Tuesday, March 4, 2014

Lepas dapat kunci rumah, nak kena buat apa ye? Ubahsuai? Apa nak kena fikir ye?







Assalammualaikum..

Sekarang ni, perumahan kat Perlis ni, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada je rumah nak naik. Pesat betul membangun!! Ehhh...puji negeri sendiri pulak.. hehe...

Tetiba rasa macam nak bagi pendapat pasal pengubahsuaian rumah perumahan terutama rumah semi d. Ramai sangat yang obses nak besarkan rumah. Nak guna semaksimum tanah yang ada. Sampaikan terlupa nak jaga kebajikan jiran.

CCC
Okey, saya kongsi sikit ye, apa perlu buat lepas dapat kunci rumah. Sebelum tu, pastikan rumah betul-betul siap dan dah dapat CCC (dulu CF) baru ambil kunci tau. Dan jangan lupa minta salinan CCC tu. Kena simpan tau. CCC tu macam surat beranak untuk rumah tu. Simpan sampai mati! Selagi tak dapat CCC, jangan terima kunci rumah. Sebabnya, rugilah...tarikh tanggung kecacatan dikira dari tarikh kita terima kunci.  So, sabar ye, tunggu CCC. Kalau adalah perumahan yang dah lama siap, tapi tak juga dapat CCC, tu maksudnya ada la masalah tu!

Kalau pemaju bagitau Majlis Perbandaran lambat, itu satu penipuan!! CCC dikeluarkan oleh Arkitek, bukan Majlis Perbandaran. Sebelum Arkitek keluarkan CCC, ada 21 borang dia kena selesaikan, borang-borang tu pula melibatkan banyak agensi, BOMBA, IWK, TNB.....dan byk lagi. nak detail, google je..

BORANG ADUAN KEROSAKAN
Pemaju akan bagi borang aduan kerosakan semasa sesi penyerahan kunci.. Check rumah betul-betul, tengok sama tak dengan pelan. Ukur keluasan rumah dan tanah.Kot-kot lah terrrrrtak cukup sekaki dua..rugi kot!!!

Point elektrik, sinki, kepala paip, tail ruang tamu, tandas, tail dinding, semua tu chek tau!! Selalunya pemaju akan terus baiki kerosakan yang kita dah isi dalam borang tu. Dalam sebulan semuanya sepatutnya dah siap dibaiki.

..........................................

Nak Ubahsuai? Sebolehnya, tunggulah sampai tarikh tanggung kecacatan habis, sebabnya, kalau kita buat ubahsuai sebelum tamat tarikh tanggung kecacatan tu, maka berakhirlah sesi tanggung kecacatan tu. Pemaju dah tak tanggung dah. Sendiri tanggung la ye..

.........................................


APA NAK BUAT KALAU NAK UBAHSUAI RUMAH?

Mula-mula, kena jumpa pelukis pelan. Kalau tak jumpa dia, siapa nak lukis pelan? hihihi.... Pelukis pelan ni dah mahir syarat-syarat nak ubahsuai rumah, so, tanya dia apa yang boleh, apa yang tak boleh. Lepas tu baru berangan nak ubah rumah tu macam mana.

Kalau saya nak cerita syarat satu persatu, boring kottttttttt... So, saya cerita yang berkenaan dengan saya la ye..

RUMAH TERES
Bagi rumah teres, tak banyak syarat. Boleh tambah sampai rapat ke longkang belakang. Tinggal 9inci je, kot-kot la nanti longkang tu nak dibesarkan, taklah ganggu. INGAT ye, kita beli rumah sampai pagar je, bukan sampai longkang. Longkang tu BUKAN kita punya, tak payah dok buat harta!! Tapi kalau jaga elok-elok tu takpa lah.. Tapi...Tapi...Tapi...tak payah la dok buat sinki, buat slap sampai orang nak cuci longkang pun tak boleh, agak-agak lah ye...

RUMAH DEMI D
Syarat yang buat saya stress : Bagi rumah semi d, jarak kelegaan 6 kaki 6 inci. Maksudnya, dari pagar tepi dan belakang, saya boleh tambah 4 kaki je!! (keluasan tahan 10 kaki je) OOOooohhhhhhhhh stresssssss!!!! Masa tu memang marah gila! Sibuk betul la, orang dah beli rumah, sibuk nak bersyarat bagai!!

Lepas kawan terangkan, baru la boleh terima sikit. Jarak kelegaan tu supaya kita tak terlalu rapat dengan jiran, taklah nampak macam rumah setinggan. Bagi kuih ikut tingkap. hehehe.. dan yang lagi penting, rumah semi d ni tak ada jalan belakang, so andai kata terjadi kebakaran, ruang tu la abang bomba nak lalu buat kerja.
**gambar hiasan**

Bila fikir balik, betul la syarat tu.Bila tengok rumah-rumah yang tak ikut syarat, yang rapat dengan jiran sebelah, baru la perasan, diaorang ni tak pernah pun buka tingkap, sentiasa tertutup. Dan kebetulan, saya ada berkunjung ke rumah sedara yang buat rumah rapat dengan jiran, bila tanya 'tingkap ni tak buka ke?' jawapannya 'sejak buat rumah memang tak buka, dekat sangat dengan rumah sebelah, tu yang gelap tu, dok kena pasang lampu je'.

**gambar hiasan**
Bila dengar sendiri pengakuan macam tu, baru rasa tak marah dengan orang yang buat syarat tu. Heheheheeee... Saya ni jenis suka pengudaraan semulajadi, suka buka tingkap, buka sliding. Saya memang tak suka rumah jenis terperap. Saya lah.. ;)

So, siapa yang beli rumah semi d, kalau nak ubahsuai, fikirlah keselesaan jiran sama ye.

'BENDA' WAJIB ADA!!
Antara ruang penting yang saya memang nak sediakan, ruang sidai baju!! Saya ada buat kajian sendiri, saya perhatikan, banyak rumah besar yang cantik, siap kolam, siap landskap, tapi sidai baju kat porch rumah. Jem!!! Pemandangan yang indah tu terus lesap!! Saya dah tekat, sidai baju kat belakang. Saya tak nak rumah saya nampak macam kedai dobi. No!! No!! Kedai dobi pun sidai baju kat belakang okey. Tapi yela, ni saya punya pendapat la, lain orang lain caranya, mungkin yang sidai kat depan tu tak ada ruang nak sidai di belakang. Tapi yelah, kita sendiri la kena sediakan ruang, kalau semua nak besarkan rumah sampai habis ruang, memang kena sidai kat porch la jawabnya. masing-masing punya pendapat la ye. ;)

Lagi satu yang saya nak, saya tak suka bila buka sliding tepi rumah saya tu, saya nampak jiran. So, penyelesaiannya, tembok tinggi. Bila check dengan  dengan kawan, dia cakap, tembok boleh sehingga 6 kaki. Cun!! tinggi saya 5 kaki 6 inci, so memang tak nampak la. Boleh la saya buka sliding tepi tu tanpa was-was.  ;)

Nak buat tembok tu, bincanglah dengan jiran elok-elok. Kita kan nak berjiran lama, macam saya, saya ambil tengah, jiran pun bersetuju. Kalau buat asing-asing ni, rugi ruang je kot!! tak lawa pulak tu!! hihihi..

**gambar hiasan**


.........................................

Akhirnya, kami buat keputusan untuk buat tembok & porch je kat keliling rumah. Tepi sliding sampai belakang, 6 kaki tinggi, selebihnya 4 kaki tinggi. Sedih juga tak dapat besarkan dapur dan ruang tamu, tapi takpa lah.

Rumah ceconet tu pun liat nak menyapu, nak rumah besar-besar pulak.. ;)

Bila dah pindah, rasa selesa pula. Tak mengganggu jiran, ruang luar pun selesa, boleh letak meja makan, kalau tetamu datang, kami memang makan kat luar la, kalau musim berangin, memang saya & mat fariq suka lepak luar, buka sliding, tengok tv dari luar.

ruang tepi tu, bolehla anak2 buah main lari2 kat luar.


tempat makan

kiranya memang lepak luar lah siapa yang datang rumah saya ;)

nak bakar-bakar pun senang~~alaaa gambar goyang!!

ruang luar dengan dalam macam sama je.. so, kekonon luas la kan... konon je!!

Saya kongsi ni apa yang saya tahu je, ikut pengalaman saya. So, kalau nak secara detail, macam saya kata tadi, jumpa pelukis pelan bertauliah ye.

wassalam ;)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas