Sebenarnya trip ke Jerman ini telah di rancang dari penghujung 2013 lagi. Saya ada menulis tentang persiapan dan bajet saya di Merancang Percutian ke Jerman yang saya publish pada bulan Mac lalu. Bolehlah menjadi panduan bagi anda yang ada perancangan untuk sampai ke sana. Tentang bajet tu, hanyalah anggaran kasar saya semata-mata. Korang boleh adjust mengikut kemahuan (wish list) dan kemampuan.
Percutian kali ini saya pergi berdua dengan cinta hati, iaitu encik suami. Bulan May adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami, so kira honeymoon sekali lagi juga la. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami dapat juga ke Jerman. Merasalah en. suami memandu di German Autobahn dan dapatlah saya melihat dan masuk ke dalam istana dunia fantasi Neuschwanstein Castle. Anak-anak tersayang bercuti di kampung nenek mereka di Penang.
Oh ya, nak di jadikan cerita, en. suami terpakai selipar instead of kasut ke Jerman. Kitorang perasan masa dah jauh meninggalkan rumah. Kasut spare tak bawa. Disebabkan tak mau terlambat dan ketinggalan kapal terbang, kami teruskan juga perjalanan ke KLIA. So, bermulalah pengembaraan en. suami ke Jerman dengan hanya berselipar.
Sambil stori-mori saya akan berikan tips dan fakta (Fakta Wow! dan Fakta Euww!) sebagai panduan anda yang bercadang untuk ke sana juga. Enjoy... :-)
PENGEMBARAAN BERMULA..
Perjalanan bermula dari KLIA dengan penerbangan direct MAS pada pukul 12 midnite. Memang tengah malam je flight MAS depart kalu nak ke Europe. Kami duk business class, tapi bayar harga ekonomi. Huhu... best..best! Seat selesa; malam tu boleh tidur nenyak sebab kerusi leh ubah jadi flat bed dan berselimutkan comforter tebal. Tapi yang paling best ialah makanan yang dihidangkan. Supper punyalah heavy macam makan malam sampai 4 courses. Breakfast pon heavy juga macam makan tengahari. In between pon diberikan makan-minum sebagai kudapan juga bila peramugara/peramugari nampak kita tak tidur. In-flight entertainment yang ada memang leh buat kita leka dan hilang mengantuk. Tapi perjalanan 12 jam 25 min tu terlalu lama untuk tidak tidur.
Lamb shank ini adalah hidangan makan lewat malam (supper) saya iaitu course ke-3 selepas 2 courses awal yang sudahpon mengenyangkan. Melayang terus plan diet I.. En. suami surrender takmo makan dah yang 3rd course ni. Kenyang katanya.
Menikmati mixed grills - main course semasa sarapan yang dihidangkan lebih kurang 2jam sebelum kapal terbang mendarat.
Fakta Wow! Di business class, ada tempat solat khas disediakan. Tak perlu solat di kerusi macam naik kelas ekonomi. Alhamdulillah, dapatlah ikut arah kiblat yang sebenar. Jangan lupa ingatkan peramugara/peramugari tu untuk bangunkan kita bila waktu solat dah masuk. Dorang kejutkan kami tepat pada waktunya.
Kami tiba di Frankfurt pada pukul 6pagi lebih sket. Tiba di terminal 2, jadi kena ke terminal 1 dengan menaiki shuttle bus sebab kat sana ada train ke Frankfurt city. Masa kat dalam airport tu, korang ikut je signboard yang tunjuk ke 'Free Shuttle Bus'. Sampai di terminal 1, kitorang pon mula la cari tiket Frankfurt Card 1 Day Pass tu sebab kitorang kat Frankfurt 1 hari je. Dah dapat tiket, terus amik train ke Frankfurt main train station (a.k.a Frankfurt Hbf) sebab hotel yang kitorang dah reserve tu sebelah stesen tu je.
Inilah bas percuma yang menghubungkan Terminal 2 dan Terminal 1. Ada setiap 5min di kedua-dua terminal.
Mesin beli tiket ini ada pilihan bahasa untuk memudahkan pembeli. Klik je kat bendera UK untuk mendapatkan skrin bahasa inggeris. Kalu takde duit Euro, leh pakai kad kredit je. Mesin ni ada di semua stesen keretapi, tram stop station dan lapangan terbang.
Hotel Excelsoir sememangnya dekat sangat dengan Frankfurt Hbf. Ia berada di sebelah kanan stesen. Jalan 2-3 tapak dari pintu keluar stesen dah sampai. Kitorang sampai sana masa tu kul 8.30am lebih kurang. Alhamdulillah dapat check-in awal tanpa sebarang caj tambahan.
Keluar je bangunan Frankfurt Hbf dah terus nampak Hotel Excelsoir. Sangat strategik!
Fakta Wow! Masa check-in tu, awek chinese receptionist tu cakap "Buffet breakfast tomorrow is from 5.00am until 11.00am. You can enjoy free flow of tea/coffee here at lobby at anytime from 7.00am to 7.00pm everyday. The mini bar in your room is provided for your pleasure, everything inside it is free of charge".
Memula tu ingatkan tersalah dengar. Jadi kami tanya bertubi-tubi untuk kepastian, dia juga bertubi-tubi tanpa jemu mengulangi apa yang dia cakap. Wah.. bestnye! Jimat duit kopi panas (maklumlah cuaca sini sejuk). Minibar pon free. Ni first time kitorang dapat enjoy the minibar tanpa rasa bersalah (sebab biasanya harga makanan dalam minibar tu mahal keterlaluan).
Help yourself here. It's always free!
Mini bar dipenuhi dengan minuman. Semua percuma. Yang botol hitam sebelah kanan tu wine.. so itu je yang kitorang tinggalkan.
Lepas mandi dan tukar baju, kitorangpon keluar untuk beli simcard call+data plan. Berdekatan hotel tu ada banyak kedai2 telefon. Bayar Euro 10 untuk simcard (dapat Euro 5 untuk digunakan) dan kena topup Euro 15. Kitorang minta tokey kedai tu (orang Turki) registerkan dan topupkan sebab kitorang tak faham instruction yang tertulis kat bungkusan simcard tu dan sms masa topup tu pon dalam bahasa Jerman belaka. So dia buatkan 1G data untuk Euro 10 dan ada belen Euro 10 lagi untuk kami sms/call. Telefon yang boleh buat local call/sms adalah amat penting sebab nanti kami kena berkomunikasi dengan owner-owner apartments masa nak check-in dan check-out.
APA YANG MENARIK DI FRANKFURT?
Kami berjalan ke arah Romerberg. Ada banyak kedai, pasar dan kedai makan turki di kiri-kanan jalan. Muslim yg duk sini pasti takde masalah nak cari makanan halal. Kat pintu kedai dah tunjuk siap-siap tanda 'helal'. Kitorang jumpa kedai jual buah strawberi murah giler, Euro 2 sahaja sekotak (di Jusco Malaysia dalam RM20++) So kitorang beli wat kudapan semasa berjalan. Kami melalui bangunan Euro Bank. Yang ni ibu pejabat, jadi wajiblah berposing seketika. Sambil tu duduk lepak di taman dihadapannya sambil makan strawberi segar. Inilah kelebihan tak ikut tour group; boleh berhenti di mana-mana sahaja dan buat apa2 sahaja yang kita suka. Tak ikut program sangatpon takpe, sebab tujuan kita nak bercuti kan... bukan nak berkejar-kejaran.
Deretan kedai-kedai turki berhampiran dengan Frankfurt Hbf.
Gebu-gebu strawberi ni. Euro 2 je.. memang kitorang repeat beli 2-3 kali semasa di Jerman tau!
Sambil duk melepak makan strawberi, memerhatikan orang lalu-lalang dan tram menggunakan jalanraya. Kereta macam xde je atas jalan raya. Motor jauh skali. Basikal memang banyak!
Lepak sat amik udara segar.
Jalanraya yang lengang. Kereta ada 1-2 biji jer lalu. Yang kerap lalu ialah tram. Takde pagar whatsoever ye.. so kalu bawa anak kecil sila pantau.
Ini tram stop di hadapan Euro Bank tu. Sila perhatikan tiada pagar/hadangan untuk masuk ke kawasan tram.
Fakta Wow! Sesapa leh masuk train/tram/bas tanpa ada orang check tiket ada atau tidak semasa anda masuk. Ini kira tanggungjawab sendiri untuk beli dan validate tiket sebelum naik tram. Warga Jerman punya discipline amat tinggi, so tak perlu nak berpagar untuk pastikan orang beli tiket sebelum naik pengangkutan awam. Saya memang kagum! Tapi awas, jangan ambil kesempatan!! Pihak berwajib ada buat spot check dari semasa ke semasa. Jika anda ditangkap tidak memiliki tiket yang sah ketika di dalam kenderaan awam, anda boleh didenda.
Romerberg terletak lebih kurang 20min berjalan kaki daripada hotel. Kalu xmo jalan kaki, leh naik tram dari stesen yang berada dekat ngn hotel tu. Romerberg hanyalah sebuah dataran, namun banyak sejarahnya.
Suasana di Romerberg. Sejuk weyy..!
Dacing di tengah kota Frankfurt? Muahaha... no politics please!
Terdapat banyak stesen toilet di kawasan perlancongan. Kat atas nampak booth kecik (sebenarnye lift untuk bawa OKU/stroller/orang malas heheh). Toiletnya berada di bawah. Kos sekali masuk antara Euro0.50 sehingga Euro1.00. Macam biasa di negara bukan Islam, jangan lupa bawa botol air sebab toilet xde bidet/gayung/paip.
Selepas Romerberg, kami berjalan mengikuti arus pelancong-pelancong lain yang menuju ke arah Main River. Apa yang menarik tentang jambatan-jambatan di Eropah termasuklah di sungai Main ini ialah terdapatnya begitu banyak padlock tanda cinta bergantungan. Menurut sejarahnya, tradisi ini bermula di Itali dan merebak ke seluruh Eropah. Jejambat di Frankfurt Main River ni tidak ketinggalan.
"Kau kunci cintaku di dalam hatimu...," betul ke lirik lagu Ramlah Ram ni? Hahaha, saya memang failed bab menyanyi.
Tidaklah sah kami ni ke kawasan begini jika tidak naik cruise.. Euro 10.90/pax untuk 30min ride. Ada penerangan tentang bangunan di kiri-kanan sungai di berikan sepanjang cruise ini.
Ramai gak yang segerombolan dengan kami nak naik cruise boat.
Antara pemandangan semasa dalam cruise tour
Lepas cruise, kitorang berjalan-jalan mengikut arus lagi sekali melalui bangunan-bangunan lama sehingga ke sebuah cathedral ape ntah namanya. Saya tak berminat nak amik tahu, tu yang tak ingat. Sambil berjalan-jalan tu, kitorang masuk juga kedai-kedai yang menjual kasut untuk En. suami. Kaki dia dah sejuk nak beku dah pakai selipar. Kebanyakan kedai menjual kasut kulit, kasut jalan ala-ala kasut sukan tak jumpa2. Dengan bantuan seorang penjaga kedai kasut kulit tu, dia tunjukkan jalan ke arah Galarie Kaufhaus dan MyZiel.
SHOPPING
Wow, di sini rupanya kawasan beli-belah mewah di Frankfurt! Bangunan MyZiel sememangnya cantik. I like!
Bangunan shopping complex MyZiel ni direka dengan dinding kaca dan berlubang ditengah2 bangunan. Cantik di luar, lebih mengagumkan di dalam!
Lepas beli kasut en. suami, kitorang ronda-ronda dalam shopping complex tu dan buang masa lihat suasana sekitar lorong shopping route tu.
Punyalah leka di situ, akhirnya teringat yang kitorang belum makan tengahari. Hari pon dah nak petang, so kira jamak ngan makan malam terus lah nampaknya. Balik ke hotel dengan menaiki tram. Sesat-barat juga sebab tersalah naik tram. Tapi takpe, sesat ni yg seronoknya ialah boleh belajar tentang tempat baru yang xde dalam senarai kita. Kitorang berhenti di berdekatan dengan sebuah restoran turki untuk mamam nyum-nyum.
Nampak sedap, rasapon sodap!
Esoknya, kami breakfast di Hotel Excelsoir pada pukul 7.00am. Mereka ada sediakan makanan Asia selain daripada sarapan versi Eropah. Ada nasi putih, sambal (yup! mereka label sebagai 'sambal'), mee dan soup. Nampak sangatlah ramai orang Asia Tenggara duk hotel ni. Saya suka roti yang pelbagai, makan dengan slice smoked salmon, cheese dan butter. Buah-buahan segar pon banyak pilihan. Ada cereals, yogurt dan fresh milk.
Keadaan di dalam ruangan buffet
Selepas sarapan kami continue ronda-ronda sekitar hotel. Masa tu terjumpa dengan kenalan baru, Dr. Arat dan anak saudaranya yang study di Odelberg bernama Amirul.
Lepas tu kitorang gi amik kereta sewa di Avis (juga di Frankfurt Hbf) dan check-out dari hotel pada pukul 11.00am.
Bermulahlah perjalanan kami ke Stuttgart.. check-out Part 2 untuk kisah selanjutnya bagaimana kami drive sendri ke Stuttgart dengan hanya berpandukan navigation dan apps Maps with Me.
Jika berminat nak tahu tentang destinasi kami yang seterusnya di Jerman, boleh klik link di bawah :
Pengalaman memandu di JermanBelajar tentang kereta di Stuttgart
Bandar-bandar yang kami pergi :
Yang ni pula adalah pandangan dari seorang lelaki (a.k.a Suami saya) tentang perjalanan kami di Jerman dan Paris. Baca di sini.
No comments:
Post a Comment