Monday, January 2, 2012

Pangsapuri usang..

Kisah pangsapuri usang menjadi penutup tirai 2011 bagi episod terakhir untuk kru PAG.Ramai yang bercerita tentang kisah pangsapuri tersebut.Ada yang menyatakan pangsapuri tersebut dahulunya diduduki oleh pelajar pelajar kolej swasta dan berlaku satu situasi kelam kabut akibat histeria sehinggakan ada yang mati kerana membunuh diri terjun dari tingkat tinggi.ada juga yang menyatakan pangsapuri tersebut tidak lagi selamat untuk diduduki oleh kerana struktur binaannya yang tidak kukuh.Apa apa pun kru PAG pergi ke lokasi tersebut untuk menyiasat benarkah kedua dua faktor itu wujud atau ia sekadar bualan mulut ke mulut sahaja. Sedikit gambar di lokasi -

Az PAG sedang berkongsi pengalaman bersama kru..
 Tengku Ash sedang meneliti tahap suhu di kawasan sekeliling..
Gambar di bawah menunjukan satu kelibat putih melintas di depan kamera Sony Still Motion Sensor.

Kelihatan En. Acap singgah ke lokasi untuk bersama kru PAG membuat tinjauan.
Kru PAG memasuki ke kawasan pangsapuri yang telah sekian lama di tinggalkan.
Kelihatan suhu normal.. 
Suasana pangsapuri yang x ubah seperti Highland Tower..
Kru baru PAG Mohd Yusri dengan tenang menjalankan tugasan..
Kru asal Mirol kembali bersama PAG setelah sekian lama menyepi kerana kesibukkan bekerja syif malam..
Keadaan bangunan yang tidak selamat..kelihatan pagar besi yang telah dicuri..
Kelihatan mata merah sedang memerhati kami dari hujung sudut..waktu itu kami mendengar bunyi dengusan yang kuat..
AJ menyediakan kelengkapan CCTV infra merah 4 channel untuk rakaman..

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas