Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.
Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.
“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van. - HMetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
Kim Farry dengan kehidupan mewahnya yang gemar berfesyen. SEORANG pencuri, Kim Farry membuat pendedahan mengenai hasil curiannya kini berju...
No comments:
Post a Comment