Sunday, May 4, 2014

MELANCONG DI JERMAN PART 2 - PENGALAMAN MEMANDU DARI FRANKFURT KE MUNICH

Tidak sah ke Eropah terutamanya Jerman jika tidak memandu di jalanraya mereka. Jerman terkenal dengan Autobahn yang tiada speed limit. Kami ambil kesempatan menyewa kereta untuk memandu dari Frankfurt ke Stuttgart ke Schwangau ke Munich. 

Posing di sebelah kereta sewa

Kami menyewa kereta Volkwagon Golf GTD dari Avis. Jika anda nak tahu berapa harganya, bolelahlah lihat di post Merancang Percutian ke Jerman di masa saya detailkan segala perancangan dan kos percutian. Kami mengambil kereta di Frankfurt Hbf sebab senang nak pergi ke sana dari hotel yang sememangnya hanya di sebelah stesen keretapi itu. Pemanduan ini adalah sambungan dari cerita saya semasa di Frankfurt. Bagaimana saya menghabiskan masa di Frankfurt ada saya stori di Pengalaman DIY di Jerman - Part 1 Pengembaraan Bermula di Frankfurt.

 Menunggu giliran untuk mendapatkan kereta sewa di Avis. Kaunter Hertz, Europcar dan Budget Car ada di Frankfurt Hbf ini.


Proses menyewa kereta bermula di Malaysia lagi. Kami book di website Avis. Bila di Frankfurt, terus sahaja pergi ambil kereta tanpa perlu bayar apa-apa lagi. Mereka mahu lihat lesen memandu Malaysia yang masih hidup (tidak perlu lesen memandu antarabangsa). Mereka akan tanya sama ada kita mahukan adds-on yang lain-lain dan meminta kita sign perjanjian sewa kereta. Selepas proses di kaunter selesai, kami disuruh ambil kereta di kawasan parking kereta Frankfurt Hbf yang betul2 disebelah stesen. Di situ seorang penjaga kereta sudah menunggu untuk memberikan kunci kereta. Kami check dulu keadaan kereta disaksikan oleh penjaga kereta tu. Kami juga minta dia ajar cara nak gunakan kereta dengan betul. Kami juga ambil gambar keadaan kereta luar dalam sebagai bukti keadaan asal kereta. Manalah tahu kalau2 kita dituduh merosakkan kereta, kitaleh tunjukkan gambar sebagai bukti yang kereta dah memang begitu semasa kita ambil.


Inilah perjanjian sewa kereta antara Avis dengan kami.

Masa nak bertolak, kami cuba test drive dulu di sekitar parking area. Almaklumlah, ini kali pertama handle stereng di sebelah kiri dan jalanraya di sebelah kanan. Sememangnya terbalik dari kebiasaan di Malaysia. Mula-mula agak kekok, tapi lama-lama mudah juga!

En. suami cuba menyesuaikan diri. Kereta ini dilengkapi proximity sensor di sekeliling kereta. Arah jalan ditunjukkan di skrin GPS dan di dashboard stereng pemandu. Sememangnya aksesori begini amat membantu.

Destinasi pertama kami dengan VW Golf ini adalah ke Stuttgart, sebuah bandar kereta. Di Stuttgart ada 2 buah muzium kereta yang terkenal iaitu Mercedes Benz dan Porsche. Kami setkan alamat Muzium Porsche di GPS. GPS mereka amat canggih; masukkan sahaja alamat lengkap destinasi dan dia akan tunjukkan options yang ada iaitu jalan terpantas (highway), jalan kampung dan jalan bercampur highway+kampung. Untuk kali ini, kami memilih highway (a.k.a. Autobahn) sebab nak rasa memandu tanpa had laju dan tengok bagaimana pemandu2 Jerman memandu.


Dari pemerhatian/pengalaman kami di sepanjang pemanduan, 
  • ketika itu tak banyak kenderaan di atas autobahn. Mungkin kemudahakan pengangkutan awam yang efficient dan canggih menyebabkan rakyat Jerman memilih untuk tidak memandu sendiri.
  • tiada tol dikenakan kepada kenderaan persendirian di Jerman Autobahn. 
  • jangan salah sangka! sebenarnya ada had laju di kenakan di sesetengah jalan autobahn, serendah 80km/j. Ini biasanya bila berhampiran dengan exit dan kawasan kampung. GPS ada menunjukkan tanda had laju.
  • di jalanraya yang tidak mempunyai had laju, tidak semua kereta meluncur terlalu laju. Kebanyakan kereta steady je di lane paling kanan pada kelajuan 120-140km/j. Bila nak memotong di lane kiri barulah mereka akan memecut. Namun, ada juga yang memecut laju terutamanya kereta-kereta hebat.
  • terdapat kawasan R&R di sepanjang perjalanan. Senang nak gi kencing atau nak cari hot drink, atau sekadar nak lepak2 tengok suasana. Kitorang stop 3-4 kali juga lah... haha.. saja nak tengok cemana rupa R&R dorang, cemana keadaan toilet, cemana keadaan kedai dan cemana tempat makan. 
  • nak masuk toilet kat R&R kena bayar Euro 0.70. So sediakanlah coins secukupnya. Kita akan dapat sekeping voucher berharga Euro 0.50 yang boleh digunakan di kedai2 di R&R tu. So kalu kita gunakan voucher tu untuk beli air ke, makanan ke.. masuk toilet tadi jadi Euro 0.20 je la sebenarnya.
 Nak masuk toilet ada turnstile (kena bayar Euro 0.70), tapi naik keretapi takde apa-apa halangan pon, semua leh masuk walaupun xde tiket keretapi. Peliknye aku ngan Jerman ni. Tapi kebersihan memang tip-top lah!

Keadaan jalanraya di Stuttgart ketika kami menghampiri Hotel Freihof. Macam biasa jalanraya depan ni hampir lengang saja. Perhatikan... Kereta berkongsi jalanraya dengan tram.

Kami menginap 1 malam di Hotel Freihof di Stuttgart. Esoknya sambung pemanduan ke arah Schwangau, iaitu sebuah bandar kecil di mana terletaknya istana dunia fantasi yang terkenal iaitu Neuschwanstein Castle. Memandu dari Stuttgart ke Schwangau juga amat mudah dan smooth. Kami dijamu dengan pemandangan yang cantik di sesetengah perjalanan, so kami slow and steady.  Bila rasa nak lepas gian meluncur laju, barulah pedal minyak ditekan sepuasnya. Jalanraya kami yang punya!!

Saya suka tengok windmill yang banyak kelihatan dari tepi jalan. Cantik!

Semakin menghampiri Schwangau, semakin cantik pemandangan. Schwangau berada di sempadan Germany-Austria, so boleh nampak gunung Alps yang yang cantik tu. Sebenarnya jalanraya ini adalah sebahagian daripada Romantic Road yang terkenal tu..

Di Schwangau, kami menginap 1 malam saja, cukup sekadar untuk melihat keindahan Neuchwanstein Castle (2 kali juga kami panjat bukit kat istana tu). Esoknya kami teruskan perjalanan ke Munich. Pemanduan ke Munich adalah melalui jalan kampung, bukan authobahn. MashaAllah, memang cantik-cantik pemandangan sekitar.

Just can't resist the temptation! Posing berlatar-belakang Neuschwanstein Castle dan pokok pine, serta kebunan bunga2 kuning-kehijaun di tepi jalan adalah satu kemestian ketika melalui German Romantic Road.

Dalam perjalanan ke Munich tu kitorang stop by kat Netto, kedai serbaguna untuk beli bekalan makanan dan bahan masakan masa kat Munich nanti. Beli kat kawasan pendalaman lebih menjimatkan daripada beli di kawasan bandar sebab jurang harga yang teramat sangat! Sebagai contoh, air mineral botol besar ialah Euro 2 to Euro 3 di bandar manakala di kampung2 begini leh dapat 1 carton dengan harga Euro 3.90!!

Kami tiba di Munich agak lewat. Sepatutnya kena pulangkan kereta sewa sebelum pukul 5pm. Kalau lewat, pejabat Avis di Munich akan tutup. Mat Saleh kat sini memang punctual dalam hal kerja. Dorang datang on time, balik keje pon on time. Nak dijadikan cerita (agar terpahat di minda), kitorang sampai 20min lewat dari masa pejabat Avis tutup. Memang kecewa! Risau juga, sebab keesokkan harinya adalah hari Ahad. Konfem la pejabat dorang takkan bukak punya. Kalau nak tunggu Isnin baru nak return kereta, sure kena penalty kaw-kaw nanti!

Saya dah buntu, risau ada, geram pon ada sebab pilih return location kat sini. Sepatutnya pilih Munich Hbf, sure buka 24jam kat stesen keretapi. Tapi saya faham En. Suami pilih pejabat yg ini sebab ianya berhampiran dengan apartment yang kami nak sewa.

En. Suami adalah seorang yang tidak cepat putus asa. Dia cuba call Avis berkali-kali, tapi gagal. Tapi berkat kesabarannya, dapat juga dia bercakap dengan service centre Avis. Rupa-rupanya, kalau setakat lewat sket macam ni, takde masalah. Memula parking comel2 kat depan pejabat tu. Kat depan pejabat Avis tu ada key drop box. Masukkan saja kunci dan buku panduan kereta sewa ke dalam dropbox tu. Itu saja. Tu kira dah returned kan kereta la tuu.

Sebelum meninggalkan kereta, En. suami ambil gambar kereta luar dan dalam sebagai bukti yang kereta berada dalam keadaan baik semasa dipulangkan. Mungkin kitorang ni paranoid sket, takut Avis charge yang bukan2 nanti kan... huhu... Takpe2, biar leceh, asal tak menyesal dikemudian hari.

Kereta dalam keadaan baik, xde kerosakan dan minyak penuh semasa kami tinggalkannya di tepi jalan.

Esoknya En. suami kol Avis semula untuk pastikan mereka dah terima kereta. Mereka konfemkan yang kereta telah selamat di terima tanpa sebarang penalti dikenakan. Alhamdulillah..

Nak tahu apa yang menarik di bandar2 yang kami pergi?
Pengembaraan bermula di Frankfurt
Belajar tentang kereta di Stuttgart

Bandar-bandar yang kami pergi :
  • Frankfurt
  • Schwangau - Newschwanstein Castle
  • Munich
  • Berlin
  • Paris

  • Yang ni pula adalah pandangan dari seorang lelaki (a.k.a Suami saya) tentang perjalanan kami di Jerman dan Paris. Baca di sini.

    No comments:

    Post a Comment

    Gambar Belangkas