Monday, November 28, 2011

BANGLO MISTERI DI PUNCAK BUKIT

28 November 2011 jam 10.30 malam.2 Orang kru PAG bersama 3 orang kru PF bergerak ke satu lokasi yang dikatakan mempunyai kisah mistik dan misteri yang selalu diperkatakan oleh masyarakat sekitar yang duduk berhampiran dengan kawasan tersebut.Ada yang menyatakan banglo tersebut dibina pada tahun 1979 oleh sebuah keluarga yang begitu kaya raya.Bayangkan di waktu tahun 70an dan orang tersebut mampu membeli sebuah tanah di puncak bukit dan membina sebuah banglo idaman.Banglo 3 tingkat tersebut yang  mempunyai 8 bilik tidur dan 4 bilik mandi.Bayangkan betapa mewahnya keluarga tersebut di zaman itu.Difahamkan menurur cerita cerita mulut ke mulut,ada yang menyatakan 4 atau 5 orang ahli keluarga tersebut dibunuh atau membunuh diri.Kesahihannya kenapa dan atas sebab apa mereka mati masih tidak dapat terjawad dengan jelas.Walau apa pun 5 orang kru ini masih tetap ingin menyingkap fakta sejarah banglo terbabit.Ada sedikit gambar di lokasi untuk tatapan anda.
Laluan masuk yang dahulunya ber-tar kini telah di litupi hutan.
Mazidul sempat merakam beberapa gambar pegun di sekeliling semak.
Tibanya kami di dalam rumah tersebut yang kelihatan dindingnya telah di conteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan keadaan lantainya yang agak bersih.
Kru memulakan siasatan di tingkat 1.
Atoi PAG bersama Suhaimi kru PF meninjau suasana tangga di belakang rumah.
Mazidul berehat seketika.
CCTV Infra Merah siap sedia untuk dipasang..
Beginilah keadaan di bahagian hadapan pintu masuk banglo tersebut.
Suasana di bahagian lobi yang di penuhi semak samun.
Mazidul terus menangkap gambar pegun di sekitar banglo terbabit.
Zali sedang menerangkan sesuatu kepada Suhaimi.

Setelah selesai membuat siasatan di seluruh banglo tersebut,kesemua kru bersetuju memberi rating terhadap tahap keseraman banglo tersebut.Kesemua kru bersetuju memberi 2 bintang sahaja daripada 5.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas