Dunia makinlah kejam. Dah lama tak dipeluk. Dah lama tak disayang. Sebab tu gaduh sana gaduh sini. Perlu agama untuk dijadikan panduan. Percaya aku. Aku rasa itu penting. Wahai kau. Aku cinta kau. Tetap macam dulu. Tolong kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment