Wednesday, February 2, 2011

Ibu rindu kalian... !

masa tecik2..
Bukan hari ni jer rindu dgn anak2, malah tiap saat dan waktu dalam pala ni tak penah lekang ingat kan danish, syeera, dan dira.. klu sebelum ni pun berenggang paling lama seminggu tu pun tak sabar2 nak amik dorang melepas rindu. tanya la pada sesiapun ibu mana yg sanggup berjauhan dgn anak2 ? tapi deena ttp bersyukur wlau tak berpeluang untuk bersama  seperti dulu hampir 7 tahun lalu, anak2 faham dan sentiasa beri sokongan pada ibu dorang nih.. ( tks danish, syeera..dira )
suka nyer !

Deena yakin wlau sejauh mana mereka berada dan pergi ,selagi darah ni masih mengalir dlm tubuh anak2, dorang takkan lupa atau sesekali menyisihkn deena sebagai ibu yg bertarung nyawa melahir dan menyusukan.. hakikat nya tiada siapa yg mahu hidup dalam kesengsaraan, sedih dan berpisah... ape yg terjadi ada hikmah disebalik nya.. sabar la yer anak2 ibu smua... :)
kad ni dari syeera.. :)



Kami berkesempatan bersama bila tiba musim cuti sekolah dan berhubung melalui facebook.. masing2 dah ada facebook, nak larang kang tak bleh gak takut anak2 dara ni buat belakang kita kan naya tuu.. apepun deena perlu terbuka dan selalu ingatkn buruk baik dalam dunia internet ni. dan kena pantau gak mana la tau kot2 ada yg tak sepatutnya dorang buat dlm tu..
nadira klu tengok ni mesti malu... hehe

Cepat nya masa berlalu, diam tak diam anak deena yg sulung si nadira dah pun 15 tahun pada 30 Jan lepas. hari jadi dia selang sehari jer dgn deena ( 29 Jan ) patut la panas hehe.. tapi dia anak yg baik dengar cakap ibu kan... ;-) si syeera plak 12 tahun brutal skit minah ni, dan danish 8 tahun, budak laki biasa la nakal smp kakak2 dia surrender tgk prangai mamat sorang nih. yang pelik bila duduk dgn deena hari tu kemain lagi control encem takde plak terlebih aktif ke apa ! wat ever la nak hehe...

pic baru, dah besor ank2 ibu...

p/s: tingat keletah anak2 waktu kecik dulu..=)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas