Fernando Torres menjadi pemain dengan jumlah bayaran perpindahan paling mahal selepas tarikh untuk jual beli pemain berakhir semalam iaitu 31/1/2011. Dengan pintu perpindahan tinggal 11 jam untuk ditutup, Torres bersetuju untuk menyarung jersi Chelsea dengan bayaran £50 juta.
Dengan harga perpindahan sedemikian, Torres akan memperoleh pendapatan sebanyak £175,000 seminggu di Stamford Bridge. Sepanjang beraksi bersama Liverpool selama tiga setengah musim, Torres berjaya membuat penampilan sebanyak 142 kali dan menjaringkan 81 gol. Selain itu, Chelsea juga berjaya membeli pertahanan Benfica, David Luiz yang berusia 23 tahun dengan bayaran perpindahan £22.8 juta.
Walaupun Liverpool melepaskan Fernando Torres, skuad The Reds berjaya mendapatkan penyerang berbisa Newcastle United, Andy Carrol dengan bayaran perpindahan bernilai £35 juta untuk kontrak selama lima setengah tahun.
Berikut adalah senarai penuh pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berhijrah ke kelab lain pada musim perpindahan Januari 2011 yang berakhir semalam.
Nota Dahi: Saingan EPL untuk penggal kedua pada musim 2010/2011 dijangka bertambah hebat dengan kehadiran pemain baru. Betul ke Safee Sali dah jadi penyerang utama Manchester United? Hakhakhak...
No comments:
Post a Comment