Sunday, December 4, 2011

Misteri Flat C Kiambang

2 Disember 2011 Jam 11.30 malam - Kru PAG dan Kru PF bergerak dari Gombak ke lokasi sebuah rumah yang dikatakan ada gangguan phenomena paranormal.Jam tangan menunjukkan tepat pukul 12.15 minit malam,sebanyak 4 buah kenderaan kru telah memasuki kawasan yang agak menyeramkan yang dikelilingi hutan.Kru semua kelihatan macam tidak percaya kerana ada juga kediaman yang dibina di hujung hujung dunia malah rasa tidak logik di akal apabila kesemua kru telah sesat untuk mencari blok rumah tersebut.Jam hampir pukul 1 pagi.akhirnya kami jumpa juga rumah tersebut yang terletak dihujung blok.Tanpa berlengah kesemua kru terus menyiapkan peralatan.

Kenyataan ini telah diambil dari laman blog Penyingkap Fakta - "Saya membeli rumah itu tahun 1999 tetapi hanya disewakan selama setahun sahaja, 11 tahun lagi kosong. Baru baru ini saya suruh saudara tinggal di rumah itu. Pelbagai kejadian aneh didakwa berlaku," ujar pemilik rumah.
"Pertama, penghuni rumah ternampak lembaga berwarna hitam dan bermata merah, berdiri dekat peti ais di rumah itu. Masa itu ada budak bujang tinggal di bilik tengah. Bila tidur, katanya macam ada benda menarik selimut dia. Manakala dinding di sebelah kiri bak diketuk berulangkali, walhal memang tidak ada jiran menetap di sebelah," tambah lelaki berusia 43 tahun itu.

Sedikit gambar di lokasi -

 Pemandangan di belakang rumah terbabit





Kru yang terlibat pada malam tersebut..

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas